Seungwan membuka surat yang diberikan oleh Mark tadi. Ianya daripada Chanyeol. Dahinya berkerut seketika. Sudah kenapa seniornya itu sampai nak surat-menyurat bagai?
'Datang dorm lelaki malam ni. Ada something saya nak beritahu awak.
Daripada, Chanyeol❤'
"Buang tabiat ke apa? Memang ada bipolar eh dia ni?" soal Seungwan. Surat tersebut diletakkan disebelah katilnya. Banyak yang bermain difikirannya sekarang. Dia berguling-guling sehingga dirinya terlena disitu.
Beberapa jam berlalu, malam melabuhkan tirainya. Seungwan terbangun akibat bunyi bising daripada suara Sunny yang sedang terpekik melolong kerana hujung kakinya tersepit dicelah pintu.
Seungwan terus bangun dan mengganti pakaiannya. Malaslah dia mahu mandi. Baik dia pergi jumpa Chanyeol sekarang dan lepastu balik tidur sekali lagi. Tanpa memberitahu kepada ketua dorm iaitu Taeyeon, Seungwan keluar dari dorm dan menyelinap secara haram ke dorm lelaki.
Dia mencari-cari kelibat Chanyeol dan juga bilik yang bernombor 666. Susah nak cari memandangkan sekarang waktu malam, lampu pun samar-samar sahaja.
Sampai sahaja didepan bilik bernombor 666, Seungwan bersedia untuk mengetuk pintunya. Namun tergendala setelah dia mendengar suara Taeyong dan beberapa lelaki lain sedang berbincang akan sesuatu yang mungkin akan melibatkan nyawa seseorang.
Dari dalam, perbualan bermula tanpa mereka sedar ada yang sedang mencuri-curi dengar.
"Mana perempuan tu? Surat yang aku suruh bagi tu sampai ke tidak dekat tangan dia?" soal Taeyong, bengang.
"Sabarlah. Pagi tadi aku dah bagi. Dia mesti datang punyalah kalau libatkan Chanyeol," jawab Mark, yakin.
"Kau rasa menjadi ke plan kita nak tangkap dia dan jadikan tebusan untuk menang game ni?" tanya Eunwoo. Dia memang tak pernah nak ada perasaan yakin dalam diri sejak azali lagi.
"Kau rasa?"
"Aku tak boleh teka," jawab Eunwoo.
"Kalau tak menjadi, kita guna plan B," sahut Taeyong. Mark, Eunwoo dan Daniel menjongketkan kening mereka. Tertanya-tanya apakah plan B mereka.
"Tak payah fikir pasal plan B lagi. Kita fokus pada plan A dulu. Bila perempuan tu sampai, kau tekup mulut dia lepastu bagi dia pengsan. Then kita ikat dan kurung dekat sini sampai hari pertandingan. Aku yakin, Chanyeol mahupun Sehun akan bersetuju untuk biarkan kita menang,"
Seungwan menekup mulutnya kerana terkejut. Dia terus melarikan diri daripada dorm lelaki dan bergegas menuju ke dorm Gryffindor. Disebabkan hal tadi, kini dia sukar untuk melelapkan matanya. Patut ke dia beritahu Chanyeol tentang perkara ini?
...
Hari ujian tempoh hari
Irene berjalan menuju kearah hospital sekolah bersama dengan si busuk Yeri. Dia ada juga nak tergelak tapi rasa bersalah pula. Disebabkan dialah Yeri 'diludah' sebegitu. Tak pasal-pasal merajuk budak tu nanti. Tangannya terasa nyeri sekarang.
Kebetulan, sewaktu dalam perjalanan mereka terserempak dengan Suho yang sedang mengulang kaji ditepi koridor. Wajah lelaki itu nampak berkerut saat melihat baju Irene yang dipenuhi kotoran. Lagi-lagi Yeri yang busuk dengan bauan darah. Terus dia mendekati mereka dan meninggalkan buku-bukunya bersama sahabat ulat bukunya yang lain.
"Irene-ah, gwenchana?" soal Suho, risau. Irene menjeling kearah Suho dan tidak membalas soalannya. Suho segera meraih tangan kiri Irene dan itu menyebabkan gadis itu menjerit kesakitan.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...