37

355 16 0
                                    

Malang

"Allah!"

Hampir tergolek dia akibat dilanggar oleh seseorang. Namun satu tangan sempat menangkap lengannya. Berderau darahnya seketika.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja. Awak okay?" Lelaki yang melanggarnya bertanya. Ada nada serba salah dari kata-katanya.

"Err... Saya ok. Tak apa, tak apa." Murni menunduk untuk mencapai paket coklat yang terjatuh. Namun lelaki itu telah terlebih dahulu mengambilnya.

Saat dia ingin memberikan paket coklat itu, matanya terpaku menatap wajah Murni.

'Cantik sungguh gadis ini,' detik hatinya. 'Mata nya hazel. Hidung mancung terletak, bibir munggil penuh. Kulit putih bersih.'

Murni cuba menarik paket coklat dari tangan lelaki itu. Tetapi tidak dilepaskan. Kak Yati sudah tersengih-sengih melihat lelaki itu kaku tiba-tiba.

"Encik! Encik!" Murni menggoncang paket coklat dengan kuat. Lelaki itu bagai baru tersedar dari koma. Wajah yang berkulit cerah itu menjadi sedikit kemerahan.

"Ahhh, err maaf! Maaf!.. Hehe."

Lelaki itu melepaskan paket coklat. Jari-jarinya naik menggaru kepala. Spontan.

Murni dan Kak Yati segera beredar dari situ. Lelaki itu pula masih tegak berdiri. Memerhatikan gadis itu sehingga hilang dari pandangan.

'Aduhhh, dah kenapa aku tak minta nombor phone dia. Alamak, melepas sudah. Awek cun tuhh,' dia mengutuk diri sendiri. Mahu di kejar sudah jauh.

'Melepas, melepas,' bisik nya lagi.

Murni mambantu Kak Yati memasukkan semua barang-barang ke dalam bonet kereta.

"Jom kak, kita pergi minum. Panas sangat petang ni. Haus tekak." Murni mengajak Kak Yati membasahkan tekak selepas selesai memasukkan semua barang ke dalam bonet kereta

Selepas mengunci kereta, mereka menyusur kaki lima menuju ke restoran A&W di hujung jalan.

Murni cuma memesan jus oren dan sandwich ayam. Kak Yati cuma memesan jus strawberry. Dia tak mahu makan. Masih kenyang katanya.

"Kak Yati ada nak beli barang sendiri tak?" Murni memandang Kak Yati, sambil menyedut minuman. Jus di dalam gelas sudah hampir separuh disedut.

"Takde kut. Semua masih ada lagi. Kak Yati pakai jimat-jimat. Lambat habis." Wanita berusia lebih 40an itu ketawa. Beruntung dia dapat bekerja dengan Murni. Majikannya itu sangat baik hati dan pemurah.

"Kalau macam tu, tak apalah. Nanti kalau dah habis, bagitahu saya ya."

"Baiklah..."

Hampir lewat petang baru mereka sampai di rumah. Merata dia bawa kak Yati berjalan-jalan sekitar bandar.

Sebelum balik mereka singgah solat Asar di masjid. Selepas itu ke taman tasik sekadar mengambil angin petang.

Selepas membantu Kak Yati berkemas menyimpan barang-barang dapur, Murni masuk ke bilik untuk mandi dan bersolat. Usai solat, dia mencapai buku planner. Jadual kerja untuk esok diteliti.

Kini dia sudah ada bilik pejabat dan ada setiausaha sendiri. Hakim meminta Murni menguruskan kilang perabot. Kini segala perjalanan kilang serta hal ehwal pekerja adalah menjadi tanggungjawab Murni.

Cuma dia perlukan seorang penyelia kilang yang baru. Penyelia yang lama terpaksa berhenti kerja kerana mengalami masalah kesihatan yang kronik.

Iklan sudah pun dinaikkan di laman page Cari Kerja di facebook sejak dua minggu lalu.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now