Tertangkap
"Sampai hati you, Dija. Apa salah dia pada you sampai you sanggup upah samseng-samseng tu?"
Pagi ini Hakim mengamuk besar. Segala ulah Khadija sudah terbongkar.
"I just nak takut-takutkan dia je. So, I upahlah orang lelaki berdua itu lakukannya. Lagipun perempuan tu okay je. Tak cedera pun kan." Khadija buat muka selamba. Kemarahan Hakim sedkit pun tidak dihiraukan.
"You cakap dia okay!? Heyy... kalau dia kena rogol macam mana?"
Tinggi suara Hakim. Berdiri di depan Khadija sambil melonggarkan tali lehernya dengan kasar. Dalam kedinginan penghawa dingin di bilik itu dia tetap merasa bahang. Bahang kemarahan yang meluap-luap.
"Yang you marah-marah ni kenapa. You ambil berat sangat pasal dia sebab you dah jatuh cinta kat dia kan. Memang patut pun perempuan tu kena rogol!"
Panggg!!!
Satu tamparan hinggap di pipi Khadija. Terhenyak perempuan itu di kerusi.
"Bodoh!" Sempat Khadija mendengar perkataan itu keluar dari mulut Hakim.
Khadija hampir menangis sambil memegang pipinya yang mula kemerahan. Mahu lebam dan biru sekejap lagi. Sudahlah hari ini dia ada photoshoot di agensi.
"Sanggup you tampar I. Hanya sebab perempuan tu. You memang melampau Hakim. I akan adukan you pada keluarga kita." Dalam esak tangis, Khadija masih lagi cuba bersuara. Menitis juga airmata dek kerana kesakitan.
"Pergilah mengadu. I nak tengok you tunjuk bodoh you tu depan mak ayah I. Jangan nanti mereka pun akan marahkan you jugak. Pergilah."
Hakim masih bercekak pinggang. Khadija senyap tak berkutik.
Sakit betul hatinya dengan perangai tak matang tunangnya itu. Ikutkan hati dia sudah malas nak bertahan. Tetapi demi keluarga, Hakim cuba untuk bersabar.
Dia akan pastikan Khadija memohon maaf dari Murni. Apa nak jadi, jadilah.
Masing-masing hanya diam membisu. Hakim lansung tidak perduli dengan esak tangis Khadija. Hatinya masih panas. Kesal dengan perbuatan Khadija yang memalukan dan mengaibkan.
"I harap you akan sedar dan insaf lepas ni. Sekarang you kena berurusan dengan pihak polis. Silap-silap you akan ditahan reman nanti."
Kata-kata Hakim membuatkan Khadija cemas. Segera dia bangun menghampiri Hakim. Khadija cuba mencapai tangan tunangnya itu, tetapi segera ditepis oleh Hakim.
"Hakim, tolonglah I. You suruh perempuan tu, tarik balik laporan polis. I tak nak kena penjara. Please Hakim..!"
Rayuan Khadija tidak diperdulikan.
"I tak mahu masuk campur. Pandai-pandai you lah nak buat apa. Lain kali, guna otak, fikir dulu sebelum nak buat benda bodoh."
Kasar dan tiada kelembutan pada kata-kata Hakim. Jelas sudah Hakim tidak akan menyebelahi Khadija.
Seketika pintu bilik itu diketuk dan dibuka dari luar. Dua orang anggota polis melangkah masuk.
Khadija terus meraung tanpa segan silu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...
