Part 7 : Room of Requirements

573 54 60
                                    


Joy, Seulgi dan Seungwan berjalan di sekitar koridor selepas selesai mandi. Kelas petang tadi membuatkan satu badan mereka sakit. Sepanjang perjalanan, Seungwan tersenyum sendiri melihat pergelangan tangannya yang dibalut rapi dengan kain anduh.

Dukk! Seulgi dan Seungwan terlanggar Joy yang secara tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan. Baru sahaja mereka hendak memarahi Joy, pandangan mata mereka terarah kepada beberapa pelajar Slytherin yang sedang menuju ke sebuah tempat dengan gerak-geri yang mencurigakan.

"Diorang nak pergi mana tu?" soal Joy lalu menolak Seulgi dan Seungwan agar bersembunyi di sebalik koridor. Mereka tidak boleh ditangkap kerana mengintip. Pelajar-pelajar Slytherin itu kelihatan tergesa-gesa. Sepertinya ada sesuatu yang sudah berlaku.

"Tak payah tahu lah. Urusan diorang tu. Kita tak payah masuk campur." ujar Seulgi. Dia seboleh-bolehnya tak mahu masuk campur dan mengakibatkan masalah. Seungwan bersetuju dengan kata-kata Seulgi.

"Korang tak pelik ke? Kalau ada apa-apa berlaku, diorang kena maklum pada kita juga. Mana boleh macam ni!" Joy menyuarakan pendapatnya. Seulgi menggeleng kecil.

"Balik..." Arahnya, tegas. Joy mengalah. Dia ditarik untuk beredar dari situ. Namun, gadis keras kepala itu tidak berputus asa, dia tetap nak tahu kemana pelajar-pelajar Slytherin itu pergi.

"Kejap! Korang pergi lah balik dulu. Penyepit rambut aku tertanggal. Kalau tertangkap nanti susah aku." Temberang Joy. Seulgi dan Seungwan tidak mengesyaki apa-apa dan mengangguk sahaja. Mereka berdua meninggalkan Joy seperti yang disuruh.

Joy tersenyum. Dia kembali ke tempat tadi untuk menyiasat. Setibanya di sana, kelihatan seorang gadis sedang berlari-lari kecil menuju ke suatu tempat.

"Irene?"

Tanpa berlengah, Joy mengekorinya secara senyap. Hampir sampai di penghujung jalan, Joy ditarik oleh seseorang di sebalik dinding. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri dan mulutnya ditekup.

"Shhh." arah lelaki itu. Dia mengarahkan Joy untuk melihat kearah hadapan. Kelihatan Irene yang sedang menunggu sesuatu di hadapan dinding kosong itu. Seketika, terbentuklah sebuah pintu dan dia segera masuk dengan sepantas kilat.

...

"Sampai pun kamu. Ingatkan nak datang esok?" sindir ketua puak Slytherin, Leonis Malfoy. Irene menayangkan wajah menjengkelkan kearah Leonis. Dia terus mengambil tempat di sebelah Leonis dan berhadapan dengan Chanyeol. Di sebelah lelaki itu pula ialah Sehun dan Baekhyun.

Leonis Malfoy adalah cicit kepada Draco Malfoy. Lelaki ini seratus peratus berlainan dengan moyangnya. Dia telah mengembalikan sifat sombong keluarga Malfoy yang dahulunya pernah hilang buat seketika setelah Lord Voldemort dibunuh. Leonis, adalah nama bintang. Keluarga Malfoy nampaknya masih mengikuti tradisi keluarga Black dalam memberi nama kepada anak mereka.

"Mana Kris?" soal Leonis.

"Dia tak mahu ikut." jawab Jimin. Leonis menghela nafas marah. Geram betul dia dengan manusia sihir bernama Kris Wu ini. Setiap kali ada mensyuarat, pasti dia tak mahu datang. Kehadiran dia boleh dikatakan kosong!

"Nevermind! Korang tahu kan kenapa aku panggil ke sini?" soal Leonis. Perbincangan mulai menjadi serius. Pelajar Slytherin yang terpilih itu mengangguk. Senyuman terukir di bibir Leonis.

Dia mengibas mantelnya dan duduk diatas kerusi menghadap pelajar-pelajar yang terpilih itu. Kedua tangannya digenggam dan dia merenung mereka.

"Anugerah Potter. Baru diadakan tahun ini untuk mengambil lima pelajar terhebat di Hogwarts dan dianugerahkan pingat kebesaran. Siapa yang terpilih dan berjaya mendapat eternal glory, hampir sama seperti Tri-Wizard tournament. Korang tahu kan pemilihan untuk kriteria ni tersangatlah ketat. Sesiapa yang berjaya, akan menempah nama dalam sejarah." terang Leonis panjang lebar.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now