Strawberry
Ingatannya tertumpu pada Anif Zayyan. Lelaki itu sanggup bermotorsikal mengiringi dia dan Kak Yati balik ke vila selepas makan malam.
"Terima kasih sebab sudi temankan kami balik ke vila," ucap Murni kepada Anif Zayyan sebaik sahaja mereka selamat sampai.
"Sama-sama," balas Anif Zayyan.
"Err, kalau awak lapang esok. Jemputlah datang ke ladang strawberry tempat saya bekerja. Boleh petik buah strawberry." Sambung Anif Zayyan.
"Wah seronoknya dapat petik buah strawberry. Jomlah Cik Murni kita pergi esok." Kak Yati ikut mencelah.
"Awak ambil nombor telefon saya. Nanti kalau rasa nak datang ke ladang kami, call je nombor saya ya." Sekeping kertas kecil di serah kepada Murni.
Selepas itu Anif Zayyan pun beredar dari vila.
Murni membelek kertas yang diberi oleh Anif Zayyan. Esok sahaja dia buat keputusan. Lagipun banyak tempat yang dia belum pergi. Masih banyak masa lagi memandangkan dia mengambil cuti selama dua minggu untuk menenangkan fikiran.
Mereka berdua segera masuk. Semua barang makanan disimpan manakala barang-barang lain hanya dilonggokkan di atas meja kopi di ruang tamu. Sebetulnya masing-masing sudah kepenatan dan mula terbayang tilam dan bantal.
Usai membersihkan diri, dia berwuduk dan menunaikan solat. Kemudian dia naik ke atas katil. Matanya sudah terasa berat.
*****
Sudah lebih dua bulan dia tidak menjenguk keluarga Mak Mai. Walaupun dia kerap menalipon dan bertanya khabar, kerinduan Mak Mai dan Pak Salleh kepadanya tidak terubat tanpa kehadiran Murni depan mata mereka.
Baru sahaja mereka dipertemukan selepas bertahun tidak bertemu, kini terpisah lagi akibat salah faham.
Murni selalu memikirkan apa kesalahan paling besar pernah dia lakukan sehingga trajedi malang bertimpa-timpa melanda dirinya. Tidak pernah sekali pun dia menyangka kepulangannya bertemu keluarga angkatnya akan membawa masalah serius.
Kini dia berada di tanah tinggi ini. Cuba untuk lari seketika dari terus dibebani hal peribadi. Kerja di pejabat ditinggalkan buat sementara.
"Mengelamun tentang apa?" Telinganya menangkap suara Anif Zayyan. Lelaki itu tadinya sedang ralit melakukan kerja-kerja memetik buah strawberry.
Serta merta lamunannya tercantas. Murni menoleh ke arah Anif Zayyan yang sudah pun berdiri disebelahnya.
"Tak ada apa-apalah. Hanya teringatkan kerja dekat pejabat." Kalihnya memberi alasan terbaik. Anif Zayyan tidak perlu tahu apa yang ada difikirannya saat itu.
"Lama betul awak buat keputusan hendak datang ke ladang saya ni. Ingatkan tak sudi." Dia menjangkakan Murni dan Kak Yati akan melawat pada keesokkan hari selepas mereka bertemu malam itu, tetapi tidak.
Murni hanya menaliponnya pada kelmarin selepas seminggu Anif Zayyan beri nombor handphonenya.
"Kalau saya datang esok pun ladang ni tetap ada dekat sini kan. Jadi bukan hal besar pun untuk saya ambil keputusan datang hari ini." Jawab Murni.
"Ye lah, manalah tahu awak tak sudi. Maklumlah saya cuma pekerja ladang."
"Tak ada kena mengena, awak pekerja atau tuan punya ladang ni. Saya memang akan datang juga. Lagi pun ini minggu akhir saya disini." Ujaran Murni membuatkan Anif Zayyan sedikit terkejut
"Awak dah nak balik ke?"
"Ha lah, saya pun ada kerja. Tak kan nak tinggalkan terus. Dah nama pun datang bercuti bukan nak terus menetap." Murni mengambil sebiji strawberry yang agak ranum. Mengesat kulit buah itu dengan jari sebelum menyuap ke mulut.
"Cepatnya masa berlalu. Tak sempat nak kenal rapat." Keluh Anif Zayyan.
"Nak kenal saya dengan rapat, untuk apa?" Murni gelak kecil. Sebiji lagi strawberry disumbat ke mulut.
"Kenapa, tak boleh ke kita kenal rapat. Katalah awak masih single, saya pun masih single, jadi bolehlah kita kawan. Kalau ada jodoh boleh nikah. Selamba Anif Zayyan berkata begitu.
"Berani awak ya. Kalau saya kata saya tak single, macam mana?"
"Hmmm, melepaslah saya" Anif Zayyan buat muka sedih. "Tapi awak masih single kan?" Sebuah senyuman disedekah kepada Murni. Keningnya diangkat-angkat sambil mata melirik memandang Murni.
Murni ketawa. "Ya, saya still single and available. Nak kenal boleh, nak kawan pun boleh. Tapi kalau nak ajak nikah payah sikitlah."
"Kenapa payah? Ada yang sedang menunggu awak ke. Ahh, melepas teruslah saya kalau macam ni." Sekali lagi Anif Zayyan tarik muka empat belas.
Murni hanya melayan Anif Zayyan. Bukan dia serius pun. Lelaki itu suka berlawak, jadi dia ikutkan sahaja. Bergurau.
"Awak dah lama ke kerja dekat ladang ni?" Murni menukar topik perbualan.
"Lama juga, sejak tanah ini dibeli dari pemilik asal. Ada dua buah ladang. Ini ladang pertama, kami tanam buah strawberry. Ladang yang kedua kami tanam bunga."
"Wah ada ladang bunga. Awak bekerja di dua-dua ladanglah ya. Hebatnya awak." Kagum juga dengan semangat bekerja Anif Zayyan.
"Yup saya kerja dekat sini dan juga di ladang bunga. Kalau awak nak melawat kebun bunga, jom saya bawa awak ke sana bila-bila masa.
YOU ARE READING
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...