Part 32 : Putus Kawan

425 40 20
                                    

"Jangan kacaulah!" Seungwan membentak saat Chanyeol ingin menolongnya mengangkat alat angkat berat yang hanyalah sekitar 10 kg sahaja.

Bukannya menolong malah menyibuk. Jongdae sudah pun dihalau agar tidak mengacau. Alhasilnya dia hanya memandang mereka dari tempat angkat berat yang berada agak jauh sedikit sambil menayangkan wajah muak. Geli pun ada.

"Tak bolehlah. Kalau jatuh atas kaki tu siapa susah? Benda ni berat tau?" Chanyeol menasihati Seungwan. Mata Seungwan berguling keatas. Tanda menyampah.

"10kg je.." jawabnya, perlahan.

Mereka sedikit bergelut kerana Chanyeol tetap tidak mahu mengalah. Lelaki itu mengunci leher Seungwan pada ketiaknya. Menyebabkan pergerakan Seungwan menjadi terhad. Tanpa amaran, alat angkat berat yang dipegang oleh Seungwan iaitu dumbell, jatuh ke lantai dan hampir mengena pada kakinya.

Chanyeol melepaskan kepala Seungwan dan mula membebel.

"Kan dah cakap tadi! Tak hati-hati macam ni lah!" marah Chanyeol. Seungwan ternganga. Keningnya bertaut manakala dahinya berkerut.

"Senior yang tak reti duduk diam!" balas Seungwan. Chanyeol mula bercekak pinggang begitu juga dengan Seungwan.

Lelaki itu menayangkan wajah mengejek kerana Seungwan terpaksa mendongak sebegitu tinggi untuk bertentang mata dengannya. Bagaikan ada kilat kecil mengalir pada mata mereka.

"Menyampah aku! Nak bersenam buat cara nak bersenam! Huh!" marah Jongdae dan terus masuk ke tandas untuk bermain sabun. Eh!

Chanyeol dan Seungwan tidak menghiraukan Jongdae. Mereka diam lalu menjauhkan diri daripada satu sama lain. Lalu mereka berpura-pura membuat hal masing-masing. Tiba-tiba, pintu gym dibuka oleh seseorang dengan kasar. Masuklah Joy bersama dengan Seulgi yang mukanya sudah sembab sepenuhnya kerana menangis.

Joy menahan Seulgi dengan mencekik kolar baju gadis itu. Seungwan nampak kebingungan.

"Joy, kenapa? Seulgi kenapa kau menangis ni?" soal Seungwan. Joy menolak Seulgi sehingga gadis itu terjatuh. Dengan pantas Seungwan mendapatkan Seulgi dan memeluknya.

"Weh agak-agaklah! Main tolak-tolak pula. Kau ada masalah bincang lah elok-elok!" marah Seungwan. Joy tersenyum sinis.

"Backuplah kawan setan kau ni! Berani ye korang sembunyikan makhluk membahayakan macam ni dalam sekolah ni?!" balas Joy.

Seungwan semakin bingung.

"Apa maksud kau ni?" soal Seungwan.

Joy mengeluarkan sebuah buku dari begnya lalu dihempas ke tanah. Dia menyepak buku tersebut sehingga terlanggar kaki Seungwan.

"Budak ni.. Anak penjaga neraka! Anak Lucifer! Kau tahu kan bahayanya makhluk ni kepada ahli sihir macam kita?! Kau tak tahu ke apa yang berlalu dulu disebabkan keturunan syaitan ni?!" marah Joy.

Seungwan merenung buku tersebut dengan pandangan kosong manakala tangannya masih mengelus lembut belakang Seulgi.

"Apa yang berlaku? Apa kaitannya keturunan Seulgi dengan Seulgi?" tanya Seungwan. Joy menoleh kearah Chanyeol pula.

"Kau tak cerita ke pada teman wanita kau ni?" sindir Joy. Chanyeol tidak menjawab.

"Apa ni kenapa semua orang tahu tapi aku tak?" Seungwan merungut.

"Dulu ada seorang lagi anak Lucifer yang terlepas dalam sekolah ni. Dia perempuan. Nama keluarga dia pun Kang. Dan dia dah menyebabkan beberapa orang ahli sihir yang tak bersalah mati! Dan aku yakin dia kakak kepada Seulgi! Kang Seulki tu, kakak kau kan Seulgi?!" ujar Joy.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now