Part 35 : Deja Vu

376 39 1
                                    

Seulgi terbangun dari tidurnya. Wajahnya membengkak dek kerana kuat menangis. Dia masih terkenangkan kata-kata Joy. Hina sangatkah menjadi titisan anak syaitan? Oh lupa. Nama pun syaitan. Makhluk yang paling keji diatas dunia. Siapa yang sudi kan?

Dia duduk bersandar pada dinding memerhati bilik rawatan yang kosong. Mungkin orang lain sedang berada ditempat perlawanan. Lupa pula dia yang Seungwan bertanding hari ini. Terlepas dia mahu pergi menyokong sahabatnya itu.

Dia melepaskan keluhan berat. Seketika, dia tersedar. Bilik rawatan kosong?

Kosong?!

Dia turun dari katil dan menyentuh katil milik Cedric. Betul lelaki itu tiada disitu. Puas dia mencari sehingga dibawah katil yang sememangnya kosong walau dilihat dari jauh.

"Mana Cedric?!" soalnya, cemas.

Dia mencabut jarum IV di tangan dan mencari disekitar bilik rawatan termasuklah tandas. Sebaik sahaja keluar dari tandas, dia terhenti saat melihat Jongdae sedang memapah Cedric ke katilnya. Seulgi menyorok disebalik tiang.

Jongdae sepertinya sedang mengomel akan sesuatu yang tidak dia pasti. Lagipun suara mereka tidak terlalu kuat.

Cedric menoleh kearah tiang dimana dia berada. Pantas Seulgi mengalihkan badannya dan mengecilkan dirinya dengan memeluk badannya. Berharap dirinya tidak dikesan oleh kedua lelaki itu. Jongdae turut sama menoleh kearah sana. Bayang-bayang Seulgi terbentuk disebalik dinding dan terpantul pada cermin disebelahnya.

Jongdae keluar dari sana untuk memberi ruang kepada Cedric untuk berehat. Tak lama kemudian, Cedric memanggil Seulgi.

"Seulgi?" Lembut sahaja suaranya. Seulgi menekup telinganya.

"Aku nampaklah kau." ujar Cedric lalu ketawa kecil. Perlahan-lahan Seulgi keluar dari tempat persembunyiannya. Mereka bertentang mata buat seketika.

Cedric menepuk tilamnya. Memberi arahan agar Seulgi datang duduk dihadapannya. Gadis itu menurut sahaja. Seulgi diam sebaik sahaja dia duduk berhadapan dengan Cedric. Rasa sebak kembali menerjah dirinya.

"Diorang dah tahu ye?" tanya Cedric, risau. Suaranya tenang sahaja. Dia tahu pun kerana Jongdae yang memaklumkan kepadanya. Seulgi mengangguk kecil. Matanya berair semula. Satu demi satu menitis jatuh keatas tilam.

Kepala Seulgi diusap. Dia kesian dengan Seulgi. Tak sangka gadis itu dibuli pula saat dirinya sedang koma. Dia rasa bersalah. Walhal dia dah berjanji untuk melindungi Seulgi.

"Diorang kejam.." luah Seulgi. Tangisan memenuhi bilik rawatan. Tanpa berlengah, Cedric terus memeluk Seulgi. Belakang gadis itu digosok perlahan untuk menenangkannya.

"Aku tak nak tinggal dekat sini. Aku tak tahan.." rayu Seulgi.

"Shuu..Aku ada dengan kau.. Aku tak akan pergi lagi kali ni.." pujuk Cedric. Dia memejamkan matanya.

Cedric tahu risikonya mengambil potion haram itu. Meskipun dia dapat hidup kembali, tetapi jangka hayatnya bakal berkurangan. Sudah beribu kali Jongdae memberi amaran agar berhenti menceroboh ke dalam mimpinya dan memaksanya untuk memberikan potion kehidupan itu tetapi Cedric degil. Bermalam-malam tak tenang Jongdae tidur.

"Kau faham tak yang kau boleh mati?!"

"Aku tahu.."

"Habistu yang bodoh sangat kenapa?! Demi perempuan?!"

Jongdae menggertak Cedric yang ketika itu berada didalam mimpinya. Dah koma pun tetap menyusahkan dia. Sudah lah haritu minta dia lindungi Seungwan sewaktu pertandingan Quiddtich.

"Dia dalam bahaya Dae. Dan aku kena lindungi Seulgi.." rayu Cedric.

"Cukuplah kau seksa diri dengan Bella.." pinta Jongdae.

Cedric menggeleng.

"Bella tak macam yang korang sangka lah. Aku tak pernah seksa diri Dae. Aku ikhlas. Bila aku sayang orang, aku akan tunjukkan kasih sayang tu betul-betul pada dia."

"Tapi Chanyeol...."

"Aku tahu. Tapi aku tetap nak tolong dia. Dia permata yang berharga untuk Hogwarts, Dae.. Slytherin tak boleh kuasai Hogwarts.." rayu Cedric. Ya, dia tahu rancangan Slytherin tapi dia tak pernah bocorkannya pada sesiapa pun termasuklah Jongdae. Jongdae pula tak bertanya banyak tentang hal itu.

"Baiklah. Aku tolong. Tapi bila kau mati, jangan cari aku! Biar dua perempuan tu meratapi pemergian kau dan seksa diri diorang macam yang kau harapkan ni! Padan muka kau!"

Mimpi itu terhenti kerana Jongdae memaksa dirinya untuk bangun. Tak betah dia lama-lama memandang Cedric. Kalau perempuan yang masuk dalam mimpinya tak apalah jugak.

...

Seungwan keluar dari dewan makan setelah dirinya diraikan tadi. Para pelajar sedang berpesta untuk meraikan pertandingan yang bakal berakhir tak lama lagi. Namun dia tidak berminat akan hal itu.

Dia lebih suka ketenangan.

"Kyah Jeon Jungkook!" jerit Yeri. Dia menarik rambut Jungkook dan menggoncangkan kepala lelaki itu. Jungkook melepaskan diri dan menjingkitkan badannya.

Yeri mengambil diari Jungkook yang berada didalam poketnya dengan pantas. Dia menyorokkan buku tersebut didalam bajunya.

"Kyahh! Pulangkan!" pinta Jungkook. Dari arah belakang, Jungkook kelihatan seperti sedang memeluk Yeri walhal bukan itu yang terjadi. Yeri ketawa dengan galaknya. Dia digeletek oleh Jungkook sehingga menyebabkan diari Jungkook terjatuh.

Yeri mencebik. Merajuk kerana kalah.

"Alolo. Jom aku belanja ais krim," pujuk Jungkook. Yeri menggeleng.

Jungkook menyimpan diarinya dan menarik badan Yeri ke dalam pelukannya.

"Tak comel lah kau muncung macam ni. Macam mak— takde takde. Ala jom lah!" Jungkook membawa Yeri pergi dari sana. Mereka kembali ketawa saat Jungkook mencuit pipi Yeri.

"Seronoknya diorang," ujar Seungwan cemburu. Entah bilalah dia boleh macam tu.

Setelah itu, kelibat Yeri dan Jungkook hilang dari pandangan. Seungwan duduk diberanda sementara menunggu majlis tamat. Dia rasa tak bersemangat mahu berpesta sedangkan Joy dan Seulgi tiada disisinya. Dia tak pasti dimana keberadaan kedua sahabatnya itu.

Tapi yang pasti, dia merindukan mereka. Tersangatlah!

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi tumit tapak kasut seseorang menarik perhatian Seungwan. Dari jauh kelihatan Irene yang sedang menuju kearahnya sambil membawa tongkat saktinya. Namun gadis bermuka cemberut itu tidak memandang kearah Seungwan langsung.

Dia hanya berjalan lurus sahaja menuju ke suatu tempat. Sewaktu melintasi Seungwan, Seungwan perasan akan sesuatu pada baju yang dipakai oleh Irene. Dia rasa seperti pernah melihat pakaian itu tetapi tidak pasti dimana.

Sebaik sahaja Irene hilang dari pandangan, pandangan mata Seungwan terus berpinar-pinar. Kepalanya berdenyut.

Satu imbasan tentang memori lamanya kembali. Didalam imbasan itu, terlalu banyak kejadian yang berlaku sehingga dia tidak dapat memprosesnya satu-persatu.

Dia ke hulur dan hilir mencari tempat untuk bergantung kerana terlalu pening.

Dung!

Seungwan melihat ada satu cahaya dari tongkat sakti yang mengena pada dadanya didalam imbasan itu. Serentak dengan itu, dia terus tidak sedarkan diri. Seseorang menangkap badannya daripada terjatuh.

Bersambung

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now