51

310 13 0
                                        

Hangat

Suasana mesra menyelubungi pertemuan dua keluarga. Puan Sakinah dan Raja Hazman menjemput Mak Mai dan Pak Salleh serta Khaier makan malam di rumah mereka sebaik sahaja mengetahui keluarga angkat Murni itu datang berkunjung ke apartment Murni.

Mereka berkumpul di ruang tamu. Khaier dan Hakim juga turut serta berkumpul.

"Bagaimana dengan Rumah Mariah. Nampaknya semakin terkenal Rumah Mariah ni di Malaysia." Raja Hazman membuka bicara bertanyakan tentang rumah konsep kampungstay yang diusahakan oleh keluarga Pak Salleh dan Murni.

"Alhamdulillah, perkembangannya sangat bagus. Hampir tiada sehari pun Rumah Mariah kosong tanpa penyewa. Bersilih ganti mereka datang dan pergi." Ujar Pak Salleh bersemangat.

"Alhamdulillah," sambut Raja Hazman pula.

"Ha  Khaier, macam mana pula dengan bisnes sayur-sayuran dan tanaman kontan kamu?" Pertanyaan Raja Hazman membuatkan Khaier sedikit tersentak dari lamunan.

"Ohh alhamdulillah, uncle. Kali ini sejak Rumah Mariah beroperasi, tanaman di kebun semakin banyak permintaan. Kami siap buka gerai jualan di depan kebun kerana ramai tetamu Rumah Mariah mahu membeli sayuran segar untuk dibawa balik selepas mereka daftar keluar." Khaier menerangkan dengan lancar.

Raja Hazman mengangguk kecil. "Tahniah anak muda, moga terus berjaya dan mampu kembangkan lebih jauh lagi."

"Terima  kasih uncle." Ucap Khaier.

Hakim yang mendengar turut tersenyum memandang Khaier. Sesekali Hakim perasan pandangan Khaier tidak lepas dari merenung Murni. Seperti ada sesuatu, desisnya.

Dan gadis itu juga nampak serba salah bila direnung begitu. Itu yang menjadi tanda tanya Hakim dalam diam. Dalam kebanyakan perbualan mereka, Murni memilih untuk diam. Hanya sesekali mencelah perbualan dua keluarga itu.

Perbualan berlanjutan sehingga ke meja makan. Ada sahaja benda yang menjadi topik bualan mereka. Cuma Khaier lebih banyak mendiamkan diri. Mengikuti perbicaraan separuh hati.

*****

Selepas hampir tiga hari di apartment Murni, Mak Mai dan Pak Salleh pun balik ke kampung.

Malam sebelum mereka balik;

Murni menghampiri Khaier yang sedang duduk di kerusi yang ada di balkoni. Suasana malam yang agak sejuk kerana baru lepas hujan. Lampu balkoni juga tidak dihidupkan. Khaier hanya duduk termenung memandang langit.

Ditangan Murni ada beg kecil berwarna merah. Dia ingin memulangkannya semula kepada Khaier.

Dia duduk di kerusi disebelah Khaier. Khaier tetap diam tanpa bunyi.

"Abang..."

Murni menghulurkan beg kecil berwarna merah. Khaier hanya memandang sepi. Jari-jarinya digenggam kuat. Hatinya bagai mahu menjerit kecewa. Sungguh dia amat kecewa.

Beg kecil itu Murni letakkan di atas meja yang berukiran dedaun berwarna putih.

"Maafkan saya abang. Saya belum sedia,' lantas dia bangun untuk segera beredar.

Belum sempat dia bangun, tangan Khaier pantas menangkap pergelangan tangan Murni. Murni tersentak. Tanpa melepaskan tangan Murni, Khaier bangun. Mendorong Murni untuk turut berdiri. Tubuhnya cuba dirapatkan. Tindakan Khaier membuatkan Murni cuba menarik tangannya yang mula terasa sakit.

"Apa yang abang nak buat ni. Kalau mak dengan ayah nampak nanti macam mana?" Jelas suara Murni agak bergetar dan timbul rasa takut dengan aksi kasar Khaier. Hilang segala hormat kepada lelaki itu yang selama ini dia kagumi.

Khaier terus menarik tubuh Murni merapatinya. Kini tangannya beralih memaut jari-jari Murni. Dia sudah tidak perduli. Matanya tajam menatap wajah Murni. Wajahnya serabut, nampak tegang dan tertekan.

"Abang cintakan awak. Percayalah. Abang tak mampu lagi menahan rasa. Berilah abang peluang." Bisiknya. Mata itu mula berair.

Sungguh Murni tidak faham. Kelmarin Khaier kata tidak akan memaksa, dia hanya mahukan keikhlasan Murni menerima dirinya sebagai pasangan hidup. Namun malam ini, Khaier bagaikan bertukar watak.

"Saya belum bersedia. Saya tak ada rasa cinta pada abang. Saya hanya sayangkan abang seperti saudara kandung sendiri. Maafkan saya abang." Murni cuba menarik tangannya. Namun sia-sia.

Khaier mendorong tubuh Murni ke dinding. Tubuh gadis itu dihimpit. Murni cuba menolak. Seinci pun tubuh Khaier tidak bergerak menjauh darinya.

Jari-jari Murni diangkat ke dada. Matanya tetap tidak lepas dari menatap gadis itu. Dia tiada niat untuk mengapa-apakan Murni. Dia hanya mahu Murni tahu cintanya tulus.

Sebelah tangan dilepaskan. Dia mencapai beg kecil diatas meja.

"Simpanlah. Abang hadiahkan pada awak. Ini tanda cinta abang pada awak. Abang mahu awak tahu yang abang sangat cintakan awak." Beg kecil di sumbat kedalam genggaman Murni. Gadis itu hanya terdiam.

"Maafkan abang." Tangan kasar itu menyentuh pipi Murni. Mengusap perlahan. Khaier tersenyum.

Satu ciuman hinggap di dahi Murni. Lembut dan hangat.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang