Part 3 : PCY & KJI

810 77 77
                                    


Hari sebelum Seungwan menerima surat kelayakkannya ke Hogwarts, dia telah bertemu dengan Hagrid. Lelaki itu sempat ditumbuk oleh Seungwan kerana secara tiba-tiba datang menggunakan motosikal terbangnya. Siapa sahaja yang tak terkejut?

Mereka juga sempat berkejar-kejaran selama sejam. Ingat sweet ke?

"Ingat? Kamu memang dah ditakdirkan untuk menjadi pelajar di sini. Kamu ahli keluarga Potter, tiada apa yang dapat mengalahkan kamu. Walaupun Voldemort dah tak ada, masih banyak lagi watak jahat yang boleh muncul."
"Dah jadi takdir saya untuk jaga keluarga Potter haha. Harry. Haih. Rindunya."

Nasihat Hagrid masih bermain-main di mindanya. Seungwan menghela nafas panjang dan mengelus rambutnya perlahan. Pemandangan langit dari beranda belah timur ini sangat cantik menurutnya. Sebenarnya dia tak boleh tidur, itu yang merayau-rayau cari masalah macam ni.

"Siapa benarkan kau untuk keluar seorang diri waktu-waktu macam ni?" sergah seorang lelaki yang entah datang dari mana secara mengejut.

"Oh. Maafkan saya. Saya akan pergi--"

"Tak payah. Duduk sini." arah lelaki itu.

Seungwan menurut perintah dan berdiri sahaja di situ. Ingatkan cikgu atau mana-mana penjaga sekolah tadi. Rupa-rupanya pengawas sekolah.  Dia kembali merenung bintang seperti yang dilakukan sejam tadi. Nak bersuara, takut tak direspon.

"Kau ke budak yang katanya terkenal sangat tu?" soal lelaki itu. Seungwan memandangnya dengan bingung. Apa yang mereka semua ni merepekkan sekarang ni? Tak habis-habis lagi dari petang tadi.

"BTW, aku PCY." sambung lelaki itu.

"Saya Son Seungwan. Maafkan saya senior tapi saya tak faham apa yang senior maksudkan?" ujar Seungwan, jujur. Dia mengelus rambutnya sekali lagi menggunakan tangan kiri dan dalam masa yang sama, lengan bajunya terselak sehingga menampakkan kesan parut berbentuk kilat disitu.

Chanyeol merenung kearah parut kilat itu dengan tajam.

'They know how to act innocent..As expected.. Potter-related blood..stupid'

"Dah. Balik ke dorm kau sekarang. Sekolah ni ada peraturan. Tak kisahlah kau anak pengetua sekali pun, rules is rules!" arah Chanyeol dengan tegas. Wajahnya yang beku itu membuatkan Seungwan semakin takut. Dia dapat agak yang seniornya ini Slytherin. Aura kejahatan tu memang terasa. Fuh! Tapi muka yoda.

Seungwan sempat juga mengata dalam hati. Dia agak lelaki ini agak psiko. Sekejap cakap lembut, sekejap kasar.

Sebelum beredar, Chanyeol sempat membisikkan sesuatu kepadanya.

"Hati-hati Potter. Kalau kau asyik sendirian, takut ada yang serang dari belakang."

Sebaik sahaja Seungwan pergi, Chanyeol berpaling kearah belakang. Dia mengangguk kepada seseorang dari dalam gelap. Mereka tersenyum misteri. Rancangan mereka berjalan lancar seperti yang dirancang. 

"Good job."

...

Pagi itu, Seungwan bangun dengan malasnya. Dia tidak dapat tidur dengan tenang semalam kerana kata-kata seniornya itu. Terlalu deep buatnya.

Dia menghampiri Seulgi dan Joy yang sedang menikmati makanan di dewan. Maklumlah free. Kepalanya disandarkan ke meja dan dia mula tidur-tidur ayam. Tidak dia hiraukan dua lagi rakannya itu.

"Irene-ah! Sekali ni je. Tolonglah terima?" teriakan atau rayuan senior Kim Suho menarik perhatian Joy dan Seulgi.

Mereka tergelak melihat lelaki itu ditolak mentah-mentah oleh gadis slytherin seperti Irene. Yelah, setahu mereka budak slytherin tak suka berpasangan dengan rumah selain rumah mereka sendiri.

"Kau tahu tak? Senior Suho tu dari dua tahun lepas lagi dia angau pada Irene. Kesian. Lelaki kacak macam tu pun kena reject?" ujar Joy sambil mengunyah roti dengan kasar.

Kelihatan Suho yang sedang mengelilingi Irene sambil membawa bunga. Nampak desperate betul lelaki itu.

"Dua tahun lepas? Bukan Irene baru masuk tahun ni ke?" soal Seulgi. Joy menggeleng.

"Enggak lah. Irene tu setahun tua daripada kita. Dia dah masuk dah dulu cuma katanya dia terpaksa keluar sebab cedera parah. Cedera apa entah aku tak pasti sampai dia terpaksa tangguh dulu belajar." jawab Joy. Seulgi menunjukkan wajah terkejut.

Dia terkejut kerana wajah Irene nampak sebaya macam mereka. Rupanya gadis beku itu berpangkat 'kakak' kepada mereka.

"Suho tu Ravenclaw kan? Serumah dengan kau kan?" soal Seulgi kepada Joy. Joy mengangguk. Sebab itu dia rasa kesian dengan Suho. Tiap kali dia balik ke dorm, tiap kali tu juga dia nampak lelaki itu sedang memuja Irene. Siap letak gambar Irene dekat sudut belajarnya. Geli mak! Dengar cerita, cadar katil lelaki itu juga berwajah Irene. Makin geli pula. Ini tahap obses dah ni.

"Itu siapa?" soal Seulgi lagi. Dia memandang takjub kepada lelaki berkulit tan yang sedang menyapa pelajar Slytherin lain.

"Kim Kai. Tapi dia Gryffindor. Dia tu playboy antarabangsa. Semua perempuan dia try. Yang aku peliknya, dengan perangai macam tu kenapa tak masuk Slytherin je. Untung Seungwan dapat senior se-buaya macam ni hahahaha. Tak payahlah nak terpikat dengan dia. Dengar cerita, dia tak pandang perempuan hufflepuff."  Maklum Joy kepada Seulgi.

Wajah Seulgi berubah. Dia menjeling kearah Joy.

"Kau tengah sindir aku ke ni?" marah Seulgi. Yelah, dia seorang sahaja Hufflepuff dalam geng mereka bertiga ini. Joy mengangguk lalu ketawa jahat.

Seulgi memukul belakang Joy dan merajuk.

"Alololo budak sepet merajuk. Okeylah sorry. Tapi tak payah pandang sangat si playboy tu. Dengar cerita dia ada girlfriend," kata Joy lagi. Mood Seulgi semakin down.

"Dah nama pun buaya takkan lah single?" kata Seulgi perlahan.

"Nanti kalau dah break aku bagitahu kau. Dengar tau nasihat aku. Jangan fall dengan senior tu,l."

Seulgi tidak menghiraukan kata-kata Joy. Dia mencuri pandang kearah Kai yang sedang bermanja dengan Yeri. Siap berpeluk-peluk lagi. Hatinya rasa panas.

"Oh! Kalau kau nak tahu Yeri tu---"

"Aku nak pergi tandas. Kalau Seungwan bangun, suruh dia pergi kelas herbologi. Dalam sejam lagi kelas start." Seulgi memotong percakapan Joy. Dia nampak marah.

Joy diam. Dia bingung sendirian.

"Aku ada salah cakap ke?"

Joy menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia menyambung menikmati sarapan pagi seperti biasa. Food is bae. Kalau diberi pilihan nak selamatkan makanan atau kawan, Joy lebih sanggup pilih makanan. Itu motto dia. Seungwan yang sedang tidur tidak dia hiraukan. Makanan lagi penting!

"Baru nak cakap yang Yeri tu adik Kai. Takpelah. Tak boleh tahan nak berak lah tu." Joy mengumpat Seulgi seorang diri. Hm. Budak tu seorang diri pun boleh berbual. Dasar Joy.

"Tapi pelik lah. Abang dia Gryffinfor, adik dia Slytherin. Eh topi tu makan gaji buta ke apa masa pemilihan dulu?"

"Tak sekarang ni kenapa korang semua buat-buat tak dengar apa yang aku cakap ni?!"

Joy memberontak. Habis separuh pinggan dia suap ke dalam mulutnya.

"Ingat aku tunggul ke bercakap sorang-sorang?"

Bersambung

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now