Part 38 : Rise of the Dark

357 46 0
                                    


"Lo-lord Voldemort?" soal Seungwan, terkedu. Sosok tubuh itu tidak memberi respon. Pedang milik Slytherin ditangannya digoyang-goyangkan.

Kedengaran suara makhluk itu mendengus perlahan. Pedangnya diangkat dan dihala kearah Seungwan. Baru sahaja ianya mahu dilempar kearah  Seungwan, Seungwan ditarik oleh Chanyeol masuk ke dalam belukar.

"Argh—"

"Shuu! Lari!" arah Chanyeol. Dia menarik tangan Seungwan dan berlari tanpa mengetahui hala tujunya. Seungwan kerap menoleh ke belakang untuk melihat sekiranya Lord Voldemort masih mengekori mereka.

"Rose macam mana?" soal Seungwan. Chanyeol berhenti daripada berlari saat merasakan mereka sudah jauh daripada tempat tadi. Dia menoleh kearah Seungwan.

Seungwan sangkakan Chanyeol ingin berpatah balik, namun dia terkejut saat Chanyeol menjerkahnya.

"Kau masih fikir pasal orang lain sedangkan kau lah sasaran sebenar dia?!" marah Chanyeol. Tidak faham dia dengan cara Seungwan berfikir. Dahi Seungwan berkerut.

"Tapi dia kawan kita. Mana boleh biarkan dia sorang-sorang dekat sana?!" balas Seungwan. Bibirnya diketap.

"Kalau tak nak tolong biar saya pergi sendiri—"

"Dia dah mati," Chanyeol memotong percakapan Seungwan.

"Apa?"

"Dia dah mati kau tak faham ke?! Park Chaeyoung dah mati!"

Seungwan terdiam saat dijerkah sebegitu oleh Chanyeol. Anak matanya bergetar. Dia tidak percaya dengan kata-kata Chanyeol. Dia nampak Rose masih bernafas saat tembakan itu dilepaskan. Bahkan kepalanya pun tidak terhantuk pada batu besar itu.

"Kalau betullah itu Lord Voldemort. Maknanya dia memang dah mati. Kau ingat dia akan biar je ke Rose hidup?"

Seungwan menggeleng kecil. Kenapa semua ini berlalu terlalu pantas? Sedangkan dia dan Rose baru sahaja bersahabat.

Dia memegang lengannya kerana merasakan ada sesuatu yang sedang terbakar. Seungwan jatuh terduduk sambil menahan rasa sakit itu.

"Kyaah gwenchana?" soal Chanyeol, risau. Dia meneliti tangan Seungwan dan melihat tanda lahir kilat yang sedang terbakar itu. Badan Seungwan berpeluh-peluh.

Hanya ada seorang sahaja yang boleh menyebabkan seorang Potter mengalami kesakitan sebegini tak lain tak bukan Lord Voldemort. Tapi sumpahan itu sudah berakhir selepas Harry Potter memusnahkan kesemua hoxcrux Voldemort. Macam mana semua ini boleh berulang kembali?

Chanyeol bergegas mengangkat juniornya itu dan membawanya semakin jauh ke tengah labirin. Dia harus mencari Sehun pula.

Dia harus membatalkan rencana asal Sehun iaitu rencana ingin membunuh Seungwan. Dia harus patahkan rancangan itu.

Biarlah dia dibuang daripada Slytherin sekali pun. Dia sudah tidak peduli lagi.

"Bertahanlah.."

...

Sehun menamatkan perlawanannya bersama Junhoe. Lelaki itu menyerah kalah saat pedangnya terlepas dari tangan setelah berlawan dengan Sehun. Peta yang dijumpai olehnya itu diserahkan kepada Sehun.

"Kau tahu member kau pergi mana?" soal Sehun. Junhoe menggeleng.

"Entah. Kau orang pertama yang aku jumpa setakat ni.." jawab Junhoe. Kening Sehun terjongket.

"Sumpah!" sambung lelaki itu. Sehun melarikan hujung pedang dari leher Junhoe. Dia mengarahkan Junhoe itu mengambil pedangnya dengan segera.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now