Seungwan tersedar dari pengsannya saat mendengar bunyi bising sudu yang berdentum jatuh keatas lantai. Buka sahaja mata, dia nampak Joy yang sedang tersengih seperti kerang busuk yang comel. Dia masih lagi lemah untuk menyapa sahabatnya itu.
Joy meletakkan belakang tapak tangannya untuk memeriksa suhu badan Seungwan. Katil pesakit itu dinaikkan agar kedudukan Seungwan seolah-olah sedang bersandar.
"Nasib baik ada orang bawa kau cepat-cepat dekat sini tahu tak? Suhu badan kau dah menurun dah. Semalam lagi teruk tahu? Berpeluh macam baru lepas maraton." kata Joy. Dia mengacau-ngacau bubur abalone yang dibawa oleh seseorang untuk Seungwan.
"Siapa yang bawa aku?" tanya Seungwan. Joy menjongket bahu tanda tidak tahu.
"Senior Chanyeol kau tu kot. Ni pun mungkin dia yang bagi sebab masa kau masuk hospital haritu dia yang tolong belikan bubur untuk kau." sangka Joy. Seungwan menelan liur memandang bubur yang sedang dikacau oleh Joy itu.
"Asal? Nak?" soal Joy. Seungwan mengangguk. Perutnya sudah pun berkeroncong. Joy mengangguk. Sesuap dihalakan kepada Seungwan.
"Makan elok-elok. Kalau comot siap kau!" ugut Joy dalam nada bergurau. Seungwan anggukkan sahaja. Dia menikmati bubur yang disuap oleh Joy itu sehinggalah habis licin mangkuk sebesar bekas aiskrim itu.
"Profesor Siren ada datang jumpa aku tadi. Dia kata kau kena get ready lepas majlis prom nanti sebab Triwizard dah nak mula. Tahun ni, diorang adakan Yule Ball dulu sebelum perlawanan. Aku pun tak tahu kenapa. Diorang ubah banyak sangat sampai aku tak pasti ini Triwizard or a joke." beritahu Joy. Selera Seungwan mulai pudar. Dia meneguk air mineral sehingga separuh botol.
"Aku nak undur diri lah. Aku belum sedia. Lagipun aku tak layak. Ced-Cedric yang patut main bukan aku. Lagipun, aku tak letak pun nama aku dalam tu." ujar Seungwan, tidak bermaya. Joy juga nampak gusar. Dia memegang tangan Seungwan untuk memberi semangat kepada sahabatnya itu.
"Pengetua tak akan bagi tarik diri. Kau kena sedia Seungwan. Game ni melibatkan maruah sekolah. Kalau Hogwarts jatuh tersungkur, parents wizard yang newbie mungkin fikir dua tiga kali untuk hantar anak-anak diorang dekat sini. Pengetua dengan Naib Pengetua mesti bengang kalau itu yang berlaku. Lagipun kita mana pernah kalah." ujar Joy. Dia membuatkan Seungwan semakin rasa bersalah untuk tarik diri namun dalam masa yang sama rendah diri dan malu kerana dipilih.
"Kita kena sedarkan Cedric balik! Aku taknak main." rengek Seungwan. Bibirnya dimuncungkan sepanjang mungkin.
"Hish budak tu dah koma entah bila boleh bangun. Tak boleh main-main guna ayat apa-apa untuk bangunkan dia. Boleh jejaskan kesihatan dia yang sebenar. Silap hari bulan, mati."
Pap!
"Aduh!!"
Tangan Joy ditampar kuat oleh Seungwan.
"Mulut tu celupar!"
"Eleh. Tahulah kau suka Cedric tu kan? Cakap sikit je nak marah,"
Seulgi memandang kedua sahabatnya itu.
"Kau ada syak siapa-siapa ke yang letak nama kau dengan sengaja?" Soalnya kepada Wendy.Wendy menjongketkan bahu. Dia sendiri tak pasti. Dan kalau dia tahu, dia akan tersangatlah marah kerana disabotaj sebegini.
...
Seungwan sudah pun dibolehkan untuk keluar oleh Taehyung tadi. Mereka mengemas tempat tidur buat sementara bagi menolong pembantu jururawat itu.
Chanyeol masuk ke dalam hospital sambil membawa sesuatu dibelakangnya. Dia mengarahkan Joy untuk keluar dengan memberi alasan Sehun ingin berjumpa dengannya.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...