Harta
"Macam mana dengan Murni, Hakim. Mahu ke tidak dia kerja dengan kita?" Tanya Raja Hazman, ayah Hakim.
Ibu Hakim yang duduk di sebelah suaminya hanya mendiamkan diri. Sama seperti suaminya, Puan Sakinah juga berharap agar Hakim dapat memujuk Murni.
"Belum berjaya lagi ayah. Susah sangat nak pujuk dia." Hakim mengeluh perlahan.
"Hakim dah bagitahu Murni pasal share dan saham-saham bapanya dalam Timber & Mining?" Puan Sakinah pula bertanya
"Tak sempat lagi ibu. Hakim belum ada peluang nak bagitahu dia." Hakim mengalih tempat duduk.
Dia duduk di sofa dihadapan kedua ibubapanya. Tangannya digenggam dan diusap-usap perlahan.
"Apa alasan Murni?" tanya Raja Hazman lagi.
"Takde alasan. Cuma dia minta Hakim jangan ganggu dia lagi. Entahlah, dah malas rasanya hakim nak pujuk Murni tu." keluh Hakim. Terbayang pula wajah manis Murni di matanya.
"Hakim cubalah lagi. Dah lama ayah pegang amanah ayah Murni. Sejak Murni kecil. Sekarang Murni sudah boleh ambil tanggungjawab itu dari ayah. Bahagian saham-saham ayah Murni juga sangat besar." Pinta Raja Hazman.
Dia perlu selesaikan semua perkara berkaitan harta dan saham arwah sepupunya itu, kerana dia telah di namakan sebagai pemegang amanah oleh ayah Murni.
"Ye lah ayah, esok Hakim akan pergi jumpa dia dekat pasaraya."
Hakim memandang Puan Sakinah.
"Ibu, jom ikut Hakim esok, kita pergi sama-sama jumpa Murni nak tak. Ibu boleh cuba pujuk dia juga," cadang Hakim.
"Ha'ah ibunya. Betul juga cakap Hakim tu. Pergilah pujuk budak tu. Abang izinkan." Raja Hazman juga bersetuju dengan cadangan Hakim.
"Hmmm ye lah. Elok jugak tuh, sebab saya pun dah lama tak jumpa dengan Murni." kata Puan Sakinah pula akur dengan cadangan Hakim.
"Esok sebelum waktu lunch Hakim balik rumah ambil ibu kemudian kita pergi pasaraya tempat Murni kerja. Kita pelawa dia makan tengahari dengan kita." Hakim memberi cadangan.
Puan Sakinah hanya mengangguk tanda setuju.
•••••
"Assalamualaikum"
Suara seseorang memberi salam. Suara wanita. Murni mengangkat muka. Berdiri di hadapannya seorang wanita agak berusia dan nampak elegan dengan busana jubah berwarna hitam disulam bunga kerawang benang emas.
Wanita berkaca mata hitam itu agak asing pada pandangan Murni.
"Waalaikumusalam, ye puan boleh saya bantu?" Murni memberikan senyuman kepada wanita cantik yang tidak dikenalinya itu.
"Ini Murni kan. Kawannya Hakim."
Pertanyaan wanita itu membuatkan Murni terkejut. Macam mana wanita ini boleh tahu pasal dia dengan Hakim.
"Err, ye puan. Saya kawan Hakim. Kenapa ya?" Dalam debar Murni bertanya.
Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tangan Murni disambut mesra oleh Puan Sakinah.
"Ahh takde apa-apa pun. Saya datang dengan Hakim tadi. Saja nak jumpa kamu." kata Puan Sakinah sambil membuka kacamata hitamnya. Wanita itu nampak cantik sekali.
Tiba-tiba...
"Oii Murni, kau tak boleh tunggu waktu rehat ke nak bersembang hah!" Miss Cindy menjerit dari jauh. Beberapa pekerja dan pelanggan menoleh untuk melihat apa yang berlaku.
"Maaf puan. Saya sedang bekerja. Penyelia saya dah marah tu." Wajah Murni mula merah.
"Nanti Murni keluar rehat, kita makan tengahari sama-sama ya. Saya tunggu Murni dekat luar." Puan Sakinah mempelawa Murni makan bersamanya dan Hakim.
"Kenapa puan ajak saya lunch sama-sama?" tanya Murni.
"Ohh, saya ada hal nak bercakap dengan Murni. Saya keluar dulu ya."
Puan Sakinah terus beredar dari situ.
Murni memandang wanita itu sehingga hilang dari pandangan.Marahnya pada Cindy bertambah lagi. Semakin banyak yang dia pendam. Cuma belum nak meletup lagi.
Jaga-jaga kau gemuk, aku akan balas nanti... Bisik hati Murni.
![](https://img.wattpad.com/cover/165224942-288-k667227.jpg)
YOU ARE READING
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...