Part 43 : Selamat Tinggal

414 51 4
                                    

Para pelajar Slytherin menangis sewaktu melihat keranda Irene dimasukkan ke dalam lubang kubur. Yang paling teruk menangisi pemergian itu semestinya Yeri. Dia seperti orang hilang arah.

Pemergian Irene bakal meninggalkan kesan yang dalam buat Yeri. Entah bagaimanalah gadis itu mahu meneruskan kehidupannya selepas ini.

"Tuan, kita dah lambat.." ujar salah seorang pengawal Akzaban kepada ketuanya. Mereka menepuk bahu Leonis Malfoy untuk memaklumkannya bahawa masa berkabung sudah tamat.

Leonis Malfoy dijatuhkan hukuman mati kerana mempunyai niat untuk menjatuhkan kerajaan sihir menggunakan pelajar-pelajar Slytherin yang tidak bersalah. Dia juga bertanggungjawab atas kematian Irene.
Selama ini, Irene telah dikawal dengan sihir Imperius.

Dia juga bertanggungjawab kerana membunuh Rose dan Jennie yang mana dialah yang memberi arahan kepada Irene dari jauh.

Dia juga dituduh kerana menggunakan khazanah Slytherin tanpa persetujuan guru-guru iaitu pedang legenda yang dibawa oleh Irene itu.

Leonis diiringi oleh berpuluh-puluh Auror untuk memastikan lelaki itu tidak dapat melarikan dirinya. Dia dibawa terbang ke penjara Akzaban dalam sekelip mata sahaja.

Cedric menutup langsir yang mungkin menggangu tidur Seungwan yang sedang dirawat. Gadis itu masih belum tersedar dari tidurnya sejak semalam.

Pedang diperutnya sudah dibuang dan bakal disimpan di muzium Hogwarts sebagai langkah berjaga-jaga.

Cedric berpaut pada dinding sewaktu merasa kejang pada kakinya. Pandangan menjadi kabur. Dia risau sekiranya kesan potion haram itu bakal hilang. Kalau boleh, dia hendak bertemu Seungwan terlebih dahulu sebelum kembali koma buat selama-lamanya.

"Senior?" panggil Seungwan.

Dia nampak blur sewaktu melihat cedric yang sedang menahan kesakitan itu. Cedric masih lagi mampu tersenyum. Lelaki itu mendekati katil dan duduk dihadapan Seungwan.

"Senior okey?" soalnya. Mereka berdua sama-sama pucat.

"Saya okey. Saya gembira tengok awak dah bangun. Chanyeol keluar pergi tandas.. Nanti saya panggilkan--"

Seungwan menarik tangan Cedric. Dia menggeleng.

"Terima kasih.." ujar Seungwan, lemah.

"Untuk apa?" soal lelaki itu.

"Sebab lindungi saya dari jauh. Sebab sanggup bahayakan diri dengan ambil potion tu walaupun senior tahu risikonya. Dan saya minta maaf.."

Seungwan menjadi sebak. Cedric mengerutkan dahinya. Dia mengesat air mata gadis itu.

"Maaf untuk?"

"Maaf sebab.. apa yang senior buat untuk saya ni tak berbaloi langsung.. sebab saya tak boleh nak balas semula.. Saya akui saya sukakan senior— dulu— tapi bila fikir balik, perasaan saya dengan senior tak sama dengan bila bersama Chanyeol. Saya minta maaf sangat-sangat. Sepatutnya senior biarkan saya mati je.. Patutnya saya dah lama mati lemas dalam air. Senior tak sepatutnya bangun waktu tu! Kenapa senior buat semua ni sedangkan ia tak berbaloi?!"

Cedric tidak menjawab. Dia merenung Seungwan sedalam-dalamnya.

"Kasih sayang seseorang tu boleh buatkan mereka sanggup lakukan apa sahaja walaupun mereka tahu mereka tak boleh memilikinya. Cinta tu tak semestinya untuk dimiliki Seungwan.." balas Cedric.

Dia mendekati Seungwan perlahan-lahan dan mencium dahi gadis itu. Kepalanya kini terasa berat. Lama bibirnya bertaut pada dahi gadis itu.

Terhinjut-hinjut badan Seungwan mendengar pernyataan Cedric itu. Seungwan memeluk badan Cedric erat. Dia sayangkan lelaki itu. Dia tak mahu berpisah dengan lelaki yang pertama sekali pernah dia cintai. Tiba-tiba, Cedric bangun dan berjalan dengan sungguh pantas untuk keluar dari sana. Dihadapan pintu, dia bertemu dengan Jongdae. Pandangannya ditunduk dan dia berlari menjauhinya.

Sampai dibalkoni, badannya terasa seperti diawang-awangan. Ditambah pula dengan tangisannya. Kepalanya terasa sakit.

Wajah Seungwan bermain dimindanya.

"Aku cintakan kau Seungwan.. Aku sayangkan kau.."

Cedric jatuh terbaring diatas lantai. Menandakan bahawa kesan potion itu sudah berakhir.

Matanya terkatup. Bibirnya bergerak-gerak. Memanggil nama gadis yang paling dia cintai walaupun dia tahu dia tidak akan pernah dapat memiliki gadis itu.

Son Seungwan.

"Cedric!!" Jongin menjerit memanggil nama Cedric namun sayang, dia sudah tidak bernyawa lagi.

...

Seisi dewan berkabung buat Irene tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Tentang apa yang gadis itu lakukan kepada Seungwan. Tidak ada satu pun pelajar yang berani membuka mulut untuk mengumpat tentang gadis itu. Hanya tangisan daripada Yeri sahaja kedengaran.

Jungkook setia berada disebelah Yeri. Menemaninya disaat susah. Dia menggosok belakang badan Yeri untuk menenangkan temannya itu.

Pengetua berdiri ditengah-tengah pentas. Memberi ucapan takziah atas pemergian Irene, Rose dan Jennie.

Di sisi lain, ahli EXO semuanya berbalut dengan kain dek kerana cedera yang mereka miliki. Mereka duduk disatu meja tanpa mengikut rumah masing-masing.

Seungwan masih menunduk. Turut berkabung untuk Irene. Walaupun dia tidak berapa gemar dengan sikap Irene, tetapi kejadian itu memang memedihkan hatinya.

"Oleh kerana itu, pelajaran tahun ini sudah pun tamat. Kereta api sudah menunggu di stesen sana. Pelajar boleh bersurai.." ucap pengetua.

Para pelajar mulai beredar, bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Seungwan tersedar dari lamunan. Hatinya bagai meronta tidak mahu pulang ke dunia manusia. Dia mengeluh perlahan.


"Seungwan.." panggil Joy. Gadis itu nampak bersalah.

"Aku nak minta maaf. Aku dah ragu-ragu dengan sahabat sendiri sampai sanggup putus kawan. Aku sedar silap aku. Aku harap kau boleh maafkan aku?" pinta Joy. Dia kelihatan betul-betul kesal.

Seungwan meraih tangan Joy dan mengangguk kecil.

"Aku tak pernah pun marah pada kau. Kita tetap kawan walau apa pun yang berlaku.." jawab Seungwan dan terus beredar meninggalkan Joy.

Air mata Joy bergenang. Dia berusaha untuk menahannya daripada gugur namun tidak berjaya. Joy terduduk diatas kerusi. Teresak-esak mengenang kesilapannya. Sekarang, Seulgi pula hilang entah kemana. Dia rasa bodoh. Bodoh kerana terlalu mengikut emosi. Sehun datang mendekat dan memeluk Joy untuk menenangkannya. Semakin kuat tangisan Joy dibuatnya.

Seungwan berjalan ditepian koridor. Dia terkenang pada Seulgi. Entah apa yang berlaku pada gadis itu. Satu keluhan panjang dilepaskan.

Dia masih lagi belum bertemu dengan Chanyeol. Kemanalah lelaki itu pergi agaknya?

"Dah sedia untuk balik?" soal Hagrid yang datang bersama dengan Hiccup. Seungwan terkejut dengan sapaan itu.

"Hagrid!!" Gadis itu berlari mendapatkan lelaki berbadan besar itu. Dia memeluknya dengan begitu erat.

"Ada nampak Senior Chanyeol?" soal Seungwan, tidak menjawab soalan Hagrid tadi. Lelaki itu menggeleng. Begitu juga Hiccup yang seolah-olah faham dengan pertanyaan Seungwan.

"Jom lah balik. Nanti terlepas kereta api.." ajak Hagrid. Seungwan mengangguk kecil. Dia kembali ke dormnya untuk mengemas pakaian.

"Jumpa lagi..Hogwarts.."

"Tapi senior Chanyeol?"

"Dia mungkin tengah bersiap.."

Bersambung

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now