Part 25 : Their Ex's

445 49 49
                                    


Tawa Park Chaeyoung atau nama glamornya, Rosè pecah. Seluruh dewan memandang kearah dia dan Chanyeol sekarang. Pelukannya itu ditolak oleh Chanyeol.

"Tak payah nak jual mahal lah sayang. Saya sudi jadi girlfriend awak sekali lagi," tawar Rosè. Senyuman sinis masih lagi kekal diwajahnya. Pipi Chanyeol ditarik namun lelaki itu menepis kuat.

"Dah ludah nak jilat balik? Maaf. Prinsip aku bukan macam kau. Habis madu sepah dibuang. Kau sendiri yang nak kita putus jadi aku ikut game kau. Kita dah tak ada apa-apa. Jangan nak merayu lagi," tolak Chanyeol.

Rosè tayang wajah tidak puas hati.

"Kurang apa saya ni? Cantik, bijak, body goals, can sing dan banyak lagi. Orang bodoh je yang tolak saya. And I know you're not stupid Park Chanyeol." ujar Rosè. Sengaja dia mahu bermain psikologi dengan bekas teman lelakinya itu. Chanyeol tersenyum lalu tergelak.

"Kalau macam tu, aku rela jadi orang bodoh. Lagipun, aku dah jumpa orang yang lagi bagus dari kau. Yang pasti, dia tak akan kecewakan aku." balas Chanyeol, tidak mahu kalah dengan bekas teman wanitanya itu. Rosè merenung Chanyeol sedalam-dalamnya. Reaksi wajahnya berubah.

"Siapa?!" soalnya, agak marah. Dia tak percaya yang Chanyeol sudah menemui penggantinya. Tak! Itu tak boleh berlaku. Jatuhlah darjatnya kalau dirinya digantikan sebegitu mudah.

Tak semena-mena, Chanyeol menarik Seungwan ke dalam dakapannya. Pinggang Seungwan dipeluk kemas. Dia merenung gadis itu dengan senyuman yang penuh erti.

(aww halkum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(aww halkum. i like.. 😂)

"Kenalkan. Son Seungwan. My partner.. of life.. Sexier than you." Ujar Chanyeol dan dalam masa yang sama memuji Seungwan. Tak tahulah kalau itu dikira sebagai sexual harrasment tapi Seungwan agak tidak selesa dengan pujian itu.

pufff!!

Irene tersembur air oren yang baru sahaja diminumnya. Dia menjadi pusat perhatian orang ramai sekarang.

"Park Chanyeol kau serius?!" soal Irene. Dia mengelap sisa jus yang melekat diwajahnya. Langsung tiada rasa kasihan pada orang yang terkena semburannya iaitu Suga. Lelaki itu nampak pasrah. Dia terus keluar dari dewan untuk membersihkan kotnya.

Chanyeol mengangguk. Senyuman mengejek diberikan kepada Rosè. Namun, gadis itu masih lagi tidak percaya. Dia memandang Seungwan dari atas ke bawah. Wajah menyampah ditayangkan.

"Saya tak percaya. Entah-entah awak main tarik je perempuan ni. Jangan ingat awak boleh menipu saya," kata Rosè, tidak mahu mengalah. Chanyeol semakin mengetatkan pelukan.

"Jadi kau nak aku buat apa? Dia memang girlfriend aku.. Sayang kan?" Ujar Chanyeol, tidak puas hati. Dia mengarahkan Seungwan untuk mengangguk. Gadis itu terkebil-kebil seketika dan terus mengangguk. Masih tidak berani untuk membalas renungan tajam Rosè.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now