Hari Yule Ball telah pun tiba. Seungwan mengepal bajunya sambil bersembunyi disebalik dinding, melihat pelajar-pelajar dari sekolah Beauxbatons dan Durmstrang yang sedang memasuki perkarangan majlis. Rambutnya yang diikat bun dan beberapa helai rambut dilepaskan dikiri dan dikanannya— dikemaskan semula.
Dia menggunakan minyak rambut yang dibuat oleh —Fleamont Potter— untuk meluruskan rambutnya. Bau badanny dihidu beberapa kali.
Majlis nampaknya sudah dipenuhi dengan para pelajar. Hanya ada beberapa orang sahaja sekarang yang tiba.
EXO sudah pun berkumpul didalam dewan sambil menikmati buffet yang disediakan. Mereka memang hantu makanan. Tiap kali ada majlis, mereka sajalah yang akan beratur panjang dibahagian makanan. Tak bagi peluang langsung untuk orang lain.
"Cantik rambut kau Seulgi. Pandai kau pilih warna," puji Xiumin. Seulgi tersipu malu. Dia hanya tersenyum sahaha mendengar pujian Xiumin. Jongin merenung kearah Seulgi yang merupakan pasangannya pada malam ini. Dia turut sama tersenyum.
Strawberi bersalut coklat disuap kepada Seulgi. Nampaknya selera gadis itu sama dengan kakaknya. Terimbau pula dia pada kisah lama.
"Hati-hati sikit dengan si Jongin ni. Time Jongin je dia baik macam ni. Bila masuk je Kai terus jadi fuckboy, sugardaddy, semua jenis benda jahat lah." nasihat Yixing. Member EXO memandang Yixing serentak kerana kagum.
"Pergh Xing! Semenjak dua menjak ni kau memang deep lah!" puji Junmyeon lalu ketawa. Begitu juga member lain kecuali Jongin.
"Selalu kalau aku yang cakap macam tu mesti korang bengang." kata Jongin, seolah-olah merajuk.
"Kau buat apa. Otak dah kuning. Ni Yixing ni pertama kali tahu tak? Mestilah bangga." balas Jongdae. Seulgi ketawa saat melihat Jongin dibuli oleh rakan-rakannya sendiri.
"Tak lawak lah." ujar Jongin. Seulgi menggeleng comel namun masih lagi ketawa.
"Lawak lah. Ingatkan seorang Kai ni cool bila dengan kawan rupanya kena buli jugak. Hahahaha." balas Seulgi.
"Tengok? Cik Pervert pun sokong kitorang. Kau dah patut berhenti jadi fuckboy dah Jongin. Menyerah jelah," kata Baekhyun.
Mereka semua merenung Baekhyun kemudian beralih kepada Seulgi.
"Cik Pervert??" soal mereka serentak. Seulgi tersedak. Kek cawan itu tersembur ke muka Baekhyun.
"Me-mengarut lah senior ni. Tak elok panggil perempuan macam tu." Seulgi cuba untuk mengelak daripada dikecam. Member EXO merenung Baekhyun sehingga mata mereka sepet.
Pap!
Kepala Baekhyun dipukul serentak.
"Apa kau ni cakap perempuan macam tu,"
"Tak elok buli perempuan,"
"Jangan tuduh perempuan macam-macam lah,"
"Dayus kau ni Baek.."
"Nak jadi fuckboy macam Jongin ke Baek?"
"Cukuplah Yixing..Sekali dua aku boleh terima ni lebih-lebih ada jugak yang makan pelempang." marah Jongin. Yixing segera memohon maaf kepada Jongin. Dia ketawa kecil.
"Ala jangan terasa. Benda betul kan?" sambung Yixing.
"Zhang Yixing!"
"Okay maaf-maaf.."
Chanyeol terus menukar topik agar dapat menghentikan pergaduhan manja Jongin dan Yixing. Sebabnya, dia sudah tidak larat untuk menahan diri daripada mengutuk Jongin juga. Sekali dia keluarkan ayat, memang malam tu Jongin lesap terus dari sekolah ni.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...