Part 27 : Salah faham

423 47 26
                                    


Masuk kali ini, sudah 50 kali Jongin berpusing-pusing disekitar sekolah hanya untuk mencari Seulgi. Dia tidak mahu gadis itu sakit hati dan menangis sendirian kerana dia. Lagipula, dia sudah berjanji untuk melindunginya. Sejahat-jahat dia, jahat lagi Sehun ehh.
Sejahat-jahat dia, dia tak pernah mungkiri janji. Lagipun dia tahu apa yang bakal berlaku sekiranya Seulgi kehilangan kewarasannya. Malapetaka mungkin bakal berlaku.

"hiks..hikks.."

Suara tangisan seseorang kedengaran dari dalam salah satu kelas kosong. Jongin tertoleh-toleh kearah kelas yang berada tidak jauh darinya itu. Kakinya melangkah ke sana mencari punca suara tersebut. Ianya berasal daripada pendiang api yang berada dibelakang kelas. Ianya tidak digunakan memandangkan Hogwarts menggunakan sihir tersendiri untuk memastikan kelas sentiasa nyaman daripada kedinginan..

Jongin mendekati pendiang tersebut dan berhenti seketika. Kedengaran lagi orang menangis. Terdapat juga pantulan bayang-bayang seseorang disitu. Terus dia memasukkan kepalanya ke dalam bahagian dalam pendiang api dan ternampak Seulgi yang sedang duduk diatas para dinding yang dilekatkan pada dinding batu. Gadis itu masih menangis tanpa henti.

Jongin terus masuk ke dalam dan duduk disebelah Seulgi. Belakang gadis itu digosok perlahan.

"Kenapa kau menyorok dekat sini?" tanya Jongin, lembut.

"Diorang kan yang dah buat kakak aku mati?" soal Seulgi, straight to the point. Jongin nampak terkejut. Tangannya terketar-ketar.

"Seul--Seulki dah...mati??" Jongin nampak terkedu. Seulgi mengetap bibir dan perlahan-lahan mengangguk.

Wajah lelaki itu diraup kasar. Dia tak sangka yang selama ini dia telah mengguris hati Seulgi dengan menyebut nama Seulki.

"A--Aku tak tau..Aku ingatkan dia cuma pindah.. Dia..Dia.."

Seulgi diam.

"Dia pergi. Waktu hari pertama aku dapat tahu yang aku diterima masuk ke sini.." ujar Seulgi, sedih. Jongin pula masih melayan perasaan.

"Unnie ada cerita pasal teman lelaki dia pada aku. Hari-hari pada aku. Mungkin itu kau lah kot. Dia kata dia sayang kau. Kau baik. Kau tak jahat. Banyak kali dia ulang. Dia asyik ulang pasal perempuan ular. Aku pun tak tahu kenapa.." sambung gadis itu.

"Ular?"

Seulgi mengangguk. Ular, metafora Seulki tentang kejahatan.

Jongin menunduk. Adakah itu Slytherin? Apa kena-mengena mereka dengan Seulki? Tapi tak mungkinlah. Durmstrang mana ada pelajar Slytherin mahupun rumah-rumah yang lain.

"Aku minta maaf. Aku sayang kakak kau sangat-sangat. Apa yang berlaku diantara kitorang tu salah faham. Aku yang bodoh. Suka main perempuan belakang dia. Tapi aku jujur dengan dia. Aku betul-betul cintakan dia. Banyak-banyak perempuan yang aku jumpa, dia je yang tulus cintakan aku. Tapi aku bodoh. Dan aku terlalu percayakan orang luar sampaikan Seulki terluka.."

"Aku patut ada dengan dia..Hari terakhir dia..Aku yang patut ada sebelah dia..Aku bodoh! Langsung tak ada usaha nak cari dia! Jantan jenis apa aku ni?!!" Jongin meraung.

Ya. Raungan untuk cinta pertamanya. Seulgi merenung Jongin dengan pandangan sayu.

"Kau tak boleh lupakan kakak aku lagi?" soalnya perlahan.

"She's my first love.."

"Then let's kill this love.."

...

Rose mencuri pandang kearah Seungwan yang sedang dikelilingi oleh member EXO. Dulu, itu adalah tempat miliknya. Cara member EXO bercakap dengannya, semuanya itu pernah menjadi miliknya. Tapi itu sebelum dia tersilap langkah dan terperangkap dalam permainan Lee Taeyong. Buaya darat yang gilakan perhatian.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now