Part 29 : Flashback

439 41 21
                                    

Seungwan masuk ke dalam gym yang diberitahu oleh Joy. Keadaannya sunyi-sepi sahaja disini. Nampaknya pelajar Hogwarts tidak terlalu berminat dengan sukan yang dilakukan didalam bangunan. Ceh.

Lagipula, sukan ini sebenarnya dimonopoli oleh muggle. Ahli sihir lebih gemar bermain Quidditch ataupun sekadar gunakan mantera untuk hilangkan lemak badan.

Itupun, kena mahir dahulu sebelum menggunakannya kerana jikalau tersilap langkah, bukan setakat lemak yang hilang, sekali dengan usus besar, usus kecil pun boleh hilang.

Bunyi bising yang datang dari suatu arah menarik perhatiannya. Seungwan menuju ke sana sambil berharap bahawa lelaki itu adalah Kim Jongdae.

Sampai sahaja disana, Seungwan terpaku melihat seorang lelaki tidak berbaju yang sedang mengangkat berat. Ternganga mulutnya melihat aksi tersebut. Sudahlah lelaki itu mempunyai abs. Lengkap berketul enam! Dengan peluh lagi. Nampak seksi.

Berdiri kaku dia disana. Tidak mahu menganggu. Alang-alang cuci mata kan?

Gedegung!

Jongdae terjatuhkan alat angkat beratnya saat melihat Seungwan. Cemas dia bangun dari pembaringannya dan segera memakai baju. Dia mengelap peluhnya dengan tuala secepat mungkin.

"Siapa?" soal Jongdae, takut-takut. Mungkin gugup sebenarnya.

"Saya..Son Seungwan..Pelajar Gryffindor.. Saya datang nak berlatih dengan senior.." jawab Seungwan. Wajahnya sudahpun merah kerana tertangkap memerhati Jongdae.

Perlahan-lahan lelaki itu memalingkan badan saat mendengar nama Seungwan. Namun dia tidak dapat membuat eye contact dengan Seungwan. Macam ada sesuatu yang dia takutkan.

"Oh.. Ada apa datang sini?" soal Jongdae yang sedang membelakangi Seungwan. Seungwan menayangkan wajah tidak selesanya. Dia rasa pelik dengan seniornya itu.

"Err.. Saya datang nak berlatih nak tambah otot.. Joy kata senior boleh tolong saya?" jawab Seungwan. Dia cuba mendekati Jongdae dan cuba untuk memandang wajah lelaki itu. Namun Jongdae cepat-cepat melarikan diri sehingga sekarang kedudukan mereka lebih kurang dari hujung kelas ke hujung kelas. Perumpamaan saja lah.

"Boleh tak?" soal Seungwan lagi. Jongdae diam. Seungwan rasa kalau dia boleh angkat besi dekat sana dah lama dia lempar pada seniornya itu.

"Boleh apa?" tanya Jongdae semula. Gadis itu menahan sabarnya.

"Saya datang nak belajar dengan senior. Boleh ke tidak? Kalau tak boleh saya balik jelah—"

"Boleh-boleh. Bila nak start?" Jongdae mencelah. Dirinya masih lagi berhadapan dengan dinding.

"Kalau boleh sekarang.." pinta Seungwan. Jongdae mengangguk lagi. Dia segera bergerak dari tempatnya itu secara membelakangi Seungwan dan mencapai baju rasminya.

Seungwan melipat tangannya separas dada. Dia rasa dia kena tanya soalan ni. Walaupun agak menyakitkan.

"Senior.." panggil gadis itu. Jongdae menyahut dengan begitu perlahan sekali.

"Senior memang jenis orang pelik macam ni ke?" soalnya.

Jongdae yang sedang menyarung bajunya itu terhenti seketika.

"Jangan salah faham. Tapi dari cara senior tak nak pandang saya tu.. Hodoh sangat ke saya ni?" Seungwan menyambung ayatnya.

Hening seketika.

"Bukan tak nak pandang.." Jongdae bersuara.

"Habistu?"

Jongdae akhirnya memusingkan badannya menghadap Seungwan.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now