9

485 21 0
                                        

Hari pertama

Khadija bangun dari kerusi. Dengan wajah yang agak cemberut dia melangkah ke pintu. Dia hanya menjeling sepintas kepada Murni dan Nana. Tiada senyuman di wajahnya, lalu terus dia menonong keluar dari bilik itu.

Hakim masih duduk ditempatnya. Membelek-belek sehelai kertas putih ditangannya. Sedikit keluhan keluar dari bibir Hakim. Kemudian dia memicit butang interkom.

"Aida, masuk sekejap," terdengar Hakim meminta pembantunya masuk ke bilik.

Pintu diketuk dari luar, wanita yang bernama Aida masuk dengan membawa beberapa fail ditangannya. Fail-fail itu kemudian diletak kedalam tray disebelah kiri meja kerja Hakim.

"Aida, periksa posisi kerja yang masih belum terisi. Tengok unit mana yang memerlukan pekerja. Kalau ada kosong dimana-mana jabatan, awak masukkan Nana disitu," kelihatan Aida mengangguk tanda faham.

"Untuk Murni pula, saya yang akan tentukan kedudukan dia kemudian."

Hakim memandang Nana. "Nana, awak ikut Aida. Nanti Aida akan bagitahu apa tugas awak. Saya harap awak suka bekerja di syarikat kami. Kalau ada apa-apa pertanyaan awak boleh tanya pada Aida, okay."

"Baik Encik Hakim. Terima kasih sebab terima saya bekerja di sini." Nana bangun untuk mengikut Aida.

"Err, Aida. Siapkan semua fail personal untuk mereka berdua. Taipkan surat tawaran kerja dan beri mereka baca profil syarikat serta terma-terma syarikat. Oh ya, mengenai gaji saya akan bagi tahu kemudian. Awak buat draf surat-surat tawaran mereka, lepas itu bagi pada saya. Saya nak tengok dulu. Okay itu sahaja. Thank you.

"Baik Encik Hakim. Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ya?" Aida terus keluar dengan diikuti oleh Nana.

Sempat si Nana melambai tangan pada Murni. Murni hanya melemparkan senyum pada Nana.

Hakim memandang Murni. Banyak benda yang Murni perlu tahu. Syarikat ini juga sebahagiannya kepunyaan ayah Murni. Ayah Murni adalah ahli lembaga pengarah yang mempunyai saham sebanyak 45% dalam Timber & Mines.

Hakim menghampiri Murni yang hanya duduk diam sedari tadi. Murni berkalih duduk. Menunggu apa yang akan diperkatakan oleh Hakim. Hakim duduk di sofa kosong berhadapan Murni.

"Saya minta maaf sebab semua ini nampak macam terburu-buru. Mungkin awak tak berapa suka dengan cara saya, tapi saya perlu lakukan sesuatu untuk pastikan awak bekerja disini." Hakim memulakan bicara.

"Saya tak faham, kenapa saya perlu bekerja dalam syarikat ini. Saya bukan ada ijazah pun, nak kerja dalam syarikat besar macam ini." Tidak habis fikir dia kenapa Hakim perlu mendesak sehingga Nana pun ikut terbabit sama.

"Awak akan faham juga nanti. Saya masih tidak tahu jawatan apa yang sesuai untuk awak. Saya akan berbincang dengan ayah saya mengenai hal ini. Untuk sementara, awak masih free. Tapi gaji awak tetap on." terang Hakim panjang lebar. Murni bereaksi dengan mata yang dibesarkan.

"Apa nih Hakim. Habis tu saya datang sini nak buat apa aje?" tanya Murni dengan suara agak tinggi.

Pelik betul. Gaji tetap dikira, tapi posisi kerja masih tiada.

"Murni, cuba bawa bertenang. Saya janji dalam seminggu dua ini awak akan ada kerja," tutur Hakim. "Awak datang ke pejabat setiap hari bekerja. Terus masuk ke bilik saya, okay."

Murni mengeluh perlahan. Sakit kepala. Kalau dekat tempat kerja lama dia sakit hati dengan Miss Cindy. Disini dia boleh migrain apabila berdepan dengan Hakim.

"Ye lah, ye lah, saya ikut apa awak cakap. Apa lagi yang saya boleh buat.  Tapi best jugak, makan gaji buta." kata-kata Murni buat Hakim ketawa kecil.

"Jom ikut saya pergi breakfast," ajak Hakim.

"Hah, kenapa ajak saya. Tak nak lah saya segan. Tak pasal-pasal pekerja awak membawang pasal saya nanti."

"Biarlah, suka hati merekalah nak cakap apa pun. Saya pasti mereka akan diam bila tahu awak siapa. Dah jom ikut saya cepat, saya dah lapar nih." Hakim bangun menuju ke pintu.

Ayat Hakim yang akhir itu membuatkan Murni tertanya-tanya. Mereka akan diam kalau tahu siapa awak... Siapa aku?

Murni bangun mengekori langkah Hakim.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang