19

420 16 0
                                    

Cafe

Mata Zhafik liar memerhati sekitar cafe. Sudah dia berjanji dengan Hakim untuk makan tengahari bersama sejak semalam. Cumanya Hakim ternyata tidak dapat memenuhi hasrat Zhafik untuk keluar pada waktu tengahari.

Lalu dia menggantikan dengan pelawaan minum petang sahaja. Itupun kena tunggu Hakim usai bermesyuarat dengan Raja Hazman dan ahli lembaga pengarah yang lain.

Zhafik pun baru sahaja melabuhkan punggung di situ. Tidak ramai pelanggan di cafe. Mungkin sebab waktu tea break sudah tamat.

"Hei, sorry aku lambat sikit." Bahu Zhafik ditepuk lembut oleh Hakim. Sedikit terjongket badan Zhafik akibat terkejut. Namun hanya sengihan sahaja dilemparkan pada Hakim. Tidak perlu rasa marah pun.

"Tak apa, aku ok je," ujar Zhafik.

"Ehh kau dah order makanan ke belum ni?" Di atas meja itu ada sebuah gelas berisi jus epal yang hanya tinggal separuh isinya.

"Aku tunggu kau sampai." Sambil mata Zhafik meliar mencari pelayan cafe. Sebentar seorang pelayan perempuan yang ternampak lambaian Zhafik berjalan mendekati meja mereka sambil membawa kad menu.

Kad menu dikembalikan semula kepada pelayan cafe selepas mereka selesai memilih makanan dan minuman yang diinginkan.

"Kau dari mana ni. Dah ada kerja ke belum?" Setahu Hakim, Zhafik masih mencari kerja. Itu pun beberapa minggu yang lepas. Cerita terkini tidak pulak Hakim tahu.

Zhafik menyedut habis jus epal di dalam gelas. Gelas yang cuma berisi ais itu diletak kemudian ditolak ke tepi.

"Aku dah cuba cari, tapi buat masa ni, masih tak ada lagi yang sesuai dengan aku." Hakim hanya diam dan mendengar. Zhafik seorang peguam. Dia boleh sahaja buka satu firma guaman di bandar itu. Kemudian cari seorang dua peguam untuk dijadikan rakan kongsi dan Zhafik sudah boleh mulakan kerja.

Itu fikir Hakim. Tapi tak tahu pula akan kehendak Zhafik. Apa kerja yang sesuai dengan dirinya.

"Kerja dengan aku nak?" Pelawa Hakim. Zhafik tersengih menampakkan gigi.

"Malas lah. Aku dah bosan lah kerja dalam pejabat. Tak bebas. Aku nak kerja yang boleh pergi kesana kemari. Bukan duduk saja di kerusi layan fail dan dokumen." ujar Zhafik

Pelayan datang membawa makanan yang di pesan. Terbuka selera Hakim yang agak kelaparan melihat makanan didepan mata kerana masih belum menjamah sebarang makanan sejak pagi.

"Makan lah dulu Fik. Aku lapar teruk nih." Usai membaca doa tanpa lengah Hakim terus menyuap mee rebus yang masih berasap.

Zhafik ketawa kecil. Dia hanya memesan semangkuk laksa Johor. Sememangnya laksa Johor menjadi kegemarannya sejak kecil. Ibunya meniaga laksa di zaman kecil Zhafik. Kini ibu sudah bersara dari berniaga. Sudah tak larat katanya.

"Kim, awek yang kat office kau tu, siapa dia ehh?" Zhafik tanpa segan bertanya mengenai gadis yang tercium dadanya tempohari.

Hakim mengerut dahi sambil memandang Zhafik. Kemudian baru dia teringat sesuatu.

"Haha, kau dah terpikat ke?" Di soal pula Zhafik dengan soalan perangkap.

"Takde la aku tanya je. Tiba-tiba teringat kat dia. Bukan ada apa pun." Jawab pemuda berbadan tegap dan berwajah tampan itu. Riak wajah nya masih selamba.

"Kalau kau berkenan kat dia, aku boleh tolong." Hakim menawarkan bantuan.

"Hah tak payahlah. Tak handsome kalau aku pakai orang tengah. Tak jantan, ok." Serentak ketawa mereka pecah.

"Murni nama dia. Ada je kerja dengan aku. Dia dua pupu dengan aku. Anak kepada sepupu ayah." Jelas Hakim selepas ketawa mereka larut.

""Oh..." Zhafik terbayang semula kejadian pelanggaran antara dia dengan gadis cantik itu. Selintas dia turut terbayangkan wajah arwah isterinya. Namun cepat-cepat dia memadamkan memori, tak mahu menayang muka sedih depan Hakim.

Kedua mereka menghabiskan makanan. Kenyang sudah perut Hakim. Mee rebus di cafe memang sesuai dengan selera Hakim.

Ketika yang sama Murni masuk ke dalam cafe bersama Nana. Zhafik memerhati dengan ekor mata.

"Kalau kau suka dia, cubalah berkenalan dengan dia." Saran Hakim. Pandangan Zhafik dialihkan kepada Hakim.

"Nanti-nantilah dulu. Belum sedia lagi nak ada awek. Aku nak berhuha-huha dulu. Hahaha." Zhafik ketawa lepas. Hakim juga ikut ketawa mendengar kata-kata sahabatnya. 

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now