Senyum
Murni masuk ke rumah. Zhafik masih berdiri berhampiran pintu.
"Terima kasih." Murni lemparkan senyum sekilas kepada Zhafik. Sedikit terpana apabila Zhafik melihat senyuman gadis cantik itu.
"Err Cik Murni. Dah lama ke sewa bilik ni." Mata Zhafik cuba mencuri pandang ke dalam bilik. Tetapi tiada apa yang dapat dilihat kerana pandangan yang terhalang.
"Sudah 4 tahun lebih." Ringkas sahaja jawapan Murni. Kenapalah lelaki itu banyak sangat soalan. Nak kata penyibuk, macam bukan. Nampak macam nak ambil berat sangat pasal dirinya.
"Ohh lama juga ye. Saya tengok sekitaran kawasan dan tempat ni agak tidak sesuai untuk gadis muda macam awak. Bahaya." Ujar Zhafik meluahkan kerisauannya.
"Sejak saya duduk menyewa disini, belum pernah kejadian yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah saya selamat." Sedikit kasar Murni menjawab. Rasa bengang mula menyerap di kepalanya.
"Alhamdulillah, kalau macam tu baguslah. Saya harap Cik Murni dapat jaga diri baik-baik. Saya balik dululah. Jumpa lagi." Zhafik mengangkat tangan dan segera beredar dari situ. Terkesan dengan suara Murni yang sedikit tinggi.
Murni hanya memerhati Zhafik pergi. Cepat-cepat dia mengunci gril besi dan daun pintu dirapatkan serta dikunci. Keluhan dilepaskan. Tubuhnya terasa letih yang amat sangat. Tubuhnya dihenyak dan direbahkan diatas katil.
Zhafik masih belum berganjak sebenarnya. Dia berdiri di tangga untuk memastikan Murni sudah menutup pintu sambil memikirkan sesuatu. Perlahan dia menuruni anak tangga.
Malam kian menjelang. Sudah hampir masuk waktu maghrib ketika Zhafik meninggalkan bangunan itu. Terasa kesal pula sebab lupa hendak meminta nombor telefon Murni. Hendak minta dengan Hakim, terasa segan. Nanti apa pula kata Hakim.
Esok sahajalah minta dengan tuan punya diri. Kalau minta dengan Hakim takut timbul isu pula nanti.
*****
Murni terlelap seketika dan terbangun apabila handphone nya berbunyi. Ada notifikasi masuk.
"Salam wei... Apa cerita kau dengan mamat tu?" Watsap dari Nana di baca.
Ini lagi sorang. Serabut kepala dibuatnya. Murni mengeluh sambil menjulingkan anak mata keatas.
"Cerita apa?" Balas Murni. Entah apalah agaknya yang sahabatnya itu hendak tahu sangat.
"Aikk.. Takkan takde cerita. Kau pergi mana je dengan Encik Zhafik?" Teks yang di hantar oleh Nana dibaca dengan rasa sebal.
"Oii, mana ada dia bawak aku pergi mana-mana. Dia terus hantar aku sampai depan pintu rumah aje la." Harapnya Nana puas hati dengan jawapan itu.
"Uishh sampai depan pintu rumah. Sanggup ehh?"
"Aku tak ajak pun, dah dia yang nak temankan aku naik atas. Aku biarkan aje lah." Murni bingkas bangun dari pembaringan.
"Oii da lah. Aku penat, aku nak mandi, nak solat dan nak tidur. Esok kena kerja. Bye!" perbualan harus ditamatkan. Malas mahu melayan.
"Dah kenapa kau belum mandi lagi. Apa kau buat?" Memang makcik bawang semuanya kena ambil tahu.
"Aku tertido la. Dah lah tu, aku letih sangat ni." Jari-jari dihentak keras atas kekunci di skrin handphone.
"Alolo. Tak apa esok kita bual lagi ok. Jumpa kau kat office esok. Bye!"
Murni mengeluh lagi. Esok pula. Aduhai hidup. Kenalah hadapi walau macam mana sekali pun.
Hanya Nana satu-satunya kawan dan sahabat paling rapat. Siapa
lagi yang dia ada di bandar besar itu. Kecoh atau busybody sangat pun, Nana tetap sahabatnya.
Termenung dia memikirkan takdir hidupnya. Banyak benda yang berlaku dalam hidupnya sejak lahir. Banyak cerita lama dan baru yang dia sendiri tidak jangka untuk hadapi sendirian.
Lebih sebulan yang lalu dia hanya seorang promoter di pasaraya. Kini bertukar kepada pembantu seorang CEO, dengan gaji yang lumayan.
Takdir Allah Swt itu memang tiada sesiapa boleh menduga.
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
Lãng mạnDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...
