Part 2 : Cedric Diggory | OSH

1.3K 92 102
                                    

Warning : Cerita ni CRINGE! Aku suka benda cringe sejak akil baligh ni 😂 Hahahaha pfft.. Lepastu watak utama dia termasuk Cedric Diggory a.k.a Edward Cullen ya. Jadi jangan marah na kalau banyak moment dia kat sini 🌚 Aku suka Edward Cullen👰💁 Kalau rasa geli, tekan butang vote dan komen ya🤓🙆

Seungwan melangkah masuk ke kelas magik yang bakal berlangsung dalam beberapa minit lagi. Taeyeon sudah memberi panduan kepadanya tentang segalanya pagi tadi. Jadi, apa yang perlu dia buat sekarang hanyalah duduk dan belajar. Kedudukan meja kelas itu dalam bulatan. Bermakna guru akan berada di tengah-tengah.

Sekarang adalah kelas mantera yang akan dikendalikan oleh Profesor Filius Flitwick. Seungwan membaca buku teks yang berada di hadapannya sambil memegang tongkat saktinya. Dia mengangguk-angguk sedikit saat membacanya. Dia buat-buat faham je apa yang tertulis dalam tu. Nak kata bengap tak jugak budak ni cuma slow je. Ku seloww seloww

"Woah! Son Seungwan kan? Keturunan Harry Potter." Sapa seorang gadis bermata sepet. Seungwan mengebilkan matanya tanda tidak faham.

"Harry siapa Potter?" soalnya. Gadis itu tersenyum sehingga menampaknya eye-smile. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Kang Seulgi. Huflepuff. Kita sama-sama half-blood." Ujar Seulgi dengan riangnya. Seungwan menyambut huluran tangan Seulgi. Tapi dalam hatinya dia menyumpah kerana gadis dihadapannya ini tidak menjawab soalannya. Orang tanya lain, dia jawab lain. Tapi dia pun sama je. Dua-dua bengap.

Untuk kelas sekarang, mereka bergabung dengan pelajar yang lebih muda memandangkan ini hari pertama mereka disini.

Baru nak bersuara lagi, Profesor Flitwick masuk ke dalam kelas dan waktu pembelajaran bermula. Seulgi agak kecewa kerana tidak dapat berbual bersama Seungwan. Mereka fokus pada mata pelajaran yang berlangsung sekarang.

"Aguamenti!"

Irene, gadis Slytherin berjaya melakukan sihir memancutkan air dari tongkat saktinya dan terkena kearah seorang lelaki nerd dihadapannya. Dia tersenyum sinis dan jahat. Persis perangai mereka yang berketurunan Slytherin yang lain. Langsung tidak ada rasa bersalah.

"Bagus Cik Bae. Seperti yang dijangkakan oleh Slytherin." ujar Profesor Flitwick namun dalam nada seperti menyindir. Kemudian pelajar lain turut sama mencuba melakukan sihir yang sama. Ada yang berjaya, ada yang tidak.

Seungwan melihat Seulgi yang berjaya mengeluarkan air dari tongkat saktinya. Gadis itu kelihatan keriangan. Dia menggenggam tongkat sakti miliknya dan cuba melakukan hal yang sama.

"Aquamenci?"

Belum sempat dia menggoyangkan tongkat saktinya, tangannya digenggam oleh seorang perempuan. Seungwan menoleh ke sebelahnya. Pandangan perempuan itu menyeramkan. Dia nampak garang namun menawan.

"Be careful. It's Aguamenti bukan Aquamenci. Tak pasal-pasal meletup nanti." ujarnya. Dia melepaskan genggaman tangan Seungwan dan menunjukkan cara-cara yang betul. Seungwan mengherotkan bibirnya..

"Aguamenti!" Ucap Seungwan yakin dan dia berjaya. Satu senyuman yang mekar terukir. Seungwan cuba untuk menunjukkan hasilnya kepada gadis itu namun si gadis cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia nampak gugup. Lesbi ke?

"Seungwan. Daebak!" Ucap Seulgi. Seungwan mengangguk. Dia kemudiannya berborak dengan Seulgi kerana hanya gadis itu sahaja yang melayannya.

...

"Oh my god kelas terbang! Tak sabarnya!" Seorang gadis yang ketinggian agak sederhana berteriak. Kalau tidak silap, namanya Park Sooyoung atau Joy. Gadis Ravenclaw. Dan dia merupakan pure blood. Katanya dia baru berpindah dari Ilvermony. Sebuah sekolah magik di America.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now