71

287 12 0
                                        

Risik

Hakim mula menjauh. Hanya bercakap bila perlu dan hanya berkaitan hal-hal pejabat sahaja dengan Murni.

Semua ini terjadi apabila Hakim terserempak dengan Murni bersama seorang lelaki tampan yang tidak dikenalinya.

Nampaknya dia sudah boleh berundur dari terus mengharap sesuatu yang tak pasti. Itu yang dia rasa. Patutlah sejak akhir-akhir ini Murni kelihatan ceria.

Lagi satu, menurut kata Kak Aida, pada setiap pagi, satu jambangan bunga ros segar akan sampai di pejabat. Bunga itu khas untuk Murni.

'Siapa jejaka bertuah yang telah berjaya membuka hati gadis itu?' Hatinya berbisik. Hendak bertanya pada Murni sendiri memang tidak akan dia lakukan. Takut dikata busy body pula. Hendak bertanya dengan Kak Aida, rasa segan. Lagipun takut kena viral. Naya.

Nana? Hah, mungkin Nana tahu sesuatu. Untuk mencapai misinya, Hakim perlu bertemu dengan Nana.

Jadi pada suatu hari....

"Tak pernah-pernah Encik Hakim ajak saya keluar makan berdua, mesti ada sebab ni kan?" Tekaan Nana sudah hampir tepat. Hakim terjeda seketika.

"Hmm. Saya fikir dah lama juga nak ajak Murni dan awak untuk keluar makan. Masalahnya sahabat baik awak itu macam sibuk je sejak akhir-akhir ini." Hakim memulakan bicara.

"Ohh.... itulah, saya pun ingatkan Murni ada sekali dengan kita. Encik Hakim tak ajak dia ke?" Pelik juga, selalu di mana ada Murni di situ ada Hakim.

"Err dah ajak dah, mungkin dia sibuk dengan kerja. Sebab itu tak dapat bersama kita." Sudah terang lagi bersuluh, Hakim hanya mahu bertemu dengan Nana sahaja.

"Nana, kalau saya tanya hal ini, awak jangan sembunyikan apa-apa. Saya perlukan jawapan yang sahih."

"Tentang apa tu Encik Hakim...kalau saya ada jawapan pada pertanyaan Encik Hakim, in syaa Allah saya akan jawab." Ujar Nana.

"Kita order makanan dulu ya. Awak pilihlah apa yang awak nak makan. Saya belanja awak." Hakim melambai pelayan restoren untuk memesan makanan.

"Sebenarnya saya nak tanya awak berkaitan dengan Murni. Maaflah, sebenarnya saya memang tak ajak pun Murni bersama kita." Akhirnya dia berkata jujur.

"Kenapa dengan Murni, saya tengok dia okay je." Nana mengerutkan kening.

"Awak tak perasan ke, sahabat awak tu nampak ceria kebelakangan ni. Tak kan awak tak tahu apa-apa."

"Ohh pasal itu. Encik Hakim, kita pun tahu Murni baru sahaja pulih dari trauma. Kes kehilangan abang Khaier dan kes penculikan tu. Lepas Murni balik dari bercuti memang nampak perubahan yang positif dalam diri dia." Jelas Nana panjang lebar.

"Ya, saya tahu itu. Tapi awak perasan tak, setiap pagi ada jambangan ros merah segar dihantar ke pejabat Murni. Awak tahu ke siapa yang hantar?" Terus kepada poin asal.

"Ehh! Encik Hakim kenapa tanya pada saya. Tanyalah pada tuan punya badan tu sendiri."

"Haish awak ni Nana, mana boleh. Nampak sangat saya cemburu nanti." Hakim terlepas cakap. Nak undur sudah tak boleh.

"Hoho, cemburu ehh, baru saya tau. Encik Hakim ada hati dengan Murni ehhh?" Nana ketawa sampai terhenjut bahu.

"Adoi...janganlah ketawa. Biasalahkan, setiap manusia ada perasaan suka pada seseorang. Awak pun sama."

"Ehh, apa kaitan dengan saya pulak. Hmm, kalau Encik Hakim nak tahu, pengirimnya datang dari Tanah Tinggi Cameron. Ingat tak, masa Murni cuti dua minggu tu. Dia pergi bercuti dekat sanalah."

"Hah, Allahuakbar. Punyalah dekat. Macam mana saya boleh tak tahu. Kalaulah saya tahu dia bercuti di sana, pasti saya ikut dia."

"Itulah, mungkin Encik Hakim tidak berjodoh dengan Murni."

"Kenapa awak kata macam tu. Murni dah ada kekasih hati ke?" Hangat sungguh perbicaraan mereka berdua.

"Jambangan ros merah itu kiriman dari jejaka bertuah itulah. Murni bagitahu saya, jejaka itu bekerja sebagai pemetik buah strawberry dan juga bekerja di kebun bunga. Ha, ros merah tu lelaki itulah yang tanam."

"Biar betul awak ni Nana. Kekasih Murni seorang pemetik buah strawberry dan penanam bunga. Awak dah pernah ke berjumpa dengan lelaki tu?"

"Setakat ini belum lagi. Tetapi setahu saya, lelaki itu akan turun ke sini seminggu sekali untuk bertemu Murni. Dia orang berdating lah senang cakap."

"Hmm, patutlah Murni nampak gembira. Apa pun, saya ucapkan terima kasih sebab sudi menjawab pertanyaan saya."

"Encik Hakim okay ke?"

"Ohh, saya okay je. Mungkin saya terlewat untuk memenangi hati Murni. Juga bukan jodoh saya dengan dia nampaknya." Hakim memandang tepat pada gadis di hadapannya.

"In shaa Allah, suatu hari nanti Encik Hakim akan bertemu juga dengan jodoh Encik Hakim. Kenalah banyak berdoa supaya Allah makbulkan."

Tiba-tiba Hakim tersenyum dan Nana menjadi hairan.

'Pelik-pelik betul perangai manusia sekarang,' hatinya berbisik.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang