Joy mencari-cari kelibat Sehun setelah diberitahu oleh Chanyeol yang lelaki itu mahu bertemunya. Sebaik sahaja dia nampak lelaki itu, terus dia menerpa kearahnya. Sehun sedang berdiri memerhati ke luar tingkap. Entah apa yang difikirkan olehnya."Senior nak jumpa saya?" soal Joy.
Sehun terkejut. Ingatkan siapalah yang menegurnya tadi. Terkebil-kebil dia memandang Joy.
"Kenapa aku nak jumpa kau?" soal Sehun kembali. Sekarang mereka berdua pula yang pening.
"Tadi Senior Chanyeol kata senior nak jumpa saya." beritahu Joy. Tersengih dia menunggu apa yang mahu Sehun katakan padanya. Sehun berfikir sejenak. Sejak bila pula dia mahu berjumpa Joy?
"Ah! Kau dah kena tipu ni--Erm. Takpelah. Alang-alang kau dah ada dekat sini, nak minta tolong boleh tak?" pinta Sehun. Mungkin rancangannya boleh berjaya kali ini.
Lagipun Joy kawan baik Seungwan kan?
Joy mengangguk sahaja.
"Apa?" soal Joy.
"Bagitahu Seungwan aku nak jadi partner prom dia?" ujar Sehun. Senyuman diwajah Joy pudar. Dia nampaknya kesal.
"Malaslah. Senior cakap sendiri lah. Ada mulut kan?" arah Joy. Dia membuang pandangan kearah lain. Sehun menayangkan wajah garangnya.
"Tak ingat ke dekat sini sistem senior junior masih wujud?" ugutnya. Joy berdecit.
"Jangan risaulah. Tak lama lagi sistem tu akan saya hapuskan. Herh! Nak ajak tu pergilah sendiri tak payah suruh orang! Buat sakit hati je. Ingat kita ni tak ada perasaan? Tak nak ajak pun buat-buat lah ajak!" marah Joy. Dia berjalan pergi dari sana dalam keadaan marah dan masih lagi membebel. Sehun blank seketika namun kakinya turut sama mengekori Joy.
"Kau nak aku ajak kau ke?" tanya Sehun. Dia benar-benar tak faham dengan maksud Joy sebenarnya. Langkah gadis itu berhenti begitu juga dengan Sehun. Nasib baik sempat brek kecemasan. Joy memusingkan badannya kearah Sehun.
"Habistu?!!" jeritnya, marah. Sehun agak terkejut kerana dijerkah sebegitu.
"Kau tengah jerit dekat aku ke ni?!" marah Sehun semula.
"Yalah! Habistu jerit-jerit macam ni takkan lah gembira?!" jawab Joy.
"Cakap elok-elok boleh kan?!" Sehun menjawab dalam nada tinggi. Bergema suara mereka disekitar lorong itu.
Joy mula menayangkan wajah kesian. Dia pura-pura ingin menangis.
"Huaaaa.. Ada senior tak peka! Ajak pergi prom pun tak faham-faham! Geramnya aku!!!" Joy berteriak sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Sehun tak tahu bagaimana untuk beriaksi sekarang.
"Jadi aku kena ajak kau ke ni?"
"Astaghfirullah!!!"
(tiberr je jadi islam 😂 maaf tapi situasi ni memang kena dengan ayat tu..)
...
Yeri melambung-lambung buah epal yang baru sahaja dia ambil di dewan tadi. Dia menggigit sebahagian epal itu dengan gembiranya. Dalam perjalanan ke dorm, dia terserempak dengan Jungkook yang sedang duduk di salah sebuah kerusi berdekatan koridor.
Dari arah belakang, dia datang mendekati lelaki itu. Bahagian yang tidak digigit itu dihalakan ke pipi Jungkook.
"Ommaa!! Sejukkk!!" jerit Jungkook dengan suara jantannya. Dia terjatuh dari kerusi. Matanya terpejam seperti telah tersentuh benda menggelikan.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...