8

479 21 0
                                    

Tempat baru

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Nana sudah berada di depan bangunan rumah kedai tempat Murni menyewa bilik.

"Weh babe, aku ada kat bawah nih" Nana send watsap pada Murni.

Tak sampai seminit kemudian ada bunyi mesej masuk ke telefon bimbit Nana. "Okay jap, aku turun," balas Murni.

Murni menuruni tangga. Pagi ini mereka akan ke pejabat Hakim. Dia melangkah menuju ke arah Nana sedang yang duduk di atas motosikalnya.

"Mana alamat pejabat tuh. Bak mari aku nak cari location." Pinta Nana sebaik sahaja Murni menghampirinya.

Murni membuka dompet dan mengeluarkan kad bisnes Hakim, lalu menghulurkan kepada Nana. Segera dicapai oleh Nana.

"Wow, Chief Executive Officer tuh. Dahsyat taste kau babe." Nana membaca tulisan diatas kad sambil tersengih-sengih.

"Taste acik kau. Bukan taste aku pun." Murni mencebik.

"Cewahhhh, bukan taste konon. Takpe, kalau kau tak nak kau bagi aku je lah ehh," giat Nana mengusik Murni. Murni buat muka selamba.

"Hambik lah. Aku tak minat kat dia." kata Murni. Tangannya mencapai helmet dari tangan Nana.

"Dahlah jom gerak," ajak Murni. Kalau dilayan si Nana, makin panjang pula dia punya mengarut nanti.

Nana menghidupkan enjin motosikal. Pantas Murni membonceng dibelakang Nana. Berpandukan waze di telefon bimbit, mereka menuju ke Syarikat Timber & Mining Private Limited.

Selepas setengah jam mencari pejabat Hakim, akhirnya mereka tiba didepan sebuah bangunan 4 tingkat. Nana memakir motosikal ditempat parkir yang disediakan. Mereka kemudian beriringan masuk ke dalam bangunan.

Murni memerhati sekitar. Ruangan dalam bangunan dihias sederhana tetapi menarik. Suasana agak tenang kerana mungkin para pekerja sudah masuk ke ruang kerja masing-masing.

Mereka menghampiri kuanter penyambut tetamu. Seorang wanita berbaju kurung kelabu dan bertudung hitam bangun dari kerusi yang diduduki dan menyambut dengan senyuman.

"Assalamualaikum, Selamat pagi.  Selamat datang ke Timber & Mining. Boleh saya bantu cik?" Wanita penyambut tetamu itu meraikan kedatangan Murni dan Nana dengan sopan.

"Waalaikumusalam. Selamat pagi," jawab mereka berdua serentak.

"Kami datang nak berjumpa dengan Encik Hakim Hidayat." Ujar Murni.

"Ohh, cik berdua ini, Cik Murni dan Cik Nana ye? Okay, sebentar ye saya panggil pembantu yang akan bawa cik ke pejabat Encik Hakim Hidayat." Wanita itu segera mengangkat gagang telefon, menekan satu butang dan mula bercakap sesuatu.

Lima minit kemudian mereka sudah berada di tingkat 3 dan berdiri dihadapan meja pembantu Hakim. Selepas menyatakan maksud kedatangan mereka, wanita itu kemudiannya membukakan pintu bilik yang tertera nama Hakim diatasnya.

"Cik berdua duduk di dalam dulu ya. Encik Hakim Hidayat sedang dalam bilik meeting sekarang." Jelas wanita itu.

"Cik nak minuman?" Tanyanya lagi.

"Terima kasih. Apa-apa minuman pun kami tak kisah." Kata Murni.

"Silalah duduk, saya pergi buatkan minuman." Wanita itu tersenyum dan kemudian keluar dari bilik itu.

Ruangan bilik yang agak luas itu menjadi tatapan mata mereka berdua. Meja kerja Hakim kelihatan kemas dan teratur. Ada banyak fail-fail yang disusun rapi dalam rak ditepi dinding. Buku-buku yang berkulit tebal pula kelihatan tersusun didalam sebuah almari terbuka tanpa cermin.

Di belakang kerusi Hakim, di dinding, dihias dengan bingkai ayat-ayat kaligrafi petikan dari surah-surah didalam Al Quran.

Pintu tiba-tiba terbuka. Hakim masuk dengan diikuti oleh seorang wanita cantik. Nampak bergaya dan elegan. Busana yang dipakai menampakkan karisma seorang wanita anggun.

Hakim juga nampak segak dan kemas dengan kemeja berlengan panjang berwarna biru gelap dipadankan dengan seluar slack hitam.

Murni dan Nana yang sedari tadi duduk, bangun serentak. Hakim memandang mereka berdua. Tangannya memberi isyarat meminta mereka duduk semula.

Wanita cantik itu pula terus duduk di kerusi yang disediakan didepan meja kerja Hakim.

"Sorry Khadija, you keluar dulu. Nanti I panggil you kemudian." Kelihatan wanita itu mahu berkata sesuatu, tetapi Hakim menaikkan tangannya seolah berkata "please!" sambil di bibir lelaki itu terukir senyuman paksa.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now