Seungwan melepaskan genggaman tangan Chanyeol dengan kasar. Pergelangan tangannya itu hampir putus gara-gara kekuatan genggaman Chanyeol."Sorry.." Kata Chanyeol, perlahan. Namun wajahnya masih tidak berperasaan. Macam kata-kata maaf itu tiada makna. Hm, nasib senior.
"Dah tak payah acah sakit nanti pandai-pandailah jumpa Madam Pomfrey. Macam budak-budak. Sini aku nak ajar," Omel Chanyeol, garang. Seungwan tergamam. Ingatkan luaran je beku rupanya dalaman pun sama. Masa mak dia pregnant, mak dia terkurung dalam peti sejuk ke?
Seungwan mendekati Chanyeol dan melihat tutorial secara live itu. Dia tidak begitu fokus kerana pergelangan tangannya masih sakit. Dah merah-merah tu bukan sakit biasa. Memang kena bawa jumpa doktor. Dia tertanya-tanya, seniornya ini beast ke manusia? Dasar ahli sihir.
Pang! Kepala Wendy diketuk menggunakan penyedok besi. Gadis itu menjerit kesakitan manakala Chanyeol kekal dengan wajah bekunya.
"Datang sekolah belajar bukan mengelamun budak ketod," katanya selamba badak. Tidak peduli tentang benjolan yang muncul di kepala juniornya itu.
"Senior.. Saya tak tahu salah saya apa tapi janganlah layan saya macam ni. Dari semalam senior buatkan saya tak boleh tidur. Saya--"
Seungwan berhenti membebel saat tersedar kata-katanya itu mungkin membuatkan Chanyeol salah faham. Dia mengalihkan pandangan lalu mengetuk kepalanya sendiri. Pipinya merah kerana malu. Chanyeol mula diam. Dia pun nampak terkejut.
Memang ramai perempuan di sekolah ini yang sentiasa meluahkan kata-kata cinta kepadanya tetapi dia tak pernah rasa terharu seperti ini. Terharu ke? Ke salah ayat ni? Chanyeol menahan senyuman dan berpura-pura batuk. Dia mengambil penutup telinga dan memakaikannya secara kasar kepada Seungwan.
"Dah buat sendiri. Sendiri tak tengok tutorial tadi pandai-pandailah kau." arah Chanyeol. Dia menyerahkan penyedok kecil itu kepada Seungwan. Seungwan mengangguk faham dan mengambil penyedok itu tanpa memandang kearah Chanyeol.
Bunyi tangisan anak pokok mandrake agak menyakitkan telinga mereka. Entah kenapa tangan Chanyeol terasa gatal untuk hinggap di telinga Seungwan bagi menjadikan penutup telinga itu lebih kebal. Seungwan cepat-cepat memasukkan anak pokok itu ke dalam pasu baharu.
"Senior.. Kalau ye pun janganlah sampai tutup mata saya dengan tangan panjang senior tu," ujar Seungwan, gugup. Chanyeol yang tersedar akan kesilapannya itu melarikan tangannya dan menjarakkan diri daripada Seungwan.
"Ehem..Pergi letak pasu tu dekat sana. Aku tunggu sini. Ada banyak lagi nak kena buat.." Arah Chanyeol sambil membelakangi Seungwan. Dia rasa malu. Malu kena tegur dengan junior sendiri disebabkan kesilapan dia.
"Baik." Dengan naifnya Seungwan menjawab. Baru sahaja dia hendak mengangkat pasu tersebut, Chanyeol sekali lagi menampar pergelangan tangannya yang tercedera. Seungwan menggigit bibir saat rasa sakit mencengkam bahagian dalamannya.
"Tak payah! Biar aku buat. Kau uruskan yang lain. Apa kau ingat aku ni dayus ke nak bagi perempuan angkat barang berat sorang diri---"
Omelan Chanyeol perlahan-lahan tidak kedengaran dek kerana dia sudah berjalan jauh dari taman. Seungwan menghela nafas lega. Lega kerana telah berpisah dari senior gila seperti Chanyeol. Semalam dah kena jerkah, hari ni pun kena lagi.
"OpocotChanyeolGila!" Seungwan melatah saat tangannya disentuh seseorang. Cedric ketawa.
"Sakit?" Tanyanya. Bagaikan dihipnotis, Seungwan mengangguk. Cedric membelek-belek tangan Seungwan dengan wajah serius.
"Jomlah pergi bilik rawatan. Serius ni. Tak pasal-pasal tak boleh menulis. Tangan kanan pulak tu." ajak Cedric. Seungwan mengangguk. Entah kenapa dia cair saat melihat senyuman manis Cedric. Jejaka kacak itu terus membawanya keluar dari taman.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...