Make sure pasang lagu ni😂
-
Special Part for WenYeol💙
BGM : What if Love - WendySambil-sambil menikmati pemandangan laut yang menenangkan jiwa, Seungwan sempat bersenandung lagu kegemarannya yang terbaru bertajuk What if Love. Boleh pula dia mengenangkan saat melihat Seulgi dan Cedric sekali lagi bersama-sama. Entah kemana hala tuju mereka, dia tidak mahu tahu. Buat sakit hati sahaja.
"Hoi!"
"Ayakk!!"
Seungwan hampir terjatuh daripada tembok, namun sempat ditahan oleh Chanyeol. Dia sengaja kejutkan Seungwan, sekadar nak bergurau.
Dush!
Dada Chanyeol ditumbuk kuat.
"Kalau saya jatuh tadi saya tak teragak-agak nak hantui hidup senior tahu tak?!" marah Seungwan. Chanyeol ketawa dalam kesakitan. Sudahlah ditampar oleh Draco, kali ini ditumbuk oleh Seungwan pula.
"Kuat jugak kau ni walaupun kecil macam smurf," kata Chanyeol. Suka sangat dia mengayat perempuan. Lelaki memang macam ni ya? Kalau bergaduh sampai koma dengan lelaki, jangan harap nak mengaduh sakit. Tapi kalau kena cubit sikit je dengan perempuan, terus jatuh tersungkur. Drama sangat.
Dia mengambil tempat di sebelah Seungwan.
"Kecil-kecil cili api.." balas Seungwan.
"Bukan padi ke?"
"Ada nampak padi ke dekat sini?" soal Seungwan semula kepada Chanyeol. Chanyeol terdiam.
"Habistu ada nampak api ke dekat sini?"
"Ada.."
"Mana?"
"Seniorlah. Kan ke baru jatuh dari neraka? Argh---sakit!"
Telinga Seungwan dipulas oleh Chanyeol.
"Suka lah mengata senior eh? Mentang-mentang harini cuti. Tunggulah bukak sekolah nanti, kita tengok siapa yang kena buli," ujar Chanyeol. Seungwan mencebik. Rasa nak tumbuk sahaja seniornya itu.
"Senior pernah tak jatuh cinta?" tanya Seungwan, tiba-tiba emosional. Dia merenung lautan dalam dengan mata yang redup. Chanyeol hampir tersedak. Dia menelan liurnya.
"Entah. Tak pernah pula aku bercinta. Kenapa?" jawab Chanyeol. Sisi wajah gadis itu direnung.
"Cinta tu memang sakit ya?" soal Seungwan. Chanyeol turut merenung ke hadapannya. Dia turut sama menyelami perasaan Seungwan.
"Mungkin. Lebih sakit bila kehadiran kau tak dilayan langsung oleh orang yang kau suka," jawab Chanyeol. Seungwan mengangguk kecil.
"Jatuh cinta dengan putus cinta, mana lebih sakit?" tanya Seungwan.
Chanyeol termenung seketika. Ada sesuatu yang bermain di mindanya. Kenangan yang ingin dia lupakan.
"Lebih sakit dikhianati Seungwan. Orang yang selama ni kau percaya, tikam belakang kau. Itu lebih sakit," jawab Chanyeol. Seungwan menunduk dan mengalihkan pandangannya kearah bertentangan. Matanya berair.
"Saya rasa...saya tahu macam mana rasanya dikhianati tu.." ujar Seungwan. Perlahan-lahan tangan Chanyeol mengusap belakang badan Seungwan. Rambut panjang gadis itu juga turut diusap lembut.
'Jangan jatuh cinta pada lelaki lain Seungwan. Kau akan tersakiti. Dan kalau ditakdirkan pun, jangan jatuh cinta dengan aku. Akan lebih sakit untuk kau.'
Seungwan ketawa kecil sambil mengelap air matanya.
"Aduh angin kuat sangat dekat sini sampai mengalir air mata ni. Haha." Seungwan cuba mengubah topik. Dia tak mahu bersedih dihadapan lelaki lain. Dia tak mahu rasa dikasihani.
Chanyeol tersenyum kecil.
"Senior kata tak pernah bercinta tapi macam ada pengalaman je? Ke senior tipu saya?" Teka Seungwan. Chanyeol merenung ke langit.
"Kadang-kadang, hidup tak boleh jujur sepenuhnya Seungwan. Akan ada yang tersakiti, samaada diri sendiri atau orang kedua." balas Chanyeol. Seungwan dan Chanyeol berbalas pandangan.
"Eish orang single selalunya lagi arif pasal cinta tau? Sebab kitorang yang single ni berfikiran waras, bukan macam mereka yang bercinta, tahu mengelamun sampai ke bulan je. Lagi elok minum ketum campur cola. Kepuasan duniawi," sambung Chanyeol. Seungwan terhibur.
"Hahaha. Sejak bila jadi doktor cinta ni?"
"Sejak awak disakiti.." balas Chanyeol. Suasana menjadi kekok.
"Terima kasih.. Sudi jadi doktor cinta saya.." ujar Seungwan. Chanyeol tidak membalas. Mereka diam membatu. Tidak tahu hendak bualkan apa lagi.
"Senior rasa, kalau kita cintakan seseorang, patut ke kita perjuangkan cinta kita?" tanya gadis itu lagi. Chanyeol perlahan-lahan mengangguk walaupun dia tidak mahu.
"Cinta boleh dipupuk. Kalau rasa betul sayangkan dia, kejarlah. Selagi belum ada ikatan sah, kita masih boleh rampas orang yang kita mahu. Fikir pasal kebahagian kita dulu sebelum orang lain."
Entah dari mana dia dapat ayat jiwang sebegitu. Seungwan rasa seperti ada semangat baru dalam dirinya. Manakala Chanyeol pula rasa nak carut je.
"Tapi, tak ke salah kita bergembira atas penderitaan orang lain?"
"Hidup ni, kena kejam sikit. Kalau selamanya baik, selamanya lah kita ditindas, Seungwan."
Terkebil-kebil Seungwan mendengar kata-kata Chanyeol itu. Dia tidak sampai hati pula merosakkan hubungan orang.
'Tapi kalau awak tak mahu, baik awak kejar saya jelah. Saya setia menunggu,' monolog Chanyeol dalam hati. Patah hati pula dia memberi saranan itu kepada Seungwan.
"Hmm. Tak jadilah. Biar masa je yang menentukan. Saya datang sini nak belajar bukan nak bercinta. Saya nak graduate cepat-cepat dan jadi wizard yang paling berpengaruh di dunia. Orang kata moyang saya, Harry Potter tu hebat. Saya akan buktikan yang saya pun sama hebat macam dia!" ujar Seungwan, bersemangat. Tangannya dikepal.
Chanyeol tersenyum.
"Ehh no way. Kena ingat dekat sini saingan kuat. Termasuklah aku. Ada berani nak lawan?" celah Chanyeol.
Seungwan tayang wajah mengkritik kepada Chanyeol.
"Yelah tu. Entah-entah senior dalam kelas dapat nombor last je," ujarnya tidak percaya.
Chanyeol ternganga.
"Hello? Aku dapat nombor tiga dalam batch aku tahun lepas tahu?" ujar lelaki itu dengan suara yang keras seperti hendak bergaduh. Seungwan tetap tidak percaya.
"Tiga tercorot la tu."
Rahang lelaki itu bagai hendak terjatuh. Perempuan dihadapannya ini memang dah lama tak kena buli agaknya?
"Dia ni.. Cakap jelah takut."
"Mana ada.."
"Eleh riak wajah tu pun aku dah tahu. Takut nak bersaing dengan aku. Cakap jelah. Tak payah malu."
"Fine! Kita bersaing. Tengok siapa lagi pandai. Kalau saya menang, senior kena ikut cakap saya!" Seungwan membuat pertaruhan. Chanyeol bersetuju tanpa berfikir masak-masak.
"Sebaliknya kalau aku menang, kau ikut cakap aku.." balas Chanyeol. Seungwan mengangguk faham.
Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam sebagai tanda bersetuju. Chanyeol menyambut huluran tangan gadis itu. Digoncang tangan itu sekuat hati. Mata mereka penuh dengan bara api semangat. Nampaknya Seungwan memang serius.
'Aku akan buat apa sahaja asalkan kau tak tahu tentang hal tu Seungwan. Biarlah kau sibukkan diri dengan belajar.. Belajar bersungguh-sungguh budak kecik. Silakan kalahkan aku..Aku tunggu..'
Bersambung
Aku dah kata cringe. Malunya tuhan je yang tahu..😵😵 Sebab tu aku suruh minum klorox..baru korang tak geli😂😂
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...