Sebulan sebelumnya,
Seungwan membetulkan jas sekolahnya yang dicarik-carik oleh Mark Tuan, pembuli nombor satunya. Lelaki itu ketawa saat melihat dirinya yang kusut masai itu sedang ditolak-tolak oleh kekasihnya, Myoui Mina.
"Berani kau dekat-dekat dengan boyfriend aku? Kau ingat kau siapa?! Kau tu cuma menumpang dekat rumah aku jadi buatlah macam penumpang!" pekik Mina, bak histeria.
Rambut Seungwan ditarik lagi olehnya. Dia sudah hilang kawalan. Mark masih lagi ketawa. Dia rasa terhibur melihat adegan dihadapannya ini.
"Bukan saya yang buat. Mark yang--"
"Mark yang nak cium kau? Itu yang kau nak cakap?! Perempuan murahan! Dasar penipu! Kau patut mati sama macam mak kau dulu! Tak adalah nak menyusahkan keluarga aku untuk besarkan kau!" Mina melebihi batasnya.
Seungwan tergamam mendengar tuduhan tidak bertauliah Mina.
Pang!
Pipi Mina ditampar kuat oleh Seungwan. Bekas jarinya melekat di situ. Tanda kilat yang dia sangka sebagai tanda lahir itu bersinar buat kesekian kalinya tanpa dia sedar.
"Nak jadi bitch, aku tak kisah. Tapi kalau sampai nak sentuh pasal ibu bapa aku, kau memang melampau.." Ujar Seungwan terketar-ketar. Mina merenung tajam kearah Seungwan.
"Anak haram! Kau kurang ajar dengan orang yang selama ni beri kau duit untuk hidup?! Hah!!!"
Pang!
"Kau ingat kau siapa nak sebut aku anak haram?! Periksa salasilah keluarga kalau kau nak! Tengok siapa anak haram yang sebenar! Duit? Kau ingat duit boleh beli kebahagiaan ke? Aku membesar sebab aku nak. Tak perlu duit kau pun aku boleh hidup selagi tuhan nak aku hidup!" Pekik Seungwan.
Mina tidak dapat menerima hinaan ini lantas menyerang Seungwan. Gadis yang selama ini dianggap nerd dan lemah itu mulai melawan. Dia menampar kepala Mina dengan begitu kuat. Sekali tamparan menyebabkan gadis yang selama ini dianggap adik itu berpusing-pusing dan jatuh.
Mark segera bangun dan menghampiri kedua wanita itu. Rasanya, perlawanan itu perlu dihentikan kerana agak 18 keatas menurutnya. Terlalu ganas.
"Hoi Son Seungwan kau jangan melebih--"
Buk!
Badan Mark melayang ke dinding dengan sendirinya meskipun Seungwan tidak menyentuhnya. Jackson dan Bambam yang berada di sana mengundurkan langkah mereka saat melihat adegan itu.
"Bangun lah! Kau kata apa tadi? Aku patut mati? Sini kau bunuh aku kalau berani!" arah Seungwan. Mina menggeleng takut.
Dia mengesot ke belakang saat Seungwan menghampirinya. Seungwan bercangkung lalu menarik rambut Mina.
"Haih. Kau memang--"
Seungwan melepaskan rambut Mina lalu beredar dari stor sukan itu. Dia tak sanggup nak cederakan Mina. Lebih-lebih lagi Mina satu-satunya adik yang dia ada walaupun mereka tiada pertalian darah. Lebih-lebih lagi ibu bapa Mina tidak pernah mahu menerimanya sebagai anak saudara.
Gadis itu membuka kaca matanya dan menyimpannya di dalam poket. Dia berjalan kearah taman permainan untuk menenangkan diri. Lima tahun dia dibuli oleh Mark dan Mina namun dia tidak pernah membalas.
Mengenangkan hari dimana dia secara tiba-tiba ditegur oleh Mark itu menyakitkan hatinya. Lelaki itu berpura-pura mahu berbaik dengannya sehingga cuba untuk mencuri ciuman pertamanya. Nasib baik pada waktu itu Mina berjaya menangkap mereka. Dia rasa geram dengan Mina tapi dia berterima kasih atas kejadian itu. Kalau tidak, dia rasa nak bunuh diri kalau ciuman pertamanya dicuri oleh lelaki sesundal itu.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...