79

422 11 2
                                        

I miss you

"Saya perlukan awak dalam hidup saya, Murni. Saya tak mahu hidup sendirian lagi."

Anif Zayyan memberhentikan kereta. Wajahnya diraup dengan tangan. Dari bersandar dia kemudian memeluk stereng dengan dua belah tangan.

"Saya sangat sunyi sendirian, saya cuba kuatkan hati. Memang orang nampak saya seolah gembira, mudah ketawa dan buat lawak. Hakikatnya saya sepi sendiri. Saya tertekan dengan keadaan ini." Dia meluahkan segala yang dirasa. Hatinya sangat terluka.

"Zayyan, awak masih beruntung kerana punya keluarga. Mummy dan adik-adik awak menyayangi awak sepenuh hati." Pujuk Murni.

"Tapi semuanya tidak macam dulu lagi, Murni. Daddy halau saya dari rumah. Sedangkan saya ini anak dia." Ada nada kecewa yang terpaksa ditelan dengan payah.

"Mungkin suatu hari nanti, daddy awak akan berubah dan menerima awak kembali."

"Entahlah..." hanya keluhan yang mampu dia luahkan. Selepas beberapa minit berhenti di bahu jalan, dia memandu semula.

"Saya akan terus balik ke Cameron Highland malam ini" ujarnya kemudian setelah agak sepi seketika.

"Hmm, tapi awak janji dengan saya, pandu kereta dengan selamat. Kalau awak letih, awak berehatlah." pesannya kepada lelaki itu.

"Kalaulah kita sudah halal, saya ikut awak balik rumah." Anif Zayyan menoleh dan mempamerkan senyuman kepada Murni.

Murni juga menoleh lalu ketawa.

"Awak, jom nikah. Saya nak awak sentiasa ada dengan saya. Duduk jauh-jauh macam ni, tak seronoklah...sejuk." Sekejap sahaja rasa dingin tadi bertukar menjadi sedikit hangat.

"Haish dah mulalah tu. Saya masih ada keluarga tau." Ya, walaupun cuma keluarga angkat, mereka tetap berhak juga keatas dirinya.

"Ermm, tunggulah saya lapang dulu ya, nanti kita bincang tarikh yang sesuai untuk jumpa mereka."

"Saya tak mahu majlis tunang-tunang, saya nak nikah terus," sambungnya lagi. "Awak setuju tak?"

"Saya tak mahu fikirkannya sekarang. Berangan memang percuma. Lepas jumpa family saya nanti baru kita putuskan apa nak buat, okay?" cadang Murni.

"Awak masih ragu-ragu dengan saya?" Soal Anif Zayyan. Maklumlah perkenalan mereka masih baru. Masih belum seratus peratus kenal hati budi.

"Segalanya terlalu pantas, Zayyan. Dari tidak kenal siapa awak, kini saya tahu serba sedikit tentang awak. Saya hanya gadis biasa kalau nak dibandingkan dengan awak. Tak sangka pula yang awak tu anak orang kenamaan." Dia tidak pernah menyangka bahawa lelaki itu anak orang berada.

"Saya minta maaf. Sekarang saya bukan lagi anak orang kenamaan. Saya orang biasa. Yang ada gelaran, ada pangkat itu, bapa saya." Dia bersuara perlahan.

"Saya tidak memilih awak kerana kedudukan keluarga awak, Zayyan. Saya memilih diri awak. Saya sangat sukar untuk jatuh cinta sebelum ini. Mungkin kesungguhan awak telah membuka hati saya."

Bila Allah berkata 'jadi', maka 'jadilah'....

Kuasa Allah, jodoh pertemuan, hidup dan mati manusia adalah dalam genggamanNya jua.

Mereka akhirnya sampai di ruangan letak kereta di bangunan pejabat syarikat Timbers & Mines.

Setelah mengambil keretanya, kini Murni sedang memandu balik ke apartment. Anif Zayyan mengekori dari belakang.

Lelaki itu terlalu mengambil berat. Walaupun sudah puas dipaksa untuk meneruskan perjalanannya balik ke tanah tinggi dan tidak perlu menemani Murni balik ke rumah, namun dia tetap juga berkeras.

Anif Zayyan menemani sehingga Murni selamat sampai di hadapan pintu apartment.

Hatinya berat untuk berpisah.

"Nak ikut masuk boleh tak?" Anif Zayyan buat muka lucu. Lelaki kacak berkulit cerah itu sengaja memancing senyuman dan tawa dari Murni.

"Tak boleh. Nanti Kak Yati hambat awak dengan penyapu." Jawapan dari Murni disambut dengan ketawa yang ditahan-tahan. Takut mengganggu penghuni lain.

Murni ketawa kecil dan sempat dilihat oleh Anif Zayyan.

"Girl, I'm so in love with you..." Anif Zayyan merenung wajah gadis itu sambil melangkah mendekati Murni. Kedua-dua tangan gadis itu digenggam erat. Mata merreka bertatapan.

"I'm starting to miss you," ujar Anif Zayyan perlahan. Kata-kata itu membuatkan Murni tunduk. Tidak sanggup lagi untuk terus bertentangan mata.

"I need you by my side. Love me with all your heart. I want to realize my love for you and I really hope that we will be united as husband and wife in the near future."

Rama-rama dalam perutnya semuanya rebah tanpa sempat berkepak!

"I'll miss you for the next few days, baby."

"Zayyan, jangan begini. Saya tahu awak sangat menyintai saya, bersabarlah untuk sedikit waktu lagi. In syaa Allah, kita akan bersatu dengan izinNya."

"Ya. Maafkan saya." Hidung Murni dicuitnya dengan jari.

"Terima kasih untuk saat yang indah ini. Saya pergi dulu. Jaga diri awak baik-baik."

Pedihnya hati saat ingin melepaskan sang kekasih pergi walau untuk seketika.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang