Part 19 : Quidditch gone wrong

432 48 30
                                    


Hari perlawanan Quidditch antara sekolah berlangsung. Kesemua pelajar di sekolah Hogwarts dibenarkan untuk menonton perlawanan tersebut secara percuma. Penonton dari kedua-dua belah sekolah mengisi stadium sambil menghadap satu sama lain. Keadaan agak bising sementara menunggu pemain-pemain masuk ke padang.

Sementara itu, di belakang bangunan, Seungwan nampak agak resah. Dia ditemani oleh Seulgi untuk bertemu dengan seseorang.

"Seungwan. Buat apa dekat sini?" sapa Chanyeol. Dia agak terkejut melihat juniornya berada disitu. Dia menoleh pula kearah Seulgi yang menayangkan wajah kesal kerana tidak disapa. Ah, Chanyeol peduli apa. Bukan diorang rapat pun.

"Saya..Saya ada benda nak bagitahu senior," ujar Seungwan. Jantungnya berdegup kencang ketika ini. Bagaikan faham dengan situasi, Seulgi berganjak dari tempatnya dan duduk disalah satu kerusi yang agak jauh dari mereka.

"Apa?" tanya Chanyeol. Tumpuannya kini hanya pada gadis itu seorang sahaja. Manakala Seungwan, lidahnya masih lagi kelu. Anak matanya bergetar.

"Se--Se--Sebenarnya.."

"Yeol, Madam Hooch dah panggil. Kita kena gerak," Cedric menganggu perbualan mereka. Dia merenung kedua pasangan itu bersilih-ganti. Chanyeol mengangguk faham. Dia menepuk bahu Seungwan dan menghadiahkan senyuman kepadanya seterusnya beredar. Sementara Cedric masih lagi memandangnya.

"Okey?" tanya Cedric, prihatin.

"Hah?" Seungwan bingung. Otaknya blank sekarang.

Dahi Seungwan disentuh dengan belakang tapak tangannya.

"Tak demam. Tapi kenapa pucat? Gastrik eh?" soal Cedric. Seungwan masih lagi blank.

"Hah? Err, senior. Sebenarnya..saya.."

"Ya?"

"Ada..Ada something saya nak bagitahu. Se--"

"Ced! Cepat!!"

Cedric terpaksa beredar tanpa sempat mendengar apa yang Seungwan ingin katakan. Dia menyerahkan botol minumannya kepada gadis itu.

"Minum tu. Biar ada tenaga sikit. Bye." ujar Cedric. Senyuman manis terukir di bibirnya.

Seungwan merenung botol minuman berisi hot cocoa itu. Dia mengeluh.

...

Jongin melabuhkan punggung disebelah Seulgi yang sedang ralit memerhati pemain lawan. Seulgi sedang duduk didalam bilik loker pemain Hogwarts sekarang sambil menunggu Seungwan. Lama Jongin menunggu gadis itu untuk sedar akan kehadirannya. Kerana tak tahan menunggu, dia terus mencuit hidung Seulgi dengan kuat.

"Aduh!" dia mengaduh kesakitan.

"Siapa--Eish senior rupanya! Buat sakit hati je!" marah Seulgi. Jongin ketawa. Seulgi nampak comel sewaktu marah. Sama seperti bekas kekasihnya dulu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now