Serbu
Pak Salleh dan Mak Mai hanya mampu berdoa agar kedua-dua anak mereka akan selamat dan dapat di temukan semula. Laporan polis tentang kehilangan Murni sudah dibuat beberapa hari lepas. Pihak polis berjanji akan mencari Murni.
Hati mereka sedikit lega laporan bedah siasat keatas mayat reput yang ditemui dalam pondok di dusun Pak Salleh sudah dikeluarkan. Polis mengesahkan mayat itu bukan Khaier. Bermakna Khaier masih hidup, meskipun masih tidak diketahui dimana keberadaannya.
Kini mereka berdua menunggu berita baik tentang Murni. Khaiera lansung tidak bertanyakan tentang Murni. Sekejap-sekejap anak gadis mereka itu akan keluar entah ke mana. Hanya diberitahu hendak berjumpa kawan sekolah.
"Khaiera nak pergi mana tu?" Tegur Mak Mai, setelah dilihatnya Khaiera sedang bersiap-siap berpakaian. Pak Salleh ke masjid. Hakim tidak bermalam di rumah mereka tetapi menginap di sebuah hotel bajet di bandar berhampiran.
Kata Hakim dia tidak akan balik ke Kuala Lumpur selagi Murni tidak ditemui. Ayahnya Raja Hazman mengambil alih kerja-kerja di syarikat untuk sementara waktu.
Khaiera tersenyum memandang Mak Mai. "Nak keluar kejap, jumpa kawan." Itulah sahaja alasan yang sering dijadikan jawapan jika ditanya.
"Kawan yang mana satu, lelaki ke perempuan?" tanya Mak Mai lagi. Khaiera yang sedang memakai tudung segera menoleh.
"Alah mak ni, semua nak tahu. Khaiera ramai kawan la mak. Lelaki ada perempuan pun ada. Khaiera nak jumpa dengan dia orang lah." Jawabnya acuh tak acuh. Terus sahaja dia minta diri untuk keluar.
"Khaiera pergi dulu mak." Tangan Mak Mai disalami.
"Oh ye, mungkin lambat sikit balik malam ni." Sambungnya lagi.
"Hmm, ye lah. Hati-hati dekat luar tu. Sudahlah abang dengan kakak Murni kamu tak jumpa lagi. Kamu pulak berani sangat nak keluar malam-malam macam ni."
Mak Mai jadi pelik dengan perangai Khaiera. Sudahlah tidak ambil tahu hal Murni yang hilang, berani pulak keluar dan balik lewat malam. Pak Salleh sudah nasihat juga, tapi diendahkan sahaja oleh Khaiera.
Khaiera keluar dari rumah. Sebuah kereta sudah siap menunggu jauh dari jalan masuk halaman rumah.
*****
Murni terbaring lemah. Sudah lebih lima hari dia dikurung di dalam rumah usang itu. Dirinya sudah tidak terurus lagi. Rambutnya hanya disikat dengan jari-jarinya sahaja. Pakaian tidur yang dipakai sudah berbau dan sangat kotor.
Mata Murni bengkak akibat kerap menangis. Khaiera ada datang beberapa kali. Setiap kali kedatangannya hanya untuk menyakiti hati Murni. Murni sudah tidak menjawab. Dibiarkan sahaja Khaiera menghina dan memaki dirinya sepuas hati.
Malam itu Khaiera datang lagi. Acapkali kedatangannya pada sebelah malam.
"Hoi perempuan busuk, macam mana kau rasa sekarang!" Kata-katanya diselangi dengan ketawa mengejek. "Baru puas hati aku sekarang. Perempuan bodoh macam kau elok mati. Tak ada siapa pun yang datang mencari kau kan. Boyfriend kau tu pun tak ambil tahu pasal kau. Sia-sia jer kau hidup!"
Khaiera ketawa lagi. Murni menutup telinga. Dia kekal berbaring dan sudah tidak perduli lagi dengan ulah Khaiera. Setiap waktu bibirnya hanya berzikir menyebut nama Allah. Dia yakin dia akan diselamatkan juga nanti.
Tiba-tiba terdengar kekecohan di luar bilik.
"Jangan bergerak, kami polis. Rumah ini telah kami kepung!" Suara garau seorang lelaki mengejutkan Khaiera dan lelaki bertopi.
Mereka tidak sempat lari. Kawan yang menunggu di kereta sudah kena tangkap. Seorang polis wanita mendekati Khaiera. Tangan Khaiera digari. Lelaki bertopi juga turut di gari. Ketika ini Hakim masuk ke dalam rumah. Mereka diiring keluar dari bilik.
Hakim berhenti di hadapan Khaiera. Mata mereka bertatapan untuk seketika, sebelum Khaiera di bawa keluar oleh anggota polis. Hakim meluru masuk ke dalam bilik dimana Murni berada.
"Murni, syukurlah awak selamat."
Hakim mendekati Murni. Gadis itu cuba bangun tetapi tidak berupaya. Hakim terus mengangkat tubuh Murni dan dibawa keluar dari bilik itu. Murni kemudian dimasukkan dalam sebuah kereta peronda polis.
"Terima kasih Tuan Ezani." Ucap Hakim kepada ASP Ezani, pegawai polis yang mengetuai serbuan itu.
"Sama-sama. Terima kasih juga kepada Encik Hakim atas maklumat yang diberikan kepada kami, sehingga membolehkan suspek ditangkap." Balas ASP Ezani pula.
"Encik Hakim boleh menaiki kereta peronda kami untuk membawa Cik Murni ke hospital. Kami akan hantar pegawai untuk mengambil keterangan di sana nanti." Sambungnya lagi.
"Baiklah. Terima kasih sekali lagi." Mereka bersalaman dan bergerak meninggalkan tempat itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...
