Part 10 : Daughter of Lucifer

480 63 13
                                    


Seungwan meninggalkan dewan dengan perasaan sebal. Dia sempat menjeling pelajar-pelajar Slytherin yang merenungnya.

"Seungwan tunggu!" panggil Seulgi. Dia mengekori Seungwan yang sedang bergegas ke suatu tempat.

Sampai di satu lorong, mereka menyorok.

Kedengaran suara orang bercakap di sebalik pintu. Mereka sedang berbincang tentang hukuman buat Joy dan Sungjae. Bibir Seungwan diherotkan ke tepi. Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya untuk mengumpul keberanian. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk, Seulgi menghalang.

"Janganlah. Kalau diorang marah macam mana?" ujar Seulgi, risau. Dia pun khawatir dengan Joy tapi dia tak boleh biarkan Seungwan terlibat juga.

"Kita kena tolong Joy. Kita saksi atas perbuatan pelajar Slytherin. Kalau bukti kita tak kukuh, sekurang-kurangnya kita kena gugurkan fitnah pasal Joy mencuri! Dia ada dengan kita 24 jam bila masa dia masuk bilik Profesor Siren? Kelas dengan dia pun belum start!" balas Seungwan. Suaranya agak kuat pada ketika itu.

Seulgi menelan liurnya. Dia melepaskan tangan Seungwan dan membiarkan gadis itu masuk. Dari belakang, dia mengekori Seungwan.

Guru-guru dan Mr.Filch menoleh serentak saat Seungwan dan Seulgi masuk. Kedua gadis itu terkejut saat melihat Joy dirotan di bahagian betisnya. Begitu juga dengan Sungjae. Tangisan Joy masih belum berhenti.

"Cikgu.. Saya datang ni untuk jelaskan salah faham ni!" ujar Seungwan. McGonagall menghentikan percakapan Seungwan dan mengangguk.

"Kami dah dengar semuanya dari luar. Kalau betullah Park Joy tidak bersalah, kami akan lepaskan dia. Tapi dia tetap menjadi suspek utama atas tuduhan kepada rumah Slytherin." Kata McGonagall dengan tegasnya.

Seungwan menghela nafas lega. Dia menghampiri Joy lalu memeluknya. Belakang badan Joy diusap lembut untuk menenangkan sahabatnya itu.

"Terima kasih profesor... Dan Mr.Filch. Saya janji akan cari bukti kukuh untuk kes ini. Dan pada waktu itu, kita akan tahu siapa benar dan siapa salah." kata Seungwan, seperti mencabar.

Mr.Filch mencelikkan matanya sebesar mungkin. Dia rasa terhina dengan kata-kata gadis berkaca mata bulat itu.

"Kamu sengaja nak hina aku ke?! Jadi kamu nak kata aku menghukum orang secara melulu lah?!" jerit Mr.Filch sambil menghalakan cemeti kearah Seungwan.

Entah dari mana keberanian ini datang, Seungwan ketawa sinis. Dia tak menidakkan apa yang Filch katakan.

"Siapa makan cili dia yang terasa.." balas Seungwan dan segera membawa Joy keluar dari sana. Dia tidak dapat membantu Sungjae kerana lelaki itu yang memandai mengaku di dewan tadi. Mr.Filch juga pasti tidak akan membebaskan Sungjae semudah ABC.

Sebaik sahaja keluar, Seungwan menjerit kecil. Dia rasa berdebar, takut dan sebagainya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia memandai-mandai melawan tadi. Dia rasa macam nak hentak kepala dekat dinding. Seulgi hanya melongo melihat sahabatnya itu. Nasib takde air liur basi tumpah.

"Isk..Terima kasih Seungwan..Isk.. Aku patut dengar cakap korang.." Teresak-esak dia cuma meminta maaf.

Kedua sahabat itu merenung antara satu sama lain. Kemudian mereka memeluk Joy bersama.

"Takpelah. Kau pun dah menyesal. Dah jom kitorang pergi rawat kaki kau. Boleh jalan tak ni?" ujar Seulgi. Joy menggeleng kemudian tersengih.

Mereka ketawa.

"Lain kali buat lagi.." sindir Seungwan.

"Sorry.."

...

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now