Part 16 : Beacky

444 53 55
                                    

Hari ini, ujian buat pelajar tahun tiga akan diadakan. Seungwan, Seulgi, Joy, Irene dan Yeri akan turut serta memandangkan mereka adalah pelajar baharu. Mereka telah pun selesai dengan ujian tahun satu dan dua.

Ujian Care of Magical Creatures dilakukan di luar kawasan sekolah bersama guru bertugas iaitu Hagrid. Ini adalah kali pertama Seungwan bertemu lelaki itu sejak masuk ke Hogwarts. Kehadirannya disambut mesra oleh lelaki itu. Hagrid segera memperkenalkan dirinya dan menjelaskan tentang ujian mereka hari ini.

Sesiapa yang berjaya menawan Beacky akan berjaya mendapat O iaitu Outstanding, ataupun E, Exceed Expectations, dan A, Acceptable. Manakala, yang tidak berjaya pula bakal mendapat P, poor, atau D, Dreadful, atau yang lebih teruk T, Troll.

Hagrid memanggil hippogriff milik sekolah itu dengan bersiul. Tidak menunggu lama, seekor makhluk besar berwarna putih, biru bersinar datang dari arah belakang. Beberapa orang kelihatan takut dengan Hippogriff tersebut.

"Ini Beacky, saya rasa kamu pun dah kenal. Hippogriff seekor makhluk yang mementingkan adab. Jadi, siapa nak mulakan dulu?" ujar Hagrid. Irene mengangkat tangannya dengan yakin.

Hagrid mengundurkan dirinya ke belakang setelah Irene berada berdekatan dengan Beacky. Senyuman sinis terukir di wajah gadis itu. Dia cuba untuk menyentuh Beacky secara melulu namun Beacky nampak seperti tidak begitu suka dengan sikapnya..

Seolah-olah dia adalah ancaman untuk Beacky.

"Bae. Ke belakang!" Arah Hagrid. Namun, Irene tak mempedulikannya.

"Beacky. Sini? Saya ada makanan untuk awak. Makhluk lembap." pujuk Irene. Beacky tetap tidak mahu mendekati Irene. Mereka berbalas pandangan seperti musuh. Nampaknya Irene tidak mahu mengalah dengan makhluk yang satu ini.

Irene tak dapat menahan rasa geram. Dia berjalan ke depan secara melulu lagi. Beacky mengepakkan sayapnya, memberi amaran supaya tidak mendekat.

"Nanti kejap, Bae!" Belum sempat Hagrid menahan Irene, Beacky nampaknya sudah terlebih dahulu bergerak.

Ia mengangkat kaki hadapannya kearah Irene, tinggi ke udara. Irene berundur. Dia melindungi dirinya daripada disepak oleh Beacky. Tak semena-mena, Beacky menendang Irene sehingga dia terjatuh. Yeri cuba untuk membantu Irene namun dia turut sama terkena tempias. Beacky melempar bangkai ferret kearah Yeri sehingga separuh badan bangkai itu terburai. Para pelajar mula menjauhi Yeri kerana bau darah yang busuk itu.

Hagrid melongo. Seolah-olah nampak kejadian sama berulang dua kali. Dia nampak cemas.

"Binatang tu cuba bunuh aku! Ia cuba bunuh aku!" jerit Irene, dramatik.

"Beacky tak bunuh orang! Beacky tak bahaya!" jawabnya geram. Namun lain pula dengan Beacky yang nampaknya sedang menjauhi Irene. Ia nampaknya tak berapa suka dengan Irene.

Ia mengeluarkan bunyi seperti sedang mengerang kearah Irene, namun Hagrid segera menenangkannya. Irene menjelirkan lidahnya kearah Beacky. Dia cuma bangun namun terjatuh keatas Yeri.

"Irene unnie!! Sakitlah!!" marah Yeri. Sudahlah darah diwajahnya tidak hilang lagi.

"Ingat kau sorang je ke sakit?" jerit Irene. Dia cuba untuk bangun lagi namun terlalu berat untuknya melakukan itu. Hm, kena panggil Dilan ni.

Seungwan menghulurkan tangannya untuk menolong namun tidak dihiraukan oleh Irene.

"Aku boleh buat sendiri lah!" tegas Irene berkata dan segera berdiri. Manakala Yeri pula yang menyambut tangan Seungwan untuk bangun.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now