73

270 13 0
                                    

Ada rindu

Sudah lebih seminggu Anif Zayyan menyepi. Tanpa ada sekali pun dia menghubungi Murni. Chat di WhatsApp pun tiada.

Hanya gambar sahaja yang menemani. Itupun bukan Anif Zayyan yang beri. Kebetulan Kak Yati ada snap gambar secara candid ketika mengambil gambar Murni. Ada terselit wajah kacak si Anif Zayyan dalam berbelas gambar kenangan semasa di tanah tinggi.

Gambar itu juga sudah disalin ke dalam pendrive bersama berpuluh kepingan gambar lain.

Entah apa urusan lelaki itu, dia tidak tahu. Mungkin berkaitan keluarga atau pun kerja.

Jambangan ros merah segar tetap tiba di pejabatnya seperti biasa. Setiap kali masuk ke pejabat, haruman bunga itu akan dihidu terlebih dahulu.

Kerinduan tidak juga terubat. Murni sendiri pelik dengan dirinya. Selama ini mana pernah dia perduli tentang hati dan perasaan sesiapa. Sejak Anif Zayyan muncul dalam hidupnya, ia seolah membawa satu rasa berbeza.

Rama-rama dalam perutnya sentiasa ingin menari.

Cinta Khaier dan Hakim, mudah sahaja dia ketepikan, malah lansung dia endahkan kedua-dua lelaki itu. Tetapi tidak dengan Anif Zayyan.

Lelaki itu biasa sahaja. Walaupun boleh dikategorikan kacak dan menawan juga. Anif Zayyan juga agak ringan tulang, bersikap selamba dan suka melawak. Paling ketara Anif Zayyan sentiasa berusaha untuk memenangi hatinya.

Semuanya adalah kerana Dia, ketetapan Allah itu yang mentakdirkan pertemuan dan perkenalan mereka. Hati sesiapa pun boleh berbolak balik, boleh jadi hari ini suka, esok benci. Boleh jadi hari ini berduka, esok sudah mampu ketawa gembira.

Begitulah...

*****

"Daddy dan Mummy tidak setuju. Keputusan daddy adalah muktamad. Syarat kami hanya dua. Kalau kamu mahu segala harta daddy menjadi milik kamu, kamu harus bersetuju untuk bernikah dengan Humaira. Jika tidak, harta kami satu sen pun kamu tidak akan dapat." Suara Tan Sri Zahirudin berdentum memecah kesunyian banglo tiga tingkat itu..

"Daddy, pleaselah. Along tak cintakan Humaira. Along nak cari pilihan sendiri." Anif Zayyan terus cuba memujuk.

"Pilihan sendiri? Perempuan miskin mana yang dah jatuh cinta dengan kamu. Ingat tu along, dalam keluarga kita tak ada dari keturunan yang miskin, papa kedana. Kita semua dari kalangan orang berharta, orang kaya-kaya." Pedih sekali hati Anif Zayyan dengan kesombongan daddynya.

"Along dengarlah cakap daddy. Humaira bukan orang lain. Dia sepupu jauh kamu." Mummy Anif Zayyan menyampuk.

Anif Zayyan tahu, mummy terpaksa mengikut kehendak daddy. Ikutkan, Puan Sri Rinaz tidak bersetuju dengan cadangan suaminya itu. Dia faham akan kemahuan Anif Zayyan. Hati anak muda.

"Along, ikut ajelah kemahuan daddy ya." Pujuk Puan Sri Rinaz. Biarpun hatinya sedih dan kesian namun dia terpaksa akur kerana tidak mahu berbalah dengan Tan Sri Zahirudin yang cerewet itu.

"Daddy, boleh tak untuk sekali ini, untuk masa depan along, berilah along peluang untuk mencari jodoh along sendiri." Airmata lelakinya yang mula bergenang dipelupuk mata, cuba ditahan dari menitis.

Hatinya tersiat, dia benci dengan kata dua Tan Sri Zahirudin yang tidak memihak lansung kepada dirinya.

"Nikah dengan Humaira, atau along keluar dari banglo ini sehelai sepinggang. Daddy bagi tempoh sehingga esok." Tan Sri Zahirudin melangkah meninggalkan ruang tamu mewah itu.

Puan Sri Rinaz mendekati anak sulungnya itu. Belakang badan Anif Zayyan diusap lembut.

"Mummy minta maaf sebab mummy tak mampu nak bantu along, tapi apapun keputusan along nanti, mummy akan terima." Ujar Puan Sri Rinaz sambil tersenyum.

Itulah punca mengapa dia berada di tanah tinggi sejak sepuluh bulan yang lalu dan bekerja sebagai pemetik buah strawberry dan penanam bunga. Menolak kehendak bapanya yang mahu dia menikahi Humaira.

Daddynya lebih mementingkan kemewahan dan status berbanding perasaan anak kandung sendiri.

'Mujur aku memiliki duit simpanan dalam akaun yang tidak pernah daddy tahu,' bisiknya perlahan.

Dengan wang simpanan hampir RM200k itulah dia gunakan separuh untuk membeli ladang strawberry. Kebetulan ladang itu dijual dengan harga murah kerana pemiliknya mahu berpindah ke luar negara.

Latar belakang akedemiknya dalam bidang bio-sains dan perladangan, dipraktikan sepenuhnya. Tidak sampai tiga bulan ladang itu mengeluarkan hasil. Kemudian dia membeli sebuah lagi ladang. Kali ini sebuah kebun bunga.

Nikmat Allah mana lagi yang hendak didustakan. Hasil kedua-dua ladang itu memberi pulangan yang besar. Kini dia menguruskan kedua-dua ladang dengan bantuan beberapa pekerja asing.

Sedikit demi sedikit dia mengumpulkan harta peribadi. Sebuah rumah dan sebuah kenderaan untuk permulaan. Segala pemberian Allah itu sentiasa disyukuri.

Kini, dia akan bersemuka dengan Tan Sri Zahirudin dan Puan Sri Rinaz. Sebagai anak sulung, Anif Zayyan tidak pernah melupakan kedua orang tuanya. Biarpun hati masih pedih kerana dinafikan hak sebagai anak.

"Ya Allah, aku mohon moga Kau lembutkan hati daddy dan mummy. Moga pilihan kehidupan yang aku lalui ini, Kau rahmati dan berkati. Pertemukanlah jodohku dengan gadis yang aku cintai. Aamiin

Wajah Murni serta-merta muncul dilayar mata.

"Awak, tunggulah sehingga saya kembali....."

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now