Part 11 : Hiburan

522 61 31
                                    

Psycho - Byun Baekhyun (game overrr~~ tak rasa ke suara ni mcm suara yixing??)

Hari ini, genap dua bulan mereka bertiga berada di Hogwarts. Krismas sudah pun menghampiri. Salju putih menutupi jalan dan membekukan tasik hitam. Mereka kini sedang dalam perjalanan ke bandar Hogsmeade buat pertama kalinya. Hari ini, mereka bebas untuk pergi ke mana sahaja yang mereka mahu.

Ada sebuah kafe di tengah bandar yang sangat terkenal di kalangan pelajar. Three Broomstick. Mereka beramai-ramai sedang menuju ke sana. Mereka tidak sabar untuk menikmati butterbeer yang agak terkenal itu.

"Tiga ya? Satu tu campur ginger ya?" Joy memesan pesanan sementara Seungwan dan Seulgi menjaga tempat. Mereka berborak-borak sementara menunggu pesanan tiba.

"Oh? Bila kau warnakan rambut Seul?" tanya Seungwan. Seulgi tersedak biskut saat ditanya sebegitu oleh Seungwan. Dia menyembunyikan rambutnya itu dan tersenyum.

"Baru je.." balasnya, kekok.

"Cantik." Puji Seungwan. Mata mereka melilau-lilau memandang orang yang lalu-lalang di luar kafe. Seulgi nampak resah.

"Erm..Seungwan tunggu sini kejap ya?" pinta Seulgi dan menuju kearah suatu tempat. Seungwan mengangguk. Dia memandang lenggok Seulgi sehinggalah gadis itu berhenti di hadapan pintu kafe. Ada seorang lelaki masuk. Itu Cedric.

Seulgi nampak mesra dengan seniornya itu. Riak wajah Seungwan berubah. Dia lebih terkejut saat Cedric menyentuh rambut Seulgi. Lelaki itu sempat berbisik dengan Seulgi. Seungwan ternganga.

"Aaaaiipp! Masuk lalat!" tegur seseorang sambil memasukkan jarinya ke dalam mulut Seungwan.

"Eee! Apa kau--" Seungwan menolak tangan lelaki itu dan merenungnya dengan marah. Lelaki itu ketawa jahat. Siapa lagi kalau bukan Park Chanyeol?

Dia nampak segak dengan memakai baju sejuknya. Rambut bangsnya pula digayakan keatas dan menyerlahkan dahinya. Sebijik bak pelakon terkenal.

"Senior buat apa dekat sini?" soal Seungwan, menyampah. Chanyeol mencalit aiskrim keatas batang hidung Seungwan dan duduk di sebelahnya. Sengaja dia tolak Seungwan dengan kuat.

"Minum lah! Takkan memancing pulak. Eh haah. Pancing anak dara orang.." balas Chanyeol, gatal. Seungwan meraung kecil dan mengelap hidungnya ke baju Chanyeol.

Lelaki itu turut sama merengek.

"Kotorlah!" marah Chanyeol.

"Ehh dia kotorkan hidung orang tak pe?" balas Seungwan. Keduanya berlawan mata. Akhirnya Chanyeol mengalah. Mata gadis rivalnya ini terlalu bersinar dan cantik untuk ditenung lama. Lama-lama terpikat.

"Ehem..Kau tengok apa tadi?" Chanyeol menukar topik sepantas mungkin. Gugup lah tu. Ingatkan hati kental. Jiwa lemah betul.

"Tak tengok siapa.." balas Seungwan manakala matanya tertancap pada Seulgi dan Cedric. Perasaan cemburu semakin meluap-luap. Chanyeol turut sama memandang kearah dua mempelai itu. Mereka nampaknya sudah keluar dari kafe dan hilang di dalam tsunami manusia.

"Kau suka kawan aku eh?" tanya Chanyeol.

"Siapa?"

"Cedric.."

"Senior ada kawan ke?"

"Budak ni.."

plak!

Dahi Seungwan dijentik.

"Faham sangat perempuan ni. Dah suka bagitau jangan jadi penunggu. Lepastu sakit hati sendiri. Tiba-tiba cari orang ketiga nak lepaskan perasaan. Hah! Sekarang ni aku ke orang ketiga tu?" bebel Chanyeol tiba-tiba. Macam merungut pun ada.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now