Part 21 : Tri-Wizard?

408 55 8
                                    


Pengetua Beauxbatons dan Hogwarts serta ahli-ahli majlis semua berkumpul didalam bilik mesyuarat termasuklah pengetua Durmstrang. Sudah beribu kali pengetua Beauxbatons meminta maaf kepada Pengetua McGonagall diatas apa yang terjadi.

"Maafkan pelajar sekolah kami. Dia sudah memaklumkan bahawa kejadian yang terjadi hanyalah secara tidak sengaja. Kami mengalami masalah dengan penyapu ajaibnya." ujar Pengetua Maxime (Beauxbatons).

McGonagall mengeluh perlahan. Kejadian yang berlaku adalah diluar batasannya.

"Jadi bagaimana dengan perlawanan Tri-Wizard? Saya dengar yang pelajar yang tercedera itu Cedric bukan? Macam mana kalau perkara macam ni terjadi lagi??" soal Pengetua Durmstrang iaitu Karkaren.

McGonagall memandang ahli sidang yang lain. Mereka pun tidak tahu dengan keputusan selanjutnya namun sebagai tuan rumah, tidak sewenang-wenangnya perlawanan itu dibatalkan.

"Kita perlu teruskan. Kontrak Tri-Wizard kuat. Tidak boleh diputuskan begitu sahaja." Ujar McGonagall.

"Kami cuma perlu pastikan perkara tak terduga sebegitu terjadi sahaja." Ujar Karkaren.

"Kalau Daily Prophet dengar pasal hal ni. Keadaan akan jadi kecoh." Rungut Karkaren.

"Kami dengar ada cicit Harry Potter dekat sini. Mesti dia seorang lelaki yang gagah kan? Apa kata masukkan dia? Daily Prophet akan lupakan hal ni buat seketika." ujar Maxime. Mcgonagall tergamam.

"Maksud kamu, masukkan namanya dengan sengaja?! Itu menipu namanya!" Tegas McGonagall.

"Tak ada salahnya kan? Lagipula, apa masalahnya?"

"Dia perempuan." jawah McGonagall membuatkan Maxime dan Karkaren terkejut. Mereka tahu tentang gadis Potter itu cuma Daily Prophet tidak pula memaklumkannya kepada mereka.

"She's a girl?"

"She's a girl." Ulang McGonagall.

Maxime dan Karkaren nampak kecewa.

"Kalau perempuan pun kenapa?" soal McGonagall. Dia nampak agak tidak berapa suka apabila seorang perempuan direndahkan seperti itu.

"Bukan apa. Perlawanan ini melibatkan fizikal dan mental. Mental mungkin lah dia boleh atasi tapi fizikal? Apa yang seorang perempuan boleh buat kan?" soal Maxime. Mcgonagall mula menunjukkan riak tidak puas hatinya.

"Dia mendapat tempat pertama dalam ujian bersama hippogriff kemarin dulu. Mengalahkan lelaki-lelaki dalam batchnya dan menjadi perempuan pertama untuk dapat posisi tersebut. Itu yang dimaksudkan dengan lemah fizikal? Are you sure?" Mcgonagall berhujah. Nampaknya debat bakal dimulai.

"Maybe 'luck'?" sindir Maxime.

"How dare you put a discrimination towards a girl when we're in the same gender! You feel sorry about our boy student but feel nothing about the girl? Kau tu perempuan!" bentak Mcgonagall.

Para lelaki yang berada disana semuanya tidak mampu untuk mencelah. Mereka hanya mendiamkan diri dan mengunci mulut. Takut sekiranya tersilap langkah, nyawa dihujung tanduk.

"Hanya sebab dia keturunan Potter tak semestinya dia bagus? Unless she's a guy. Betul ujian dengan hippogriff tu agak sukar sebab jiwa haiwan ni sukar untuk difahami tapi boleh jadi ianya hanyalah nasib baik. Perlawanan ni melibatkan maruah dan aku tak sanggup tengok Hogwarts jatuh malu disebabkan kalah kerana seorang perempuan." sindir Maxime lagi.

Mcgonagall hilang sabar.

"Long before! Kita memang dah ada pemain perempuan dalam Tri-Wizard tournament. Apa yang buatkan kamu fikir seorang perempuan tak boleh menang perlawanan ni lagi? Bukan dulu, dari sekolah kamu, Fleur Delacour wakilnya?" Soal McGonagall. Maxime berdecit.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now