75

307 13 0
                                    

Sinis

"Along balik sini cuma nak minta doa restu dari mummy dan daddy. Along akan bernikah tak lama lagi."

"Nak menikah....!" Tan Sri Zahirudin agak tersentak namun hujung bibirnya berdecit. Bahunya terhenjut sedikit dan menjeling sinis ke arah Anif Zayyan.

"Siapa calon pilihan kamu... anak orang kaya mana. Apa pangkat dan gelaran mereka?" Sambungnya lagi sambil menahan gelak.

"Gadis pilihan along, bukan anak orang kaya, daddy. Jauh sekali miliki gelaran hebat macam daddy." Jawab Anif Zayyan tenang.

"Huhh..." Tan Sri Zahirudin mendengus kasar.

"Siapa budak perempuan tu along. Dia tinggal dekat mana?" Tanya mummynya pula. Tak sabar nak tahu.

"Dia anak yatim piatu. Tinggal di KL."

"Ada gambar dia tak, bagi mummy tengok." Pinta Puan Sri Rinaz.

Anif Zayyan keluarkan handphone dari poket seluar. Galeri dibuka. Memilih gambar yang sesuai untuk ditunjuk pada Puan Sri Rinaz.

Handphone dihulur kepada mummynya.

"Cantik sangat orangnya ni. Tapi dia kerja apa?"

"Kerja apa lagi, kalau bukan GRO, jadi pisau cukur!" Tan Sri Zahirudin menyampuk. Perkataan yang keluar dari mulutnya terlalu menyakitkan hati.

"Daddy!!" Hampir luruh jantungnya mendengar kata-kata hinaan yang terbit dari bibir Tan Sri Zahirudin.

Kalaulah dia tak ingatkan tuhan, mahu lebam muka Tan Sri Zahirudin kena penumbuk padu. Cepat-cepat dia beristighfar sebanyak-banyaknya.

"Astaghfirullahalazim!.. cuba bawa mengucap bang. Tak baik menuduh orang macam itu. Abang tengok ni, bukan main lawa budaknya, hidung mancung, kulit putih bersih. Tengoklah ni." Puan Sri Rinaz menyuakan handphone Anif Zayyan kepada suaminya. Namun lelaki itu enggan melihatnya.

Handphone ditangan mummynya di ambil semula.

"Tak apalah mummy. Along dah nak balik dah ni. In syaa Allah, along akan edarkan kad jemputan pernikahan along dalam masa terdekat." Segera dia melangkah untuk pergi dari situ.

"Ehh along makan tengahari dengan kami ya. Jangan balik dulu. Lagipun along belum jumpa angah dan ateh. Mesti along juga rindu dengan adik-adik along kan. Kejap lagi mummy masakkan makanan kegemaran along ya." Pujuk Puan Sri Rinaz. Langkah Anif Zayyan terhenti.

"Dah, aku nak masuk pejabat. Dah lambat sangat dah ni." Tan Sri Zahirudin bangun dari duduk lantas beredar dari situ. Tidak lansung perduli pada Anif Zayyan.

"Abang, balik makan tengahari dekat rumah tau. Jangan lupa." Jerit Puan Sri Rinaz. Lelaki itu terus sahaja menonong laju meninggalkan isteri dan anaknya.

"Jom kita masuk ke dalam. Along rehat-rehat dalam bilik dulu ya. Dah siap masak nanti kita makan sama-sama." Puan Sri Rinaz menarik tangan Anif Zayyan.

Dia menekan butang lif untuk naik ke tingkat tiga. Bilik yang pernah dihuni sejak dulu masih sama. Tiada apa yang berubah. Kemas dan berbau harum.

Dia rindu dengan bilik itu, dengan segala barang-barang peribadi yang ditinggalkan setelah dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang.

Almari pakaian dibuka. Semua pakaiannya masih rapi tergantung. Dia mencapai tuala mandi. Pakaian yang dipakai ditanggalkan, sebelum dia melangkah masuk ke kamar mandi.

Selesai membersihkan diri, dia menyarung kembali pakaian yang dipakai tadi. Dia tidak mahu memakai pakaian yang ada dalam almari.

Satu ketukan dipintu biliknya kedengaran. Tak sempat dia hendak bergerak, daun pintu sudah ditolak keras dari luar.

"Along..." Seseorang kedengaran menjerit.
"Ya Allah rindunya dengan along. Nak peluk, nak peluk," jeritnya lagi sambil meluru ke arah Anif Zayyan.

"Hey, gelojoh sangat dah kenapa?" Dia yang hampir-hampir terjatuh cuba untuk mengimbangi badan. Akif Ziyyad ketawa besar. Tubuh abangnya dipeluk erat.

"Bila along sampai. Tak bagitahu pun nak balik?"

"Saja malas nak bagitahu. Nak buat kejutan. Kau mesti terkejut tengok along balikkan?"

"Memanglah. Lama along tak balik rumah. Call kami pun tak nak" Akif Ziyyad buat muka sedih. "Kan best kalau along patuh cakap daddy dulu. Nikah dengan Kak Humaira, selesai masalah."

"Apa kata kau aje yang kahwin dengan Humaira." Jarinya menunjal hujung hidung Akif Ziyyad.

"Woh ho, tak sebaya dan tak layak. Kak Humaira tak secantik girlfriend Akif." Akif Ziyyad ketawa lepas.

Anif Zayyan membeliakkan matanya. "Sejak bila ada girlfriend pulak ni?"

"Baru je tak sampai sebulan." Kali ini kepala Akif Ziyyad menjadi sasaran tunjalan jari Anif Zayyan.

"Mana ateh.... tak nampak pun sejak tadi." Baru dia teringat kepada Zurin Adilla, satu-satunya adik perempuan mereka.

"Ateh ada kem bina semangat anjuran kolej. Seminggu." Jelas Akif Ziyyad mengenai adik bongsu mereka.

"Ohh, tak dapatlah along nak jumpa ateh." Keluhnya.

"Relak la along, lain kali boleh jumpa. Along balik sini terus kan?" Soalnya.

"Tak, along kena balik ke Cameron Highland. Sebab along kerja dekat sana."

Along dah kerja?... Tak apa nanti along tinggalkan alamat tempat tinggal along. Kalau ada masa lapang nanti kami datang sana melawat along."

"Okay . Kejap lagi along bagi."

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now