Ladang
Dia duduk atas pasir pantai di gigi air. Ombak lembut memukul kaki yang di lunjurkan. Kedua-dua tangannya di belakang badan dijadikan topang untuk menahan tubuh. Laut nampak kelam. Sesekali biasan cahaya dari lampu kapal nampak terkelip-kelip jauh di tengah laut. Langit bersih, bulan juga agak tinggi dan kecil.
Fikirannya menerawang kembali ketika dia di kampung....
"Kenapa nak balik tak telefon dulu. Nasib si Khaier ada kat rumah petang tadi. Kalau tak, ha duduklah jadi patung cendana kat bawah pokok tu." Kata-kata Pak Salleh membuatkan Murni ketawa kecil.
"Maaf lah ayah. Murni tak rancang nak balik pun. Tapi petang lepas kerja tu, kuat pulak rasa hati nak balik jenguk mak dan ayah. Itu yang start enjin terus pecut balik kampung." Saat itu mereka sekeluarga sedang duduk santai di ruang tamu.
"Dah tu, dalam perjalanan tu tak reti pulak nak berhenti kejap nak telefon kami," celah Mak Mai. Dia baru sahaja selesai menggoreng karipap frozen yang dibawa oleh Murni. Pinggan berisi kueh di letak di atas meja kecil berhampiran Pak Salleh.
Teko berisi air kopi di angkat kemudian di tuang ke dalam cawan.
"Ala, kan Murni dah selamat sampai depan mak dengan ayah ni." Kueh karipap dalam pinggan di ambil, lalu disuakan ke mulut.
Khaier yang duduk di muka pintu hanya diam. Dia hanya mendengar.
"Esok Murni nak ikut abang pergi kebun boleh tak?" Pertanyaan itu ditujukan kepada Khaier.
Khaier mengangkat kepala. Mak Mai memandang Khaier, sebelum menoleh kearah Pak Salleh. Suaminya itu hanya diam.
"Nak buat apa?" Soalan Khaier itu mengundang senyum dari Murni.
"Saja nak melawat kebun sayur seorang petani yang berjaya dan paling hebat dalam kampung nih. Boleh lah ehh abang...," Matanya tajam merenung tepat ke arah Khaier.
"Macam-macam lah dia nih." Khaier bingkas bangun. Kueh karipap yang nampak sedap itu di capainya seketul, seraya terus meninggalkan ruang tamu.
"Tak nak minum kopinya dulu, Khaier?" Tegur Pak Salleh. Khaier hanya menggelengkan kepala. Mak Mai pula buat tak kisah. Dia tahu apa yang ada dalam hati anak bujangnya itu.
Pagi esoknya, sehelai kemeja besar labuh kepunyaan Khaier disarung ke badan. Lebih nampak lucu bila Murni juga memakai topi ladang milik Mak Mai.
"Tak payah lah pakai kemeja besar tu. Pakai baju biasa aje sudahlah. Bukannya abang nak suruh awak menebas rumput pun," Khaier yang sedang menghidupkan enjin motorsikal bersuara.
"Pakai sebab nak halang nyamuk gigit." Jawab Murni.
"Kalau macam tu baik tak payah ikut. Duduklah kat rumah je." Bunyi enjin motorsikal mula membingit telinga.
Tak tunggu lama Murni terus memanjat naik dan duduk di belakang Khaier. Berderau darah lelaki itu bila pinggangnya dipegang. Tapi dia cuba mengawal diri. Teragak-agak dia memandu motosikalnya. Mak Mai dan Pak Salleh turut ikut sekali pergi ke kebun untuk menemani Murni dengan sebuah lagi motorsikal.
Setibanya di kebun yang diusahakan oleh Khaier, Murni merasa sangat teruja. Luas sungguh ladang itu. Banyak jenis sayur yang ditanam oleh Khaier. Sebuah lori sudah menunggu untuk mengangkut sayur yang siap dipetik. Kesemuanya akan diedarkan ke pasar basah berdekatan dan juga di luar daerah itu. Mengikut permintaan pemborong.
"Kan abang dah bagitahu, datang sini tak perlu nak buat apa-apa. Pekerja kat sini dah cukup untuk melakukan tugas- tugas mereka." Rimas pulak dia bila Murni terus mengekori kemana sahaja dia pergi.
Murni buat tak faham. Setiap batas sayur dia masuk. Tanaman cili yang sedang berbuah lebat. Kobis yang sudah matang, kacang panjang, timun, bendi, terung dan banyak lagi.
"Best jugak jadi petani. Setiap pagi lihat tumbuhan hijau." Tangannya lincah memetik cili besar yang sudah merah. Dimasukkan ke dalam plastik yang siap dibawa dari rumah.
Khaier hanya memerhati gelagat gadis itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...
