Pra-ujian O.W.L. Ujian dilakukan sebelum kejohanan Quidditch antara sekolah berlangsung. Ianya diadakan untuk menguji samaada pelajar mengambil serius atau tidak apa yang telah mereka belajar selama lima bulan lebih ini.
Keputusan ujian telah pun dikeluarkan sekarang. Para pelajar berebut melihat nama mereka pada papan kenyataan. Mereka tidak menghantar surat melalui burung hantu kerana membazir masa. Lagipula, cuma keputusan ujian Care of Magical Creatures, Herbology dan Divination sahaja yang dikeluarkan.
Irene dan Yeri hanya mampu memandang dari jauh kerana mereka tidak dapat menyelesaikan ujian tersebut. Terpaksalah mereka mengambil ujian tambahan nanti. McGonagall telah pun menguruskan masa ujian kepada mereka nanti. Dan dia turut sama memarahi Hagrid kerana tidak berhati-hati dengan Beacky.
"Weh aku lulus!!" jerit Seulgi keriangan. Dia berpelukan dengan Joy yang turut sama lulus. Joy terharu. Tempoh hari, sewaktu dia berjaya menunggang hippogriff bernama Beacky itu, dia rasa seperti ingin menjerit nama Sehun sahaja. Ingin memberitahu bahawa dia telah berjaya.
"Wei Seungwan kau pun lu--"
"Shuu! Jangan spoilkan aku. Biar aku tengok dari nombor 100 sampai atas." pinta Seungwan. Seulgi dan Joy menunggu gadis itu mencari namanya dengan sabar. Walhal, sudah tertera namanya di peringkat paling atas iaitu nombor satu.
"Dah jumpa ke?--"
"Shuuu!!! Nantilah aku-Wehh aku lulus jugak!!!" Teriak Seungwan keriangan. Seulgi dan Joy merenung satu sama lain.
'Nak kena jerit sekali lagi ke?' Seulgi menyoal Joy menggunakan telepati.
'Jerit jelah,' jawab Joy dan kini mereka berpelukan sekali lagi.
"Tak sangka. Tak sia-sia aku jumpa hippogriff tu malam sebelum ujian- Erk.." Joy hampir membocorkan rahsianya kepada semua orang disitu namun cepat-cepat dia menunduk. Biar orang mencari dari mana datangnya suaranya tadi.
"Kau cakap apa tadi Joy?" tanya Seulgi. Joy menggeleng.
"Tak ada apa.." jawabnya.
"Kita pergi makan nak?" Seulgi segera menukar topik. Dari tadi lagi dia asyik lapar. Nasib baiklah makanan dekat sini percuma walaupun bertaraf lima bintang. "Nakk!!" jerit Joy dan terus berlari ke dewan. Dia nak cover penipuannya sebenarnya.
Sementara itu, Seulgi dan Seungwan tergelak. Mereka dengar apa yang Joy cakapkan cuma tak berapa faham sahaja.
"Seul, terima kasih sebab tak jauhkan diri dari aku." kata Seungwan lalu memegang erat tangan sahabatnya itu. Seulgi mengangguk.
"Maaflah buat kau risau. Aku haritu takut kau marah sebab dye rambut je. Itu yang aku elak dari kau," Tipu Seulgi. Seungwan tersengih sahaja meskipun dia sudah tahu akan kebenarannya.
'Kalau bukan sebab Cedric pujuk, aku memang nak jauhkan diri dari korang. Aku takut.. Aku harap korang sudi berkawan dengan aku lepas dah tahu segala-galanya,'
"Seul. Kau pergi dulu lah. Bagitahu Joy aku ada urgent. Ada something aku nak selesaikan," pinta Seungwan.
"Okay. Take care," kata Seulgi. Mereka melambai-lambai kearah satu sama lain dan beredar menggunakan jalan yang bertentangan. Seungwan kembali ke papan kenyataan dan mencabut keputusan ujian, menyebabkan pelajar lain mengadu dan menjerit memintanya semula. Sayangnya, dekat sini tak ada printer. Sedih!
Padang Quidditch ialah tempat yang dia tuju. Ada seseorang yang nak dia jumpa sekarang. Boleh teka siapa kan? Ehek!
Figura lelaki itu sudah kelihatan dari jauh. Tanpa berlengah, Seungwan terus berlari kearahnya dengan pantas. Riang seperti reriang eh kanak-kanak maksudnya.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...