Sedang Chanyeol dan Seungwan berlari, mereka akhirnya terserempak dengan Sehun. Terus Chanyeol menarik Seungwan ke belakang.
"Jatuhkan tongkat sakti kau!" Arah Chanyeol, cuba melindungi Seungwan. Sehun berkerut.
"Chanyeol, Seungwan, ada sesuatu yang korang kena tahu—"
"Ini bukan masanya untuk itu Sehun! Voldemort dah kembali!"
"Apa?"
"Kau tak boleh bunuh Seungwan! Aku tak akan benarkan!" Tegas Chanyeol. Sehun semakin bingung.
"Who the hell would kill her?! Aku datang nak bagitahu yang Rose dah meninggal!" Marah Sehun.
Chanyeol terdiam. Tongkat saktinya diturunkan. Sementara Seungwan, dia menolak tangan Chanyeol daripada menghalang laluannya.
"Kitorang dah tahu," jawab Seungwan.
"Korang dah tahu? Macam mana?"
"Sebab Voldemort yang bunuh dia," jelas Seungwan.
"Pardon?"
"Hati-hati!!"
Jeritan Jongdae yang datang entah dari mana terus menyebabkan ketiga-tiga mereka menunduk. Jongdae terus menyasarkan sosok hitam yang berada tidak jauh dari Seungwan, Chanyeol dan Sehun sehingga mendedahkan identitinya. Yang lain-lain juga turut ada disana.
"Voldemort—Irene?"
Mereka terkejut. Irene yang berada didalam kawalan itu bangun sambil menayangkan senyuman jahatnya. Wajahnya pucat dengan mata yang berwarna merah, kulitnya pula seperti ular.
"Kalau aku pun kenapa?" soalnya. Dia tersenyum sinis.
"Oh shit. Irene cukuplah!" rayu Chanyeol.
"Tak selagi dia tak mati!" Jerit Irene.
Dia merenung tajam kearah Seungwan.
"Jadi kau yang dah bunuh Rose?! Bukan Voldemort?" soal Seungwan. Irene tersenyum sinis. Tidak menjawab soalan Seungwan. Gadis itu menggenggam penumbuknya kerana kesal dengan reaksi Irene.
"Kau memang layak mati.." marah Seungwan.
"Salah tu, Seungwan.. Engkau.. Engkau yang patut mati.." Balas Irene. Tatapannya berubah.
"Mati kau macam moyang tak guna kau tu!" Ujar Irene dan menghunuskan pedang itu kearah Seungwan. Gadis itu mengelak namun pedang itu sempat memotong rambutnya yang sepanjang pinggang itu.
Seungwan hilang kesabaran. Tanda lahirnya bersinar-sinar sehingga menyebabkan kulitnya sedikit terbakar.
"Jangan.. pernah.. hina.. keturunan.. aku!!!"
Teriakan Seungwan menerbangkan Irene sehingga ke bangunan Hogwarts. Para penonton terkejut.
Dengan kuasa dalamannya, Seungwan mampu terapung dan mula mengeluarkan cahaya yang bersinar terang. Bunyi teriakan nyaring kedengaran dan hampir memecahkan gegendang telinga orang ramai.
Dari arah selatan, para pengawal Azkaban iaitu Aurors telah berpusu-pusu keluar untuk menghalang Seungwan daripada mengganas.
Dia menjerit lantang sehingga menerbangkan Irene ke bangunan sekolah sehingga hancur separuh darinya.
Chanyeol dan yang lain-lain cemas. Mereka terus berlari keluar dari labirin dan menuju kearah McGonagall.
"Bawa yang lain ke tempat selamat! Sekarang!!" Arah Chanyeol. McGonagall kaku. Kisah lama tak mungkin bakal berulang lagi.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...