Part 20 : Only speak the truth

421 46 15
                                    


"Cedric!!!"

Teriakan Seungwan bergema didalam stadium. Gadis itu berlari turun dari tempat penonton dan mendapatkan Cedric. Perlawanan terhenti.

Wajah Cedric disentuh. Tangannya terketar-ketar. Dia merenung pula kearah Taeyong yang sedang terbaring tak jauh dari Cedric. Bibirnya luka.

"Jerk!" Umpat Seungwan kearah Taeyong. Sangkanya, Chanyeol yang akan menjadi sasaran Taeyong. Namun lelaki itu mengubah rancangannya pada minit terakhir.

Pemain-pemain turun ke tanah. Chanyeol mendapatkan Taeyong dan terus menumbuknya dengan kuat. Bertubi-tubi.

"Kau tak guna!! Kau tahu tak apa yang kau dah buat!! Bodoh!! Anak sial!!"

Dush! Dush! Dush!

Tidak henti-henti dia memberikan tumbukan kepada Taeyong. Perasaan marahnya tidak dapat dikawal. Tangisan Seungwan mulai kedengaran. Darah tak berhenti mengalir dari kepala Cedric. Para healer pula masih dalam perjalanan.

Seulgi kaku di tempat kejadian. Orang yang selama ini membantunya kini cedera parah. Rambutnya bersinar disebalik hoodie. Begitu juga dengan matanya. Cahayanya agak kekuningan. Tak semena-mena, masa terhenti. Seulgi menjerit sekuat hati kerana marah. Amarahnya tidak dapat dikawal. Benda disekeliling kaku semuanya.

Dia menuju kearah Taeyong lalu menariknya kasar.

"Berani kau cederakan Cedric?!!" tempiknya, histeria. Dia menumbuk wajah Taeyong sekuat hati lalu jatuh terduduk.

"ARGHHHHH!!!!" teriakan mengerikannya mulai keluar. Telinga beberapa orang disitu mulai berdarah. Burung-burung jatuh ke tanah. Pengsan.

Seulgi turut sama tidak sedarkan diri setelah dipeluk oleh seseorang. Lelaki itu membisikkan sesuatu ditelinga Seulgi lantas mendukung Seulgi pergi dari tempat orang berkumpul itu dan membawanya ke suatu tempat. Masa kembali berjalan seperti biasa.

Beberapa orang jatuh terduduk sambil memegang telinga mereka kerana sakit.

Chanyeol melutut disebelah Cedric. Dia menumbuk tanah kerana kesal.

"Tepi-tepi! Bawa dia pergi hospital sekolah!" Jerit Profesor McGonagall.

...

Enam jam menunggu. Akhirnya mereka dibenarkan untuk melawat Cedric. Madam Pomfrey nampak sugul. Mereka dimaklumkan bahawa lelaki itu menerima cedera parah dibelakang kepala dan tengkorak kepalanya sedikit retak. Kaki kirinya pula patah. Madam Pomfrey sampai perlu membuatkan posyen tambahan dan mengambil lebih banyak healer daripada luar.

"Maafkan kami. Cedric perlukan masa yang lama untuk pulih dan kami tak dapat buat apa-apa tentang itu.."

"Maksudnya?"

"Dia koma. Kami tak pasti berapa lama tapi mengikut tahap kecederaannya. Kalau didunia muggle, mungkin setahun lebih?"

"Hah?! Kalau paling lama?"

"Kami pun tak pasti. Kalau setakat kaki dia yang patah, saya boleh sahaja tumbuhkan dalam semalaman. Tapi kecederaan Cedric lebih teruk dalam otaknya. Ianya mengambil masa lebih masa daripada tumbuhkan tulang."

Seungwan hampir jatuh ke lantai setelah mendengar penjelasan Madam Pomfrey. Dia dipapah oleh Chanyeol masuk ke dalam ruangan sakit itu. Cedric yang sedang terbaring lemah itu dipandang. Tangisan mulai kedengaran lagi. Chanyeol mengusap belakang badan Seungwan untuk menenangkannya.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now