3

717 23 0
                                        

Niat

Murni melayan pelangan yang bertanyakan tentang produk yang hendak dibeli. Mulutnya petah memberikan jawapan bagi setiap soalan yang diajukan kepadanya. Apa yang penting dia akan membuat pelangan percaya dan yakin dengan keberkesanan produk tersebut.

" Yunk, dah selesai karang kita rehat sama-sama okay?" Nana, yang juga promoter tiba-tiba muncul dari belakang rak yang dijaga oleh Murni.

"Hah, okay. Nanti aku panggil kau," jawab Murni sambil memandang Nana. Nana mengangguk lalu hilang semula disebalik rak.

"So, adik jadi tak beli syampu ni? Kalau adik ambil yang ini, adik dapat percuma satu tiub perapi rambut dari brand yang sama." Murni masih lagi melayan gadis yang sedang teragak-agak memilih sebotol syampu anti kelemumur.

Akhirnya, berjaya juga dia memujuk gadis itu membeli sebotol syampu rambut. Murni mengerling jam di tangan kanannya. Sudah menghampiri waktu rehat. Pantas dia meninggalkan tempat itu untuk mencari Nana.

Mereka berdua menuju ke sebuah restoren masakan kampung. Memang di restoren itulah tempat yang kerap mereka kunjungi. Makanan disitu sedap dan murah. Kena dengan selera kampung mereka berdua.

"Babe, sape lelaki hensem tadi tu, pakwe baru engkau ehh?" Nana bertanya sambil tangan kirinya mencapai gelas minuman lalu menyuakan ke mulut. Masih menanti jawapan dari Murni.

"Kawan..., " sepatah Murni menjawab. Malas dia nak panjang-panjangkan cerita.

"Ohh..." Nana mengangguk dan terus menghabiskan sisa nasi di pinggan.

Ada lebih kurang sepuluh minit lagi sebelum habis waktu rehat.

Sempat Murni imbas kembali tentang Hakim. Murni kenal Hakim sejak dia berumur  13 tahun. Murni muda dua tahun dari Hakim. Selepas Hakim habis PMR, dia berpindah sekolah.

Mereka tidak lagi bertemu selepas itu, sehinggalah dua minggu lepas mereka bertemu semula secara kebetulan di pasaraya tempat Murni bekerja. Hakim yang menegur Murni buat kali pertama. Sejak itu Hakim selalu datang mencarinya.

"Aku nak cari kerja lainlah Nana. Penatlah jadi promoter nih. Si Cindy mulut ayam tu asyik memekak je kat aku. Macamlah aku ni tak buat kerja lansung." Murni meluahkan rasa tak puas hati kepada Nana. Cindy memang sudah melampau.

"Hah, nak berhenti pulak? Dah kau nak kerja apa pulak nanti. Lantaklah Si Cindy tu, dengan aku memang aku lawan je. Tak ingin aku nak bagi muka kat dia." Nana juga geram sangat dengan Cindy.

Entah meroyan kenapa agaknya. Seharian kalau tak membebel tak sah. Berbulu telinga bila dengar suara amoi itu.

"Hmmm, aku tak tahu nak kerja apa. Aku tak carik lagi. Tapi aku dah bertekad memang aku akan berhenti kerja dalam masa terdekat." Sudah bulat keputusannya. Tidak akan berundur lagi.

"Ye lah, ye lah. Kesian kat aku dah takde kawan nanti." Nana memoncongkan bibirnya.

"Jomlah berhenti sama-sama. Lepas tu kita carik kerja sama-sama. Kau pun boleh duduk menyewa bilik sekali dengan aku. Amacam setuju?" spontan Murni dapat idea.

"Alahhh, aku okay je kerja kat kedai tu. Malas lah nak berhenti, lagipun bukan senang nak carik kerja sekarang nih. Gaji pun murah." pantas Nana menolak dengan memberikan alasannya sekali.

"Ikut suka kau lah. Aku dah nekad nak blah dari supermarket tu. Paling penting aku dah malas nak hadap muka si gemuk tuh."

Bila ingat kembali caci maki yang menjadi habuan telinga setiap hari, membuatkan Murni nekad untuk berhenti kerja.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang