Hari Keluarga
Laut itu sangat tenang. Angin juga nyaman bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bunyi hempasan ombak sangat mendamaikan.
Matahari hampir terbenam. Ufuk timur mula memerah di kaki langit. Matahari bila-bila masa sahaja akan mengundurkan diri. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar. Suara bertingkah antara mereka. Anak-anak kelihatan keriangan bermain di gigi air, sambil diperhatikan oleh ibu atau bapa masing-masing.
Ya, hari ini hari bersama keluarga. Hakim telah meluluskan permohonan kakitangannya untuk mengadakan hari keluarga. Dan di sinilah mereka, di sebuah pantai yang memang sudah terkenal di Malaysia.
Malam ini mereka akan berkumpul untuk makan malam di perkarangan hotel. Mereka memilih tempat duduk. Makanan disediakan secara buffet. Sambil makan boleh tengok pemandangan jauh ke tengah laut.
Murni duduk semeja dengan Nana dan adiknya angah. Tak lama kemudian Hakim datang ke tempat mereka dan duduk di sebelah Murni. Nana pura-pura tidak perduli, tapi sempat dia membulatkan matanya memandang Murni.
"Kenapa tak ambil makanan lagi?" Tanya Hakim, bila dilihatnya meja itu kosong sahaja.
Lelaki itu nampak segak dengan hanya berbaju t polos berwarna biru dan seluar sukan paras bawah lutut berwarna hitam. Terserlah wajah tampan CEO Syarikat Timbers & Mines itu.
"Kejap lagi Encik Hakim. Tengah ramai kat situ yang sedang ambil makanan." Jawab Nana. Hakim menoleh kearah meja buffet.
Oh...iya jugak kan," ujarnya setelah dilihatnya ramai lagi yang sedang berbaris hendak mengambil makanan. "Tadi datang dengan bas ke?" Hakim bertanya pada Nana. Baru dia perasan pada lelaki muda yang duduk di sebelah Nana.
"Ehh tak lah. Saya bawa kereta sendiri. O ye, ini adik lelaki saya, merangkap bodyguard saya. Nama dia angah." Terus sahaja angah menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan Hakim. Tangan angah di sambut oleh Hakim sambil tersenyum.
"Encik Hakim datang dengan family jugak ke.. mereka tak turun makan sekali?" Pertanyaan Nana mengundang senyuman dari bibir Murni.
"Saya datang berdua je dengan Cik Murni. Satu kereta. Family lain tak nak ikut," jelas Hakim. Mulut Nana terbuka membentuk huruf o sambil matanya melirik pada Murni.
"La iye ke. Tak tahu pulak saya. Murni tak cakap pun datang dengan Encik Hakim."
"Aku malas nak bagitahu, kau kan suka kecoh." Sampuk Murni tiba-tiba.
"Haah ye lah. Jom ngah kita duduk tempat lain. Malas nak kacau daun kat sini." Ajak Nana seraya ingin bangun dari kerusi.
Hakim ketawa lepas. "Eh dah kenapa pulak Cik Nana. Kita duduk je makan sama-sama kat sini."
"Aaa, tak mengganggu ke. Manalah tau kut nak privacy kan." Belum sempat dia mahu berdiri, tangan Murni mencapai lengan Nana.
"Eh kau boleh tak jangan nak mengada. Duduk sini jangan pergi mana-mana." Punggung Nana kembali terhenyak di kerusi. Nana tersengih macam kerang busuk.
"Jom angah kita beratur ambil makanan," ajak Hakim. Dia bangun lalu terus bergerak ke arah meja buffet. Angah juga bangun dan mengekori Hakim.
"Eh kau, ada apa-apa yang aku tak tahu pasal hubungan korang berdua ke. Aku ketinggalan MRT ehh?" Nana menyerbu Murni dengan pertanyaan sebaik sahaja Hakim bergerak jauh dari situ.
"Wey, mana aku ada hubungan dengan Hakim. Ada kau nampak aku duk berdating dengan dia ke... ada?" Murni bertanya.
"Entah, manalah aku tahu kut kau keluar sembunyi-sembunyi. Lagi pun rumah kau dengan dia kan dekat-dekat." Nana memoncongkan bibir. Dia memandang tajam wajah Murni.
"Ala takat keluar makan malam, temankan aku shopping tu benda biasalah. Itu tak boleh dijadikan point aku couple dengan dia, faham." Murni menunjal pipi Nana dengan jari.
"Hmm , sebab itulah aku tanya," ujar Nana sambil mengusap pipi.
"Ke kau cemburu sebab kau pun minat kat Hakim?
"Hoho, selisih malaikat empat puluh empat. Takde makna nya aku nak cemburu. Choi!!!!" Nana terus bangun menuju meja buffet.
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...
