41

353 12 0
                                        

Cili

"Maafkan saya Hakim. Saya kesal sangat dengan apa yang menimpa bekas tunang awak," ucapnya.

"Tak  apalah. Nak kesal buat apa. Sememangnya Dija patut mendapat hukuman atas kesalahan dia," jawab Hakim perlahan.

Murni mengeluh. Penahanan Khadija dan putusnya ikatan pertunangan Hakim tidak akan berlaku jika dia mampu menarik balik laporan polis. Namun apakan daya, dia tidak boleh berbuat apa-apa.

"Sudahlah, lupakan sahaja. Saya dah boleh terima hakikat yang saya dan Dija tiada jodoh. Awak jangan risau. Saya baik-baik je." Matanya melirik ke wajah Murni.

Murni memandang wajah Hakim. Lelaki itu nampak tenang. Seperti tiada berlaku apa-apa yang dalam hidupnya.

"Segalanya sudah ditentukan. Ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Allah Swt maha bijaksana dan punya perancangan yang terbaik. Lebih baik kita lupakan dan jangan berbincang hal ini lagi."

Hakim melemparkan senyuman kepada Murni. Kemudian terus tunduk meneliti longgokan kertas-kertas di atas meja. Matanya kelihatan fokus kepada kerja, namun bukan hatinya. Jiwanya juga sangat kacau sekarang ini.

"Hmm, tak apalah, saya keluar dulu." Murni memusingkan tubuh seraya ingin meninggalkan bilik Hakim.

"Ok..."

Hanya itu yang didengari oleh Murni. Namun langkahnya diteruskan sahaja tanpa  dia berhasrat untuk menoleh semula pada Hakim. Mungkin  benar Hakim sudah malas hendak bercakap mengenai hal itu dan Murni perlu hormati perasaan Hakim.

Hilang sahaja kelibat Murni di sebalik daun pintu, Hakim meletakkan kembali kertas di meja. Satu keluhan berat dilepaskan. Hal itu sudah tular dikalangan pekerja syarikat. Sudah ada bisik-bisik yang kedengaran dan paling teruk cuba membuat andaian sesama sendiri. Sedikit sebanyak membuatkan Hakim merasa sedikit geram dan sakit hati.

Namun dia tak boleh berbuat apa-apa, isu dia putus tunang itu bukan besar sangat. Tetapi menjadi bahan bualan apabila Khadija di tahan polis, itu sudah melibatkan maruah keluarganya. Tinggal dia tak boleh hendak menutup mulut setiap orang di situ.

'Ahh, ikut suka dia orang lah. Cakaplah apa sahaja,' dia malas nak ambil pusing.

*****

"Kesian Encik Hakim. Aku dengar ramai staff yang membawang pasal hal ni. Teruk betul perangai mereka."

Nana meluahkan rasa. Pandangannya di arahkan kepada Murni.

Gadis itu hanya diam. Tangannya lincah mengemas meja kerja. Kemudian dia duduk. Wajah Nana di pandang.

"Itulah.. aku pun rasa malu jugak. Ada saja yang berbisik dan menjeling kat aku bila aku lalu depan mereka. Tapi aku endahkan aje. Malaslah nak layan." Telefon bimbitnya dicapai.

"Manusia ni memang, sedap je mulut nak mengumpat, mengata orang yang kena musibah. Bukan tahu nak siasat ke dulu, bertanya elok-elok ke. Ni tidak, buat andaian sendiri je. Lepas tu sebarkan. Sakit hati betul. Rasa nak dicili-cilikan aje mulut dia orang."

Kata-kata Nana itu membuatkan Murni tersengih.

"Ramai tuh mulut kalau kau nak cilikan satu persatu. Sanggup ke?" Murni sengaja mahu mengendurkan rasa marah dan geram si Nana.

"Alah apa nak susah-susah.  Spray kan aje guna air cili, haha. Mudah je kerja aku, tangan pun tak adalah rasa pijar," Nana ketawa lepas. Murni hanya menggelengkan kepala sambil ketawa kecil.

"Dah lah, aku dah malas nak cakap hal ini. Lama-lama nanti senyaplah mereka tu." Murni bangun dari kerusi.

"Dah, kau pergi masuk kerja. Jangan nak mengular pulak. Jauh kau merayap sampai ke sini. Aku nak keluar pergi kilang perabot sekejap," ujar Murni lantas mencapai tas tangan yang sudah siap terletak di atas meja kerjanya.

Nana bingkas bangun lantas membontoti Murni yang mula melangkah untuk keluar dari bilik itu.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang