Seungwan dan Joy memasuki taman di belakang sekolah, tempat dimana pembelajaran seterusnya bakal dilansungkan. Mereka masih bergabung dengan pelajar tahun pertama. Sesampainya disana, mereka bingung melihat ramai pelajar yang sedang berbisik sesama sendiri. Namun mereka nampak seperti lebih sedang bergosip atau berfangirling terhadap sesuatu.
Mereka berdua menolak pelajar yang menghalang laluan dan berdiri dihadapan sekali bersama-sama Seulgi. Mujurlah pelajar-pelajar itu memberi kerjasama yang baik.
"Oh! Senior EXO dan SNSD!" ujar Joy, perlahan. Dia nampak teruja.
Seungwan merenung mereka yang dimaksudkan dengan EXO. Ada dua belas orang lelaki semuanya dan sudah semestinya senior Cedric berada disitu juga. Selain itu, terdapat sembilan orang gadis cantik berdiri di sebelah mereka. Dan diantara mereka yang Seungwan kenal ialah Taeyeon, Hyoyeon dan Sunny sahaja memandangkan hanya mereka bertiga yang berasal dari rumah Gryffindor.
"Baiklah semua pelajar baru. Saya Profesor Pomona Sprout. Guru herbologi anda. Hari ini, kita akan belajar tentang tanaman Mandrake.." ujar Profesor Sprout yang entah datang dari mana. Wanita itu seorang yang berbadan besar dan beruban.
"Tangisan mandrake tu kematian kepada sesiapa yang mendengarnya." bisik Joy kepada Seungwan dan Seulgi. Dia nampak seperti sedang menunjuk akan pengetahuannya kepada kedua sahabatnya itu. Biasalah, budak Ravenclaw memang berotak geliga. Seungwan dan Seulgi memandang satu sama lain dan memberi wajah mengejek kemudian ketawa.
Joy terus-menerus bercakap sehingga menyebabkan Profesor Sprout menoleh kearahnya sedangkan pada waktu itu, dia sedang menerangkan tentang tumbuhan berbahaya ini.
"Maafkan saya Cik Park? Awak ada nak cakap sesuatu ke?" soal Profesor Sprout. Joy menggeleng pantas. Dia menunduk dan menutup wajahnya dengan tangan kerana malu dipandang oleh seniornya. Dia kesal kerana wajah pertama yang melihatnya adalah senior Oh Sehun, crushnya sendiri!
Profesor Sprout menggeleng kecil. Mengingatkan dia kepada bekas pelajarnya dahulu, Granger. Cuma Granger lebih gemar menyampuk dan bukannya bercakap dibelakang.
"Sekarang pakai penutup telinga kamu, kalau tak nak mati awal. Jangan risau, tumbuhan ni masih bayi jadi tak berbahaya sangat. Cuma ini hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga." nasihat Profesor Sprout. Mereka semua mendengarnya dengan penuh tekun.
"Saya cuma nak kamu alihkan tumbuhan ni ke pasu baharu. Selepas siap yang berada di dalam kebun ni, saya nak kamu alihkan ia ke hujung tembok sana ya? Dibawah khemah disana." arah Profesor Sprout. Dia menunjukkan demo tentang bagaimana untuk memindahkan anak-anak pokok mandrake itu ke pasu baru.
ARGHHHH!!
Beberapa orang murid jatuh terduduk mendengar jeritan anak pokok tersebut. Ada juga yang sekadar menekup telinganya dengan lebih kuat. Jeritan itu cukup kuat untuk anak pokok.
"Dah! Itulah cara bagaimana ia dilakukan. Saya akan serahkan kamu kepada senior-senior ini. Sila ikut tunjuk ajar mereka." ujar Profesor Sprout sebelum menyebut nama pelajar yang bakal menjadi mentee kepada senior-senior itu.
"Park Joy, kamu akan bersama Oh Sehun." panggil Profesor Sprout. Joy tersenyum gembira namun dia mengawalnya. Dia mengikut Sehun dan menuju kearah salah satu pasu yang disediakan.
"Seul, kau okey?" tanya Seungwan, prihatin. Seulgi mengangguk kecil. Dia tak okey, tapi dia cuba untuk jadi kuat. Seungwan menggenggam tangan Seulgi untuk memberi kekuatan kepada sahabatnya itu.
"Kang Seulgi, kamu akan bersama Kim Jongin.." ujar Profesor Sprout. Seulgi nampak terkejut. Dia tergenggam tangan Seungwan dengan begitu kuat dan menyebabkan gadis itu menjerit sedikit.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...