Part 26 : Special Night

463 43 18
                                    

🎤 Chen - Love Word (dengar jelah walau scenenya tak mengena dgn lagu😂 tapi aku suka lagu ni daripada Beautiful Goodbye. entah kenapa tak dapat 'lagi' feel dgn lagu tu..)

Kesemua pelajar berkumpul ditengah dewan. Mereka menunggu pengunguman yang bakal diberitahu oleh McGonagall.

Pelajar Hogwarts, Beauxbatons dan Durmstrang berada dimerata tempat didalam dewan. Bercampur antara mereka dan juga pasangan masing-masing.

"Ehem. Seperti yang kamu semua tahu, saya adalah pengetua Hogwarts, McGonagall. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah terpilih sebagai champion dari sekolah masing-masing." ujar McGonagall. Dia membuka lembar kertas berwarna kuning itu. Cermin matanya dibetulkan.

"Malam ini, Yule Ball, adalah malam yang istimewa untuk kita. Untuk menghormati majlis, para champion kita, akan merasmikan majlis dengan mempersembahkan tarian mereka." Jelas McGonagall.

"Dari Durmstrang, Koo Junhoe, Park Chaeyoung dan Kim Jennie. Silakan?"

Ketiga-tiga mereka melangkah ke depan bersama dengan pasangan masing-masing. Para pelajar memandang mereka takjub dan memberi tepukan gemuruh. Chanyeol merenung Rosè tetapi tidak pula dia menepuk tangan. Dia terus mengalihkan perhatian kearah Seungwan.

"Dari Beauxbatons, Lee Taeyong, Lalisa Manoban dan Cha Eunwoo."

Ketiga-tiga turut sama melangkah ke depan. Mereka menunduk hormat kearah McGonagall dan pengetua sekolah mereka.

Kini, yang tinggal hanyalah Hogwarts. Seungwan berdebar-debar sambil menunggu namanya disebut. Tangannya digenggam oleh Chanyeol. Lelaki itu tadinya sudah berjaya memujuknya untuk kembali ke dewan semula setelah ditampar oleh Rosè. Dia juga sudah meminta maaf bagi pihak bekas teman wanitanya itu. Nasib baiklah juniornya itu tidak merajuk.

"Dari Hogwarts, Son Seungwan.."

McGonagall merenung Seungwan.

Rosè menjeling tajam kearah Seungwan.

"Park Chanyeol."

Chanyeol tersenyum dan turut menapak ke hadapan. Dia menyatukan jemarinya dengan jemari Seungwan. Menunjukkan bahawa Seungwan adalah pasangannya pada malam itu.

Kini, hanya tinggal seorang sahaja lagi. .

"Seterusnya, Oh Sehun."

Irene merenung tajam kearah Sehun. Dia merenung pula kearah Mcgonagall.

"Sabar ye kak." Yeri menggelakkan Irene sementara dia menyorok dibelakang Jungkook.

Irene menggigit bibir dalamnya kerana geram dengan kata-kata Yeri. Sehun turut sama menepuk-nepuk bahu Irene lalu berdiri disebelah Seungwan bersama dengan Joy.

Pelajar-pelajar yang tidak terlibat mengundurkan diri agak jauh dari mereka.

"Baiklah untuk yang terpilih. Mainkan muzik." arah Mcgonagall.

Muzik klasik mulai bermain didalam dewan. Para pasangan menghadap satu sama lain.

Chanyeol meletakkan sebelah tangannya dipinggang Seungwan sementara tangannya yang satu lagi memegang tangan Seungwan. Seungwan pula meletakkan sebelah tangannya diatas bahu Chanyeol.

Mereka mulai berpusing-pusing ditengah dewan, mengikut rentak tarian waltz dengan sempurna. Dewan yang terisi dengan dekorasi Christmas membuatkan tarian mereka tampak lebih indah.

Chanyeol dan pasangan lelaki lain mula mengangkat pasangan mereka tinggi ke udara sebelum memusingkan mereka ke dalam dakapan. Satu demi satu, guru-guru mulai menyertai mereka.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now