50

321 14 0
                                    

Luah perasaan

Kak Yati menuju ke pintu sebaik sahaja terdengar dentingan loceng pintu.

Wajah Mak Mai dan Pak Salleh terpamir sebaik sahaja daun pintu dibuka. Akhirnya sampai juga mereka ke rumah Murni. Khaier di belakang hanya membisu. Kak Yati mempersilakan tetamu masuk ke dalam rumah.

"Allah, cantik dan luasnya rumah ni. Kemas bersih elok rapi semuanya." Teguran pertama terbit dari mulut Mak Mai.

Murni yang baru keluar dari bahagian dapur terus menghampiri Mak Mai dan Pak Salleh. Tubuh Mak Mai di raih ke dalam pelukannya. Setelah bersalaman dengan Pak Salleh, dia mempersilakan mereka duduk di sofa.

Beg pakaian sudah dibawa masuk oleh kak Yati ke bilik tetamu. Khaier terus diam tanpa suara. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Dia hanya membelek-belek telefonnya bersahaja. Malas mahu bertentangan mata dengan Murni.

Beberapa bungkusan sayur-sayuran dan hasil kebun yang dibawa oleh Pak Salleh diambil dan dibawa ke dapur oleh Kak Yati setelah menyimpan beg pakaian. Kemudian sekali lagi Kak Yati ke ruang tamu membawa hidangan minum petang pula.

"Jemput minum ayah, mak. Abang Khaier jom minum. Nanti kejap lagi kita makan malam pula. Semua da siap dah tu," pelawa Murni kepada ibu dan ayah angkatnya. Khaier mengambil peluang memandang gadis itu. Mata mereka bertembung, namun cepat-cepat mereka mengalihkan pandangan masing-masing kearah lain.

Usai makan malam, Mak Mai mohon diri untuk berehat. Perjalanan jauh yang agak tidak biasa dia lakukan membuatkan dia kepenatan. Pak Salleh ikut sekali kerana mahu membersihkan diri dan bersolat.

Kini hanya Murni dan Khaier sahaja di ruang makan. Kak Yati masih sibuk membersihkan dapur. Mungkin sekejap lagi juga akan masuk ke bilik untuk berehat.

Khaier bangun meninggalkan meja makan, kembali ke ruang tamu. Namun, dia melencongkan kaki ke arah balkoni apartment. Pemandangan dari tingkat lapan itu amat cantik dan indah. Biarpun hanya kilauan lampu dari ribuan rumah kediaman dan bangunan serta jalanraya berselirat sejauh mata memandang.

Dia tahu, dia sendiri yang bertekad mahu bertemu Murni untuk membincangkan semula tentang perasaannya terhadap Murni. Mak Mai dan Pak Salleh hanyalah peneman sahaja. Dia harus berani. Jika tidak harapannya akan terus terkubur tanpa nisan.

"Abang," lembut suara itu kedengaran di telinga. Murni sudah pun berdiri di sebelah Khaier.

"Maafkan saya, sebab belum dapat nak bagi jawapan pada abang. Saya tak tahu nak cakap macam mana." Satu keluhan kecil dilepaskan.

Wajah Khaier di pandang. Mata lelaki itu tajam menatap wajahnya. Wajah itu nampak kosong. Tapi matanya merenung dengan penuh harapan.

"Kenapa, abang tak layak ke untuk Murni. Abang dah lama mencintai awak. Sangat-sangat menyayangi awak. Abang ingin sangat awak jadi suri di hati abang."

Luahan itu bagai melepaskan segala tanggungan hatinya selama ini. Dia tidak mampu menahan lagi. Kali kedua luahan cinta itu diluah kepada Murni. Kali pertama semasa di kampung dahulu.

Murni menundukkan pandangan.

"Abang tak akan memaksa awak untuk terima abang. Abang mahu awak ikhlas dan tidak rasa dipaksa. Usah terima abang sebagai satu pengorbanan membalas jasa mak dan ayah menjaga dan memelihara awak sejak arwah nenek meninggal. Abang mahu awak menerima diri abang seadanya sahaja." Mata Khaier tajam merenung Murni.

"Saya juga sayangkan abang. Sayang sebab abang lelaki yang baik. Saya dah lama anggap abang Khaier bagai abang kandung sendiri. Namun untuk menerima diri abang sebagai jodoh saya, jujur saya belum boleh fikir dengan baik. Saya belum dapat buka hati saya untuk abang." Murni tunduk.

"Kamu sudah ada yang lain, sebab itu kamu menolak abang?"

Andai itulah sebab kenapa Murni menolak dirinya, dia akan berundur, dan tidak akan memaksa Murni lagi.

Murni menggelengkan kepala.

"Saya tak ada sesiapa  buat masa ini. Hati saya masih kosong. Masih belum terisi."

"Jadi, kenapa kamu tak mahu terima abang. Apakah sebab abang ini orang kampung, petani busuk yang tiada masa depan. Abang sedar diri, jika itulah penyebabnya." Bisiknya perlahan.

"Tak abang, jangan tuduh saya begitu. Saya sangat kagum dengan abang. Abang petani yang berjaya. Abang hebat dimata saya." Airmatanya menitis. Hatinya sayu.

"Murni, abang sayang awak. Abang sangat cintakan awak." Suara itu perlahan meresap dihati Murni. Mereka terus kaku di situ. Sunyi sepi tanpa suara.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now