Part 8 : Mengaku

492 58 23
                                    


Para pelajar kini berada di dewan untuk menjamu makan malam. Lewat malam sebenarnya. Mereka pelik. Ini adalah waktu tidur untuk semua pelajar tetapi mereka dipaksa untuk keluar menjamu selera. Separuh tenaga pengajar nampak serius manakala selebihnya sama-sama bingung dengan apa yang sedang berlaku.

Seulgi, Wendy dan Joy duduk disatu meja bersama. Mereka tidak pedulikan peraturan tentang setiap pelajar perlu duduk dirumah mereka sahaja. Lagipun ini waktu makan kan?

"Diorang letak racun ke dalam makanan ni? Siap paksa makan lagi," soal Seulgi. Ini pertama kali seorang pelahap sepertinya ragu-ragu untuk makan. Joy menjongketkan bahu tanda dia pun tidak tahu.

Dia menghulurkan paha ayam kepada Seulgi dan mempelawanya untuk makan. Dewan makan bising dengan bunyi para pelajar yang kelaparan seolah-olah seminggu tak makan.

Seungwan memandang sekelilingnya sambil meratah tulang ayam. Dia nampak Irene yang tertangkap sedang merenung seseorang. Mereka bertentang mata dengan kekoknya. Kemudian gadis Slytherin itu mengalihkan pandangan seperti menyembunyi sesuatu. Misteri betul keturunan ular ni.

Gedegung!

Pintu dewan dibuka dengan kasar oleh penjaga sekolah. Dia berjalan menuju kearah McGonagall dengan marahnya. Penyapunya dilempar ke lantai dengan kasar.

"Ada pelajar yang ceroboh kawasan larangan di bahagian timur! Cakap siapa!" jerkahnya. McGonagall merenung kearah pelajarnya yang beratus orang itu.

"Mr.Filch. Tak ada siapa dibenarkan ke sana jadi saya pasti awak tersilap--"

"Tersilap apanya kalau ada cebisan kain dekat sini!" dia memotong percakapan McGonagall. Cebisan kain hasil daripada mantel yang terkoyak itu ditunjukkan kepada para pelajar. Mereka semua berbisik sesama sendiri.

Kebetulan, Seulgi ternampak mantel Joy yang sedikit terkoyak. Dia dengan cepat mengangkatnya dan melindunginya di bawah meja. Joy resah. Wajahnya diselubungi ketakutan. Seulgi memegang tangan Joy untuk menenangkannya.

"Sesiapa yang ditangkap masuk ke kawasan larangan akan dikenakan hukuman berat! Tak ada siapa beritahu ke?! Berpuluh tahun aku jaga tempat tu dan korang senang-senang hati ceroboh! Macam mana kalau dia--"

"Mr.Filch.." Panggil McGonagall. Dia menggelengkan kepalanya tanda menyuruh lelaki itu agar tidak meneruskan kata-katanya. Mr.Filch tidak mengangguk sebaliknya dia hanya diam membiarkan McGonagall mengambil alih.

"Walau siapa pun kamu, saya nak kamu mengaku. Kami akan pertimbangkan untuk kurangkan hukuman," McGonagall cuba untuk memujuk. Kesemua pelajar diam dan memandang sesama sendiri.

Joy mengepal penumbuknya. Dia kena mengaku. Dia kena beritahu tentang perjumpaan rahsia Slytherin.

"Saya-- yang buat.." Seorang lelaki berkata dari arah kanan. Dia berdiri perlahan-lahan sambil menundukkan kepalanya.

"Sungjae..." Gumam Joy perlahan.

Sungjae menapak ke hadapan dengan perlahan-lahan.

"Maafkan saya.." ujar Sungjae lalu berdiri dihadapan Mr.Filch.

Penjaga sekolah itu nampak semakin marah.

"Kami akan pertimbangkan--"

"Tak payah! Buang dia! Sekali langgar peraturan, dia akan buat lagi. Sekali penipu selamanya penipu," kata Mr.Filch, tiada belas kasihan. Keturunan Filch memang membenci wizard. Ini kerana mereka adalah squib. Squib bermaksud seorang ahli sihir yang tidak dapat melakukan sihir. Mereka seolah-olah muggle, yang mana agak hina. Sungjae mengetap bibir menahan tangisan. Dia meramas seluarnya kuat untuk menahan rasa marah.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now