Luahan hati
Suasana di meja makan dirasakan agak dingin, biarpun sesekali riuh dengan suara adik-adik Anif Zayyan.
Murni dapat rasakan ada ketegangan antara Anif Zayyan dengan bapanya. Tidak nampak ada kemesraan. Manakala ibunya kelihatan sangat ramah dan sentiasa bercakap dengan nada lemah lembut.
"So, along sudah tetapkan tarikh untuk berjumpa keluarga Murni?" Tanya Puan Sri Rinaz kepada Anif Zayyan.
"Belum lagi, along mahu bincang dengan mummy dan daddy dulu."
"Tak payah nak bincang. Aku tak mahu masuk campur." Tegas sekali bicara Tan Sri Zahirudin.
"Please la daddy." Rayu Anif Zayyan. "Along mahu buat yang terbaik untuk hidup along. Along hormatkan daddy sebab itu along balik jumpa daddy." Sedaya upaya dia cuba untuk mengawal tonasi suara.
"Habis apa yang aku dah buat untuk kamu selama ini bukan yang terbaik ke?" Sudu dan garfu di lepaskan sehingga menimbulkan dentingan yang kuat.
Bahu Murni sedikit terhenjut akibat terkejut, wajahnya ditundukkan memandang pinggan berisi makanan yang masih bersisa.
"Abang, kita ni bukan dekat rumah." Puan Sri Rinaz cuba mengawal suasana tegang supaya tidak berlarutan. Akif Ziyyad dan Zurin Adilla terus menyuap makanan tanpa sebarang bunyi.
Tan Sri Zahirudin mendengus kasar. Perasaan marah masih belum reda.
"Tak apalah kalau daddy tak mahu masuk campur. Cuma along harap daddy dan mummy sudi merestui kami berdua. Segalanya along akan selesaikan sendiri." Dia malas untuk memanjangkan sengketa.
"Baguslah. Orang kalau dah memang degil bukan suka nak dengar kata. Hah buatlah sesuka hati kamu." Kecewa benar dia dengan keputusan anak sulungnya itu.
Anif Zayyan menolak pinggan makan, dia bangun dari duduk. Murni mendongak memandang lelaki itu. Anif Zayyan memberi isyarat untuk beredar. Murni segera bangun.
"Along nak pergi mana, kenapa tak habiskan makan dulu?" Puan Sri Rinaz melontarkan pertanyaan. Tersentak dengan tindakan anak sulungnya itu.
"Maafkan along mummy. Kami minta diri dulu. In syaa Allah along akan call mummy nanti." Tangan Puan Sri Rinaz dicapai.
"Mummy tolong doakan along dan bakal menantu mummy ya." Tangan itu dicium dan tubuh Puan Sri Rinaz lantas di peluk erat. Mata Puan Sri Rinaz mula berkaca. Dia mengusap belakang badan anak sulungnya itu dengan lembut. Tan Sri Zahirudin buat tak pandang.
Murni bersalaman dengan Puan Sri Rinaz. Wanita itu turut memeluknya dengan erat.
Akif Ziyyad dan Zurin Adilla menghantar pemergian Anif Zayyan dengan rasa sedih. Baru bertemu semula, kini berpisah lagi.
Anif Zayyan memandu dengan senyap. Murni juga senyap.
"Maafkan saya, nampaknya pertemuan dengan family saya tidak berjalan dengan baik." Suara Anif Zayyan memecah sepi.
"Tak perlulah minta maaf. Bukan salah awak pun. Usahlah fikirkan lagi."
"Entahlah..... saya tak faham lansung dengan daddy. Besar sangat agaknya kesalahan saya selama ini." Dia meluahkan rasa yang sudah lama terbuku di dada.
"Maafkan saya Zayyan, apa sebenarnya yang berlaku sebelum ini?"
"Panjang ceritanya. Apa yang boleh saya bagitahu ialah, daddy pernah menghalau saya keluar dari rumah beberapa bulan lalu."
"Atas sebab apa, dia halau awak?" Bukanlah dia mahu untuk mencampuri urusan Anif Zayyan dengan bapanya. Namun dia cuma ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Saya tolak keinginan daddy untuk jodohkan saya dengan sepupu saya. Ikutkan kami sepatutnya sudah bernikah, tapi saya putuskan pertunangan kami."
"Kenapa awak putuskan pertunangan dengan sepupu awak?" Segalanya pasti.ada penjelasan.
"Saya tak cintakan dia. Kami mahu dijodohkan secara paksa. Lagipun bekas tunang saya juga sudah ada pilihan lain. Daddy tidak mahu terima alasan yang kami beri. Akhirnya daddy halau saya dari rumah. Sehelai sepinggang." Anif Zayyan mengeluh.
"Bekas tunang awak macam mana?"
"Dia sudah pun bernikah dengan pilihan hatinya. Bakal menjadi ibu dalam beberapa bulan lagi."
"Daddy tetap tak mahu maafkan saya. Selepas keluar dari rumah saya tumpang rumah kawan yang bekerja di Cameron Highland. Mujur saya ada sedikit simpanan di bank yang daddy tidak pernah tahu. Dengan duit simpanan itulah saya mulakan hidup baru di tanah tinggi."
Murni tekun mendengar luahan Anif Zayyan.
"Maafkan saya sebab tidak pernah menceritakan kepada awak siapa saya sebenarnya. Daddy saya bergelar Tan Sri. Daddy terlalu taksub dengan kekayaan yang dia miliki. Kami dibesarkan dalam kemewahan. Sikap sombong daddy tidak pernah berubah sejak dahulu hingga kini." Ujarnya kesal.
"Saya bukanlah pemetik buah strawberry atau penanam bunga sepenuh masa. Sebenarnya kedua-dua ladang itu milik saya. Saya beli dan usahakan perlahan-lahan. Jatuh bangun saya sendirian. Sehingga akhirnya saya mampu bernafas lega."
"Awak seorang yang kuat semangat Zayyan. Kekayaan daddy awak tidak membuat awak jadi manja dan hanya duduk goyang kaki. Awak seorang anak yang baik." Dia rasa kagum dengan kekuatan dan semangat lelaki itu berusaha untuk merubah nasib diri.
Saya selalu doakan daddy akan berubah sikap. Alhamdulillah Humaira sudah pun bahagia dengan kehidupan dia." Ujarnya.
"Terima kasih kerana awak sudi untuk menerima saya. Tak pernah saya sangka, takdir tuhan akan pertemukan kita kembali. Ingatkan hari yang saya terlanggar awak dulu hanya setakat itu sahaja." Gadis disebelahnya di pandang selintas lalu.
"Ermm, saya lansung dah tak ingat apa-apa tentang kejadian tu." Murni ketawa kecil.
![](https://img.wattpad.com/cover/165224942-288-k667227.jpg)
YOU ARE READING
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...