13

464 24 0
                                        

Nik Faizal

Perkahwinan Mariah dan Nik Faizal berjalan dengan sederhana. Hanya dua orang saksi hadir untuk upacara akad nikah. Keluarga kedua-dua pihak tidak hadir. Dua orang sahabat Nik Faizal dan Mariah atau nama sebenarnya Mariet Hendrix duduk di belakang pasangan pengantin.

Percintaan mereka tidak mendapat restu keluarga Mariet. Pegangan agama yang berlainan membuatkan Mariet kehilangan keluarga sebaik sahaja dia mengumumkan untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Nik Faizal.

Mariet dibuang keluarganya sehelai sepinggang. Demi cinta Mariet kepada Nik Faizal yang amat mendalam, dia tidak kisah jika dia dinafikan hak mendapat harta warisan keluarga Hendrix. Mariet tahu Nik Faizal akan menjaganya dengan baik.

Usai majlis ringkas tersebut. Mereka terus balik ke rumah penginapan Nik Faizal. Rumah kecil yang disewa dari seorang pemilik berbangsa Scottish.

"Mariet, maafkan saya. Saya berjanji akan menjaga awak dengan baik dan akan menyayangi awak sehingga akhir hayat saya." Nik Faizal, merangkul tubuh isteri yang baru dinikahi itu.

"Shhh, Nik. Awak tahu kan, saya sangat menyintai awak. Inilah bukti cinta saya kepada awak. Saya sanggup bersama awak dalam susah dan senang. Saya janji." Mariet mendakap tubuh suaminya rapat-rapat. Satu kucupan singgah di dahi Mariet.

"Dua hari lagi kita akan balik ke Malaysia. Saya akan daftarkan pernikahan kita disana." Mariet menganggukkan kepala. Mata coklat Nik Faizal direnung dengan penuh rasa cinta.

"Saya akan bimbing awak tentang Islam. Bila kita di Malaysia nanti, saya akan carikan awak seorang guru agama untuk mengajar awak segalanya mengenai agama kita."

"Okay, terima kasih Nik." Mariet tersenyum mesra.

Dua hari kemudian...

"Kenapa nak balik sini tak bagitahu. Boleh juga kami ambil kamu kat airport sana. Ini tidak, tiba-tiba je muncul depan rumah." Kepulangan Nik Faizal memeranjatkan ibunya. Lebih-lebih lagi seorang wanita kulit putih turut balik bersama Nik Faizal.

"Ibu, Nik tak sempat la nak call ibu. Tak apalah, Nik dah selamat pun sampai kat rumah ibu ni," kata Nik Faizal sambil ketawa.

Menyedari ibunya asyik memandang Mariet, lantas Nik Faizal memperkenalkan kan Mariet kepada ibunya.

"Ibu, saya kenalkan, ini isteri saya Mariet. Kami baru saja ber nikah dua hari yang lepas di Kedutaan Malaysia di Scotland." Nik Faizal menggamit Mariet supaya datang dekat dengannya.

"Mariet, kenalkan ini ibu saya." Mariet segera mendekati Nik Faizal dan ibunya. Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan ibu kandung suaminya itu.

"Panggil saja ibu," arah Nik Faizal kepada isterinya. Mariet mengangguk. Ibu Nik Faizal hanya mengukir senyum nipis kepada Mariet.

"Sudah, mari masuk ke dalam. Tengok apa yang ada untuk makan malam nanti." Wanita tua terus melangkah masuk. Nik Faizal menarik tangan Mariet lantas mengekori langkah ibunya.

Seminggu kemudian Nik Faizal, membawa Mariet ke Kuala Lumpur, sebaik sahaja proses pendaftaran perkahwinan mereka selesai di sebuah pejabat agama di tempat kelahiran Nik Faizal.

Rumah Raja Hazman dituju. Tidak susah untuk dia mencari rumah abang sepupunya itu. Sebelum balik ke tanahair, Nik Faizal sudah menghubungi Raja Hazman dan memaklumkan hasrat untuk bekerja dengan syarikat Raja Hazman.

*****

"Bapa kamu bekerja dengan baik. Prestasinya sangat cemerlang. Setahun selepas dia bekerja dengan pakcik, Mariet akhirnya selamat melahirkan kamu."

Nik Faizal terus bekerja dengan pakcik. Dia sangat berdisplin dan menunjukkan minat yang tinggi. Akhirnya pakcik melantik dia sebagai ahli lembaga pengarah dan menjadi pemegang saham kedua terbesar.

Murni hanya mendiamkan diri sepanjang Raja Hazman menceritakan tentang keluarga yang tidak pernah ditemui. Sungguh baru inilah kali pertama dia mendengar kisah hidup ibubapa kandungnya.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang