Part 33 : Gillyweed

360 43 14
                                    

Sewaktu masuk ke dalam ruangan untuk menyalin pakaian, Seungwan terkejut saat melihat sosok seseorang yang amatlah dia kenali. Lelaki itu turut sama berdiri, mengalukan kedatangan Seungwan.

Lelaki itu menghadiakan senyuman manis buatnya. Seungwan terkedu.

"Senior—Cedric?"

Figura Cedric sedang berada betul-betul dihadapannya. Bagaikan tidak percaya. Dia mengesat matanya beberapa kali untuk meyakinkan dirinya.

"Ya.. Ini saya," jawab Cedric, tidak lemah namun tidak pula terlalu kuat.

Seungwan ternganga. Dia mendekati Cedric lalu meletakkan kedua tangannya pada pipi Cedric. Ditilik wajah lelaki itu berkali-kali. Masih lagi tak percaya. Doktor kata seniornya itu koma. Jadi, macam mana dia boleh ada dekat sini?

Cedric melarikan tangan kecil Seungwan dari wajahnya. Dia tersenyum kecil.

"Ini saya lah. Tak main-main," ujar Cedric, ceria. Senyumannya itu mampu meluluhkan mana-mana manusia yang melihatnya termasuklah Seungwan. Mata gadis itu berkaca-kaca.

"Senior macam mana boleh ada dekat sini? Buat apa dekat sini?" soalnya. Mereka masih lagi berpengangan tangan ketika ini. Cedric mengeluarkan sesuatu dari poket belakangnya. Satu gumpalan kain dibuka. Terdapat satu daun herba didalamnya. Nampak seperti rumpai laut.

Dia menyerahkan tanaman itu kepada Seungwan.

"Makan ni dan jangan lupa bagi pada Chanyeol jugak. Benda ni boleh tolong awak untuk bernafas dalam air. Kesannya lambat menjadi tapi bila dah dalam air, awak tahulah." terang Cedric.

Seungwan mengambil kain tersebut dan memandangnya sekilas. Fokusnya kembali kepada Cedric.

"Senior datang sebab nak bagi ni je ke?"

Cedric mengangguk. Tak lama kemudian dia menggeleng. Tangan Seungwan digenggam.

"Hati-hati. Ada bayang hitam sedang kejar awak. Jangan terjatuh dalam permainan dia," nasihat Cedric, serius. Dahi Seungwan berkerut. Keningnya seakan-akan ingin bertangkup sahaja.

"Bayang apa?"

"Bayang yang pernah menghantui awak dulu.."

"Tak pernah lah pula saya ingat pasal bayang—"

Tok! Tok!

"Champion Son Seungwan, Hogwarts? Kita akan bermula dalam beberapa minit lagi. Mohon berada di jeti sekarang," Pengadil memaklumkan Seungwan.

"Saya.."

"Saya pergi dulu. Jaga diri ya. Pastikan awak menang untuk saya," Cedric sempat mengusik juniornya yang comel itu. Rambut Seungwan dikusutkan secara perlahan kerana baginya Seungwan yang tidak teratur atau sedang kusut nampak lebih comel.

Pipi gadis itu berubah merah. Tipu kalau dia kata dia tak pernah terdetik dalam hati untuk mempersoalkan perasaannya kepada Cedric. Layanan lelaki itu bagaikan seorang putera kepada puteri. Namun dia tak pasti kenapa jantungnya tidak berdegup sekencang yang boleh apabila berada dengan Cedric.

Cedric membuka pintu bilik persalinan pakaian dan menghilang disebalik orang ramai. Manakala Seungwan bersiap-siap untuk menyelam. Dia menelan daun herba itu sebagaimana permintaan Cedric.

Terus dia bergegas kearah Chanyeol dan menyerahkan lebihan herba itu. Chanyeol tidak menyoal banyak, dia terus menelannya kerana permainan hampir bermula.

Mereka sudah dimaklumkan bahawa akan ada seorang pemain yang bakal menjadi 'umpan' dibawah sana. Pemain itu akan diikat bersama-sama di suatu tempat dan memerlukan anggota lain untuk menyelamatkan mereka.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now